Wednesday, November 28, 2007

Lajunya BPR Kelantan.

Assalamulaikum.

BPR serbu 10 syarikat balak Kelantan.
KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyerbu sekurang-kurangnya 10 syarikat dan pejabat kerajaan di negeri ini termasuk Jabatan Perhutanan, bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan haram di Hulu Kelantan.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat BPR Putrajaya dan Kota Bharu, sejak berapa hari lalu.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, juga dilihat berada di Pejabat BPR Kelantan di Wisma Persekutuan sejak kelmarin, dipercayai bagi mengetuai sendiri operasi itu.
Dalam serbuan di Jabatan Perhutanan Negeri di Kota Darulnaim kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pegawai BPR dilihat membawa keluar beberapa fail dipercayai mengandungi maklumat berkaitan kegiatan pembalakan di negeri ini.

Sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di deretan pejabat dan kedai dekat Jalan Gajah Mati di sini, turut diserbu kira-kira jam 3 petang.
Selepas menggeledah premis terbabit selama kira-kira dua jam, pasukan itu dilihat membawa keluar beberapa fail milik syarikat itu.
Shukri bagaimanapun tidak dapat dihubungi tetapi menurut sumber, siasatan BPR menjurus kepada penyelewengan disyaki berlaku dalam kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri di Hulu Kelantan, terutama Lojing.
Katanya, selain menyemak maklumat fail yang dirampas, BPR turut merekodkan keterangan kakitangan pejabat dan syarikat diserbu itu.
"Lebih banyak serbuan mungkin dilakukan dalam tempoh terdekat," kata sumber itu semalam.
Minggu lalu, Pergerakan Pemuda Umno mendesak BPR mengambil tindakan segera terhadap hasil siasatan yang dijalankan berkaitan pelbagai dakwaan rasuah membabitkan beberapa agensi di negeri ini.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan itu perlu kerana selama ini orang ramai tertanya-tanya perkembangan serta kesudahan siasatan dijalankan badan itu ke atas pelbagai pihak di negeri ini. Berita Harian - 28 November 2007.

Lihatlah betapa laju dan efisyennya BPR Kelantan menyiasat dakwaan penyelewengan kerajaan Pas Kelantan. Badan pencegahan gejala rasuah ini dengan pantas terus menyerbu dan menyiasat beberapa syarikat dan agensi kerajaan negeri yang terbabit setelah didesak oleh menantu Perdana Menteri. Tidak pula terlebih dahulu BPR ini memanggil dan menyiasat orang yang mendedahkan rasuah serta penyelewengan ini.

Di sini juga kita hairan. Tempoh hari Khairy mendesak agar BPR negeri mendedahkan hasil siasatan berkenaan rasuah dalam kerajaan negeri Kelantan kepada umum. Namun dalam akhbar hari ini menunjukkan BPR baru hendak menyiasat. Apa sebenarnya yang terjadi?

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Siapa yang mandul minda.

Assalamualaikum.

Mandul minda tuduhan melulu: DBP.
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah, menafikan dakwaan kononnya DBP mengalami sindrom 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.

Beliau menegaskan, tuduhan itu bukan saja tidak berasas, malah tidak adil dan melulu kerana dibuat tanpa penyelidikan terlebih dulu mengenai kaedah yang digunakan DBP dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.
"Saya bukan saja kecewa malah terperanjat kerana tuduhan itu dibuat bekas ahli akademik yang dihormati. Berfikirlah dulu sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan seperti bidalan bercakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
"Sekali imbas tuduhan itu mungkin dianggap memalukan DBP, tetapi sebenarnya ia berbalik kepada mereka dan menunjukkan betapa sesetengah pihak tidak pernah membuat penyelidikan atau sekurang-kurangnya bertanya kepada DBP mengenai kaedah yang digunakan dalam mencari istilah baru bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di DBP, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, bahawa Jawatankuasa Istilah DBP mengalami 'kemandulan minda' kerana gagal membuat penyelidikan seperti sarjana dan ilmuwan silam untuk mencari istilah baru bahasa Melayu. Pada sidang Dewan Rakyat kelmarin, Dr Wan Hashim berkata, kegagalan jawatankuasa itu menyebabkan DBP cenderung meminjam perkataan Inggeris dan menjadikannya istilah Melayu sehingga Kamus Dewan kini seolah-olah gedung bahasa rojak.
Firdaus berkata, DBP sentiasa membuat penyelidikan dalam mencari istilah baru bahasa Melayu, terutama jika istilah itu diambil dari sumber asal seperti bahasa Inggeris.
Ia akan dibincangkan secara menyeluruh dengan pakar bahasa dan ahli akademik dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Malah, apabila kita cipta istilah baru, DBP akan bandingkan dengan organisasi bahasa di negara jiran termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
"DBP tidak menggubal istilah sewenang-wenangnya kerana mempunyai kaedah sistematik termasuk dalam proses menyusun kamus. Kaedah ini bukan sesuatu yang sengaja direka tetapi hasil perbincangan di kalangan pakar bahasa serta ahli akademik dan sudah diamalkan sebelum DBP wujud lagi," katanya.
Beliau berkata, tiga kaedah utama yang diguna pakai ialah menterjemah istilah secara langsung, kaedah penyerapan dengan mengubah ejaan dan gabungan kedua-dua kaedah itu. Katanya, DBP sendiri mengalami kesulitan untuk meminta masyarakat mengguna pakai istilah baru yang sudah dicipta kerana ada yang menggunakannya dan menganggap susah untuk disebut seperti berlaku pada istilah tetikus (mouse), sesawang (web) serta belanjawan (bajet).

Mengenai dakwaan bahawa Kamus Dewan menjadi gedung bahasa rojak, Firdaus berkata, DBP mempunyai tanggungjawab memasukkan perkataan yang digunakan masyarakat secara meluas ke dalam kamus sebagai perbendaharaan kata.
"DBP tidak boleh mengabaikan perkataan yang sering diguna masyarakat. Ini kerana selain menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu, ia juga akan menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pelajar dan pihak yang berminat mendalami bahasa kita.
"Perlu diingat, bahasa bersifat dinamik dan sentiasa berkembang. Kita tidak dapat lari dari mengikuti perkembangan semasa. Dalam kamus, akan dijelaskan konteks penggunaan perkataan itu sendiri seperti kata mencarut kita jelaskan ia tidak wajar digunakan," katanya. Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata dakwaan Dr Wan Hashim bukan bersifat kritikan, tetapi tuduhan yang tidak benar. "Setahu saya, DBP banyak memasukkan perkataan dan istilah asli bahasa Melayu yang diberi makna saintifik atau makna khusus dalam kamus Dewan. Cubalah kaji kamus itu dengan teliti," Berita Harian - 28 November 2007.

Apa yang hendak saya katakan berkenaan isu ini, sebenarnya semua bahasa di dunia ini tidak terlepas daripada meminjam kosa kata atau istilah bahasa asing. Hatta Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perhubungan antarabangsa itu juga banyak meminjam kosa kata daripada Bahasa Latin, Bahasa Arab malahan Bahasa Melayu sendiri. Ini adalah perkara biasa bagi sesuatu bahasa yang bersifat progresif dan berkembang. Sesuatu bangsa yang ingin meneroka bidang ilmu yang baharu mestilah terlebih dahulu bahasa mereka sedia menerima istilah-istilah asing yang berkaitan ilmu yang diteroka. Cumanya setiap bahasa itu mempunya sistemnya yang tersendiri maka sesuatu istilah atau kosa kata yang dipinjam itu mestilah disesuaikan dengan sistem bahasa yang meminjam baik dalam sistem ejaan, sebutan dan tatabahasa.

Oleh itu tidak timbul isu mandul apabila Bahasa Melayu kita banyak meminjam daripada bahasa-bahasa yang lain kerana seperti yang disebut dalam akhbar di atas ini ianya tidak melalui proses yang mudah. Ahli-ahli bahasa tidak sewenang-wenangnya mengambil istilah-istilah bahasa asing semata-mata untuk mengkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Bagi saya fenomena ini timbul kerana sikap masyarakat kita termasuk pak-pak menteri sendiri yang lebih gemar menggunakan jalan mudah, menyebut sesuatu perkataan itu dengan mudah dan malas untuk menyebut penjang-panjang.

Memanglah banyak istilah atau kosa kata Bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah disebut berbanding Bahasa Melayu. Antara contoh perkataan budget yang mudah disebut berbanding perkataan belanjawan dan juga perkataan parking berbanding tempat letak kereta dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana gelagat pengguna bahasa inilah membuatkan ahli-ahli bahasa mengambil inisiatif meminjam istilah-istilah bahasa asing yang lebih mudah disebut dan disesuaikan dengan Bahasa Melayu. Ini adalah lebih baik daripada terus membiarkan masyarakat kita termasuk pak menteri menggunakan bahasa rojak biarpun dalam urusan rasmi.

Akhir sekali apa yang patut perlu kita persoalkan ialah perlaksanaan kaedah pembelajaran subjek Sains dan Matamatik oleh kerajaan kerana segala usaha dan perit jerih ahli-ahli bahasa khususnya mereka yang di Bahagian Peristilahan mengumpulkan istilah-istilah Bahasa Melayu bagi ilmu Sains dan Matematik seakan sia-sia apabila Bahasa Inggeris mengambil tempat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang teknikal ini.

posted by Lidah Penghunus @ 8:52 PM   0 comments

Tuesday, November 27, 2007

Pembangkang Dun Kelantan yang ganas.

Assalamualaikum.

Mula-mula kita ikuti laporan daripada akhbar perdana di bawah ini;

Sidang DUN Kelantan kecoh.
KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini semalam, kecoh apabila ‘perang mulut’ antara seorang wakil Barisan Nasional (BN) dengan Pas, berlarutan hingga mencetuskan pergelutan.
Kekecohan bermula apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), yang mewakili BN tidak berpuas hati dengan wakil Pas yang didakwa tidak menjawab soalan yang dikemukakan mereka dalam sidang dewan semalam.
Ketika itu, beberapa Adun BN bangun melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri, Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong), kerana tidak menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku).
Dalam soalan tambahannya, Mohd Zain ingin tahu kenapa projek Afta City Rantau Panjang gagal tetapi Zulkifli yang sebelum itu memberitahu ia sudah dibatalkan kerajaan negeri, menyindir Mohd Zain, menyebabkan keadaan mula tegang.
Mohd Zain kemudian berkata: “Adakah projek ini tiada kaitan dengan kerajaan negeri sampai tak boleh nak jawab?” Sejurus itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Annuar Musa, bangun mencelah: “Soalan tadi kenapa projek gagal.. tak payahlah nak (jawab) berbelit-belit”. Pertelagahan itu menjadikan suasana semakin tegang sehingga berlaku perang mulut antara Nozula Mat Diah (BN-Paloh), dan Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran), sebelum Nozula yang berang dengan provokasi meluru ke arah Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu.
Beliau kemudian cuba melepaskan tendangan, tetapi sempat dihalang Abdul Halim Abd Rahman (Pas-Chetok) dan dileraikan Adun lain. Kejadian yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman web kelantan.tv.
Nozula juga dilihat cuba mengangkat kerusi dalam dewan tetapi ditenangkan wakil rakyat BN. Sejurus kemudian, beliau bertindak keluar dari dewan sambil cuba ditenangkan seorang wakil rakyat BN, dan masuk semula 10 minit kemudian.
Ketika ditemui di luar dewan, Nozula berkata, beliau menganggap tindakannya itu wajar kerana provokasi wakil rakyat Pas itu keterlaluan dan menghina wakil BN. Ditanya mengapa beliau bertindak cuba menyerang Mohd Zaki, Nozula berkata: “Dia (Zaki) kata sesuatu yang kesat pada saya. Berita Harian - 27 November 2007.

Sekarang ini kita ikuti pula laporan daripada laman web harakahdaily berserta paparan video.


Sidang DUN Kelantan tercemar, Nozula tendang Zaki Ibrahim!
KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato' Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam.
Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di
laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.
Insiden bermula apabila Dato' Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.
"Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).
"Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, "kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.
Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai 'tidak cerdik' dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.
"Bagi peluang aku keccek lepas ni,"kata Nozula dengan nada yang keras.
Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.
"Mu yang kurang ajar," katanya sambil bertindak menyerang Zaki.
Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.
Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.




Dipetik daripada laman web http://www.harakahdaily.net/ - 27 November 2007.

Baru sekali diprovok Adun BN ini telah bertindak di luar batasan dengan menendang Adun daripada Pas. Sedangkan Ahli Parlimen, Adun dan pemimpin Pas provokasi apa yang tidak pernah mereka hadapi daripada BN dan budak suruhan mereka. Namun tidaklah sampai mereka bertindak ala samsing sebegitu. Kalau inilah gayanya Umno sebenarnya masih belum layak lagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan daripada Pas.

posted by Lidah Penghunus @ 6:55 PM   0 comments

Ahli Parlimen BN sendiri kata kerajaan gagal bela kaum India.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional meminggirkan nasib kaum India telah dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen BN daripada kaum India sendiri. Namun begitu kenyataan daripada wakil rakyat ini telah dianggap sebagai satu kesalahan kerana dianggap bertentangan dengan dasar BN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau menunggu laporan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berhubung kenyataan Ahli Parlimen Cameron Highlands, SK Devamany yang mendakwa dasar pembangunan kerajaan gagal membangunkan kaum India. Nazri berkata, beliau sudah meminta BNBBC memberi laporan mengenai kejadian itu dan beliau juga akan menyemak Hansard Dewan Rakyat.
Katanya, ketika Devamany mengeluarkan kenyataan itu beliau tiada dalam dewan tetapi berdasarkan laporan awal yang diterimanya, beliau berpendapat Ahli Parlimen Cameron Highlands itu patut meletak jawatan daripada MIC.
“Jika beliau (Devamany) berkata (dasar) kerajaan gagal, apa perlu lagi dia bersama MIC. Cara terhormat yang patut dilakukan ialah meletak jawatan kerana saya percaya MIC menyokong kerajaan 100 peratus,”

Dalam sesi soal jawab semalam, ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Raman Suliman menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai usaha kerajaan membantu kaum India di negara ini, Devamany bangun mencelah dengan berkata:
“50,000 orang datang semalam (Ahad), ini satu kegagalan Tan Sri (Yang Dipertua), jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius,” katanya merujuk kepada perhimpunan haram Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) kelmarin kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) meminggirkan kaum India di Malaysia.
Devamany mengulangi perkara itu ketika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum menjawab soalan beliau mengenai peratusan terkini kakitangan India dalam perkhidmatan polis dan tentera.
Ditemui di lobi Parlimen kemudiannya, Devamany berkata, beliau tidak kesal kerana membuat kenyataan itu dan beliau tidak mengkritik dasar kerajaan kerana apa yang dilakukannya hanyalah berjuang demi kepentingan masyarakatnya. Berita Harian - 27 November 2007.

Inilah sebenarnya perangai Barisan Nasional yang menyebabkan rakyat terus dihimpit kesusahan. Ahli Parlimen di kalangan mereka hanya dibenarkan mengeluarkan kenyataan yang senada dengan mereka sahaja. Mereka ditegah untuk menyatakan pendapat yang bertentangan dengan Barisan Nasional walaupun ianya untuk kepentingan rakyat. Akibatnya lahirlah wakil-wakil rakyat BN yang gagal untuk membela nasib rakyat dan hanya pandai mengampu pemimpin mereka sahaja.

Jadi tidak hairanlah gejala ini menyebabkan rakyat sendiri turun ke jalanraya untuk memperdengarkan rintihan mereka kepada umum. Tetapi cara turun secara aman di jalanan ini juga disekat oleh kerajaan BN yang menggunakan slogan "tradisi membela rakyat" ini. Nampaknya amatlah malang kita di bawah Barisan Nasional ini. Sudahlah wakil rakyat dikunci mulut mereka daripada membela rakyat. Rakyat sendiri juga dihalang untuk berhimpun secara aman untuk menuntut hak mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 6:15 PM   0 comments

Monday, November 26, 2007

Cuba renungi mengapa mereka buat begitu.

Assalamualaikum.

Bercakap himpunan HINDRAF yang telah berlangsung semalam, di sini kita Pas jelas bahawa kita ada prinsip dan cara kita sendiri yang bergabung dengan pakatan BA dan NGO-NGO yang senada dengan kita dalam beberapa perkara. Maka kita berbeza dengan HINDRAF yang hanya memperjuangkan kumpulan mereka secara bersendirian itu. Tambahan lagi kita tetap tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang mereka bangkitkan. Namun begitu cuba kita sama-sama renungkan mengapa mereka bertindak sedemikian, mengapa kaum-kaum India yang hampir 10,000 ini sanggup turun berdemonstrasi tanpa menghiraukan amaran daripada pihak berkuasa. Sudah tentulah ada sebabnya mereka berbuat demikian.

Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa kaum India di negara ini masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan kemiskinan berbanding kaum-kaum lain. Ini melalui pemerhatian saya sendiri masih ada lagi kaum-kaum wanita mereka yang telah berusia yang terpaksa bekerja untuk menampung pendapatan keluarga. Sedangkan sepatutnya pada usia-usia sebegitu masa mereka dihabiskan dengan bermain dengan cucu di rumah. Apatah lagi ketika ini rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan maka bertambah-tambah terhimpitlah hidup mereka ini. Oleh kerana tekanan-tekanan sebeginilah yang membuatkan mereka sanggup turun ke jalanraya, berhadapan dengan pelbagai kemungkinan untuk menyuarakan rintihan mereka yang dalam kemiskinan.

Maka sepatutnya kerajaan harus mengkaji balik mengapa mereka jadi begitu dan memperbetulkan apa yang tidak betul terutamanya yang bersangkutan dengan kos hidup rakyat. Kita percaya bahawa mereka tidak akan bertindak turun ke jalan-jalanraya jika kehidupan mereka sudah cukup selesa. Jika tuan-tuan masih ingat isu tuntutan Shiu Qiu, pada masa itu RTM telah menemuramah masyarakat Cina di Kelantan dan dalam temuramah itu masyarakat Cina Kelantan telah menasihatkan pertubuhan itu agar tidak membuat tuntutan sedemikian dan bersyukur dengan kehidupan mereka sekarang. Sebenarnya ianya menunjukkan bahawa masyarakat Cina di Kelantan yang ditadbir oleh Pas hidup dalam keselesaan hingga membuatkan meraka tidak perlu menuntut apa-apa daripada kerajaan. Di sini mungkin kita boleh membuat pemerhatian adakah masyarakat India di Kelantan juga turun pada himpunan semalam.

Sekaligus ini menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional khususnya MIC dalam membela nasib rakyat. MIC khususnya jika benar mereka kata kaum India sudah terbela di bawah mereka, mengapa hampir 10,000 kaum India ini turun berhimpun tanpa menghiraukan nasihat Presiden MIC. Dan jika kita lihat perkembangan terkini jumlah parti politik yang mewakili kaum India sudah bertambah menjadi empat apabila Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di bawah Datuk S. Nallakaruppan ditubuhkan sekaligus menggambarkan bahawa MIC sememangnya gagal untuk membela kaum India.

Seperti kebiasaan apabila timbulnya demonstrasi yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah ini, maka media-media perdana sekai lagi akan menjadi 'anjing'(1) kepada parti pemerintah. Pelbagai tohman akan dilemparkan oleh mereka tanpa mahu mengkaji apa sebabnya mereka ini berdemonstrasi. Pada berita jam 8 malam sebentar tadi, berita TV3 telah menyiarkan salah satu surat daripada penonton yang menyentuh berkenaan himpunan semalam.

Apa yang memualkan apabila penonton berkenaan mengatakan bahawa dalam sejarah tidak pernah ada demonstrasi yang berakhir dengan aman. Nampaknya penonton ini membuat kenyataan yang menunjukkan kebodohannya sendiri. Jika dia berkata begitu maka sudah tercatatlah dalam sejarah bahawa demonstrasi Umno untuk menentang Malayan Union telah berakhir dengan keganasan. Dalam erti kata yang lain Umnolah yang telah memulakan demontrasi ganas.

Akhir sekali himpunan HINDRAF semalam bolehlah dikatakan sebagai bersejarah sama seperti himpunan BERSIH apabila berjaya mengumpulkan hampir 10,000 (2) masyarakat India di negara ini. Cumanya adalah lebih baik jika mereka yang tertindas ini mengetepikan semangat perkauman dengan bergabung dengan pakatan pembangkang dan NGO di negara ini bersama-sama berjuang ke arah Malaysia yang adil.


1. Anjing di sini bermaksud sedia diperalatkan oleh pihak tertentu.
2. Angka ini tidak termasuk mereka yang tidak dapat hadir akibat pelbagai sekatan jalanraya oleh pihak polis.

posted by Lidah Penghunus @ 9:39 PM   0 comments

Saturday, November 24, 2007

Khairy yang meloyakan.

Assalamualaikum.

Cuba tuan-tuan baca beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin ketika beliau berada di Kelantan di bawah ini. Nak muntah kita apabila membacanya;

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan supaya mendedahkan hasil siasatan yang melibatkan kerajaan Pas terutama isu penerokaan hutan di Lojing dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).
Beliau berkata, tatkala BPR negeri lain begitu proaktif mendakwa pesalah rasuah tetapi di Kelantan, tanda tanya masih timbul tentang siasatan yang dilakukan berhubung laporan-laporan penyelewengan kerajaan negeri.
‘‘Pemimpin kerajaan negeri bila BPR mula menyiasat, mereka dakwa tidak ada apa yang perlu disembunyikan, mereka bersih tetapi demi ketelusan sebenar, rakyat hendak lihat siasatan BPR. BPR pula jangan sampai terlambat untuk bertindak.
‘‘Kalau BPR negeri lain saya ucap tahniah, kami Pemuda UMNO sokong tetapi di Kelantan saya minta Ketua Pengarah BPR beri perhatian sikit kerana telah banyak dakwaan terhadap kerajaan Pas tetapi siasatan tidak tahu ke tahap mana,” Utusan Malaysia - 24 November 2007.


Siapa Khairy mahu sibuk-sibuk hendak tahu hasil siasatan BPR di Kelantan? Mengapa menantu Perdana Menteri ini susah hati sangat apabila BPR senyap dalam siasatan AKSB dan Lojing? Kita bukan tidak tahu sikap BPR yang sedia diperalatkan oleh parti pemerintah. Andaikata benar bahawa terdapat penyelewengan dalam kerajaan Pas Kelantan sudah tentulah dengan pantas mereka akan mendedahkannya. Namun inilah bukti bahawa kerajaan Pas Kelantan masih bersih daripada penyakit rasuah. Tidak apa yang dapat dibuktikan hingga membuatkan BPR Kelantan membisu.

Jika Khairy beriya-iya ingin tahu perkembangan siasatan BPR di Kelantan, mengapa beliau tidak turut mempersoalkan perkembangan laporan rasuah terhadap bekas Menteri Besar Pahang? Adakah kita boleh terima kenyataan Khairy bahawa BPR negeri lain begitu proaktif dan telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna sedangkan laporan rasuah terhadap Bekas Menteri Besar Pahang yang dibuat pada tahun 2001 hingga kini tiada apa-apa perkembangan;

Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
Hari ini pihak BPR menafikan menerima laporan rasuah berbilion ringgit yang melibatkan Khalil Yaakob walaupun telah dilaporkan kepada polis sejak tahun 2001.
Pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor ketika ditemui selepas berjumpa dengan Pengarah Siasatan BPR, Dato' Shukri Abdul di Putrajaya pagi tadi terkejut apabila diberitahu badan itu tidak menerima laporan rasuah membabitkan nilai balak berbilion ringgit di Pahang walaupun sudah tiga kali laporan polis dibuat.
Katanya yang tiba di ibu pejabat BPR jam 10.15 pagi, tiga laporan rasuah telah dibuat antara 2001 sehingga 2007 dan salah satu daripadanya dilaporkan oleh Bekas Adun Beserah, Dato' Fauzi Rahman.
"Ini bermakna ada tiga laporan polis telah dibuat terhadap kes balak selama lima tahun yang diambil oleh bekas MB Pahang secara tidak sah, jadi hari ini saya amat terkejut apabila BPR memberitahu mereka tidak menerima laporan polis tentang kes ini," katanya.
Bagaimanapun, menurut Ezam, Shukri berjanji akan membuat siasatan dan mencari semula kes tersebut.
Ezam turut mempersoalkan kenapa kes yang melibatkan rasuah berbilion ringgit tidak dikemukakan kepada BPR. Dipetik daripada
http://www.harakahdaily.net - 21 November 2007.

Dalam akhbar berkenaan juga kita seperti hendak muntah apabila Khairy mempersoalkan tentang wakil rakyat Pas menghulurkan bantuan sebanyak RM 5000 kepada setiap mangsa kebakaran;

Khairy berkata, pendedahan hasil siasatan perlu memandangkan politik Pas sekarang yang menghulur bantuan kebajikan secara tunai hingga rakyat Kelantan sendiri tidak pernah melihat wang sebanyak itu sebelum ini.
Katanya, apabila ada kejadian kebakaran, wakil rakyat Pas boleh hulur bantuan tunai RM5,000 untuk setiap mangsa pada hari yang sama rumah mereka terbakar dan ini jelas menimbulkan tanda tanya dari mana datangnya sumber tersebut.
‘‘Agensi kerajaan Pusat sendiri perlu melalui beberapa proses yang mengambil tempoh paling kurang dua minggu sebelum sebarang bantuan tunai dapat dihulurkan tetapi wakil rakyat Pas, hari yang sama boleh bagi tunai RM5,000, RM10,000. Utusan Malaysia - 24 November 2007.

Mengapa itu pun hendak dipersoalkan sedangkan duit itu digunakan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang susah, bukan digunakan untuk kepentingan diri mereka. Mengapa pula Khairy tidak mempersoalkan kemampuan dua orang exco negeri Pahang membeli no. pendaftaran kenderaan bernilai RM62,000?

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pesara, Bekas Polis, Tentera dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin membida plat nombor CCC 8, manakala Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail membida CCC 9. Harga bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran berkenaan ialah RM62,400. Berita Harian - 24 November 2007.

Nampaknya kenyataan-kenyataan Khairy ini boleh membuatkan kita muntah lebih daripada kesan gas pemedih mata pada himpunan BERSIH.

posted by Lidah Penghunus @ 6:03 PM   0 comments

Thursday, November 22, 2007

Wartawan, polis dan anjing

Assalamualaikum.

Berita TV3 tadi saya tertarik dengan laporan berita berkenaan kes bunuh. Namun bukanlah kes bunuh itu yang buatkan saya tertarik tetapi adalah berkenaan kekecewaan TV3 serta rakan-rakan media mereka yang lain terhadap kekasaran pihak polis di tempat kejadian yang menghalau mereka dengan anjing pengesan serta menghina mereka dengan perkataan anjing.

Sekumpulan 15 wartawan hari ini membuat laporan di Balai Polis Tawar di sini terhadap seorang pegawai polis berpangkat ASP kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka ketika sedang membuat liputan satu kes bunuh di sini.
Laporan yang dibuat oleh jurukamera sambilan NTV7 Muhammad Ridzuan Osman, 21, di Balai Polis Tawar, Baling itu adalah kerana pegawai berkenaan mengusir wartawan dari tempat kejadian dengan perkataan "anjing".
Pegawai polis berkenaan juga didengar mengarahkan anggotanya melepaskan anjing pengesan dari Unit Anjing (K9) untuk tujuan menghalau wartawan. Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 22 November 2007.

Saya dapat lihat dalam berita tadi begitu marah dan kecewanya TV3 terhadap tindakan melampau pihak polis itu. Sedangkan sebelum ini telah banyak kali pihak polis bertindak terhadap peserta perhimpunan aman lebih melampau daripada apa yang mereka kena. Tembakan air kimia, gas pemedih mata malahan ada yang dipukul hingga cedera. Tetapi tidak pula mereka kutuk tindakan melampau pasukan polis itu di media mereka. Sebaliknya mereka terus mempertahankan tindakan polis dan menyalahkan peserta himpunan.

Maka apa yang hendak saya katakan di sini sama ada media perdana, polis dan anjing pengesan polis (tidak semua), mereka sedia untuk menjadi 'anjing' (dengan izin) kepada parti pemerintah Barisan Nasional.


*Menjadi anjing di sini bermaksud patuh secara membabi buta dan sedia dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

posted by Lidah Penghunus @ 9:41 PM   0 comments

Tuesday, November 20, 2007

Memang sah Rashid dan SPR penipu.

Assalamualaikum.

Jika semalam pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid ternyata menipu apabila Perdana Menteri dalam akhbar semalam mempersoalkan kenyataan bahawa pengerusi SPR itu tahu tarikh pilihanraya umum, dalam akhbar hari ini Tan Sri Rashid sekali lagi menipu apabila mengatakan bahawa beliau sedia letak jawatan jika SPR tipu. Dalam akhbar tersebut juga Tan Sri Rashid mengatakan bahawa SPR tidak pernah membohong dan badan itu menjalankan pilihanraya secara adil;

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.

Beliau menjelaskan, semua perkara berkenaan dilakukan berdasarkan kepada perasaan curiga sedangkan SPR sentiasa telus serta adil mengikut kerangka undang-undang yang ditetapkan ke atas badan itu.
Ditanya mengenai tarikh persaraannya pada 31 Disember ini, Rashid memberitahu, beliau tidak mengetahui sama ada jawatannya akan disambung atau tidak dan belum menerima sebarang notis mengenainya. Utusan Malaysia - 20 November 2007.


Sedangkan telah banyak memorandum dan petisyen berkenaan penipuan dan ketidakadilan pilihanraya telah dihantar kepada SPR malahan mahkamah pernah membatalkan keputusan pilihanraya Dun Likas apabila terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pilihanraya tersebut.
Jika tuan-tuan masih ingat awal tahun lepas, Tan Sri Rashid pernah mengakui bahawa pilihanraya negara ini dijalankan secara tidak adil dan mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas untuk memperbaikinya;

Kajian semua itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini.
“Orang sekarang lebih pandai, negara juga dah moden. Orang bertanya kenapa tidak boleh dibuat pilihan raya yang lebih telus,”
Bagi tujuan itu, tegas Ab. Rashid, satu suruhanjaya bebas yang dianggotai pakar undang-undang, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu dibentuk bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan tersebut.
Beliau juga menggariskan enam kuasa yang tidak wujud pada SPR yang menjadi punca kelemahan badan itu pada masa ini, iaitu:

* Kuasa menentukan penubuhan parti politik dan menjamin kebebasan mengambil bahagian bila-bila masa dalam pilihan raya.

* Kuasa mengawal semua keadaan pada musim berkempen.* Kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua media cetak dan elektronik.

* Kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen.

* Kuasa menentukan keadilan dalam hal-hal berkaitan dengan pembiayaan kewangan untuk kempen parti.

* Kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktiviti membeli undi dalam musim pilihan raya. Utusan Malaysia - 9 Januari 2007.

Jika hendak dikatakan bahawa segala penipuan dan ketidakadilan ini dilakukan oleh BN sebagai parti pemerintah, namun ianya tidaklah bermakna bahawa SPR boleh melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan terhadap kecurangan ini. Kerana SPR adalah sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Sepatutnya segala penipuan dan ketidakadilan yang berlaku di depan mata maka SPRlah yang harus bertindak atau berbuat sesuatu. Namun apa yang kita lihat SPR terus menutup sebelah mata mereka terhadap penipuan dan ketidakadilan yang berlaku. Malahan mereka terus menjadi alat parti pemerintah dalam menghadapi parti pembangkang dalam pilihanraya.

Dengan kelemahan dan kebobrokan yang disebutkan ini, maka kita sekali lagi mengharapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar tidak memperkenankan jika ada cadangan untuk menyambut kontrak Tan Sri Ab Rashid yang akan bersara wajib 31 Disember ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:11 PM   0 comments

Monday, November 19, 2007

Petikan akhbar hari ini.

Assalamualaikum.

Hari ini saya tidak mahu mengulas apa-apa. Tuan-tuan baca sahajalah petikan akhbar pilihan di bawah ini.

Petikan 1.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, beliau tahu bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat mengumumkannya.“Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Utusan Malaysia - 16 November 2007.

Menurut Abdullah, kuasa membubarkan Parlimen terletak di tangan beliau selaku Perdana Menteri, oleh itu pihak lain tidak perlu membuat sebarang spekulasi mengenainya.
Katanya, hanya beliau akan menentukan bila tarikh pilihan raya umum ke-12.

Abdullah menjelaskan, selagi Parlimen tidak dibubarkan tarikh pilihan raya umum tidak dapat ditentukan.
Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana Rashid mengetahui tarikh berkenaan jika beliau sendiri sebagai Perdana Menteri belum mengumumkan pembubaran Parlimen.
‘‘Kita (kerajaan) tak bubar Parlimen, macam mana dia (Rashid) tahu. Bubar Parlimen saya yang tentukan, apa yang nak disibukkan,'' ujar Perdana Menteri. Utusan Malaysia - 19 November 2007.



Petikan 2.

‘‘Kalau tidak setuju beritahu awal-awal, jangan dah dapat (penyapu) baru hendak komplen. ‘‘Dia sudah lama tahu dan setuju mengenai anugerah ini... kita tak mahulah orang yang cakap siang lain, malam pula cakap lain,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri. Dr. Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata, sepatutnya Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail perlu tegas dalam perkara itu dan jika tidak bersetuju dengan anugerah penyapu beliau boleh menyuarakannya semasa anugerah tersebut dicadangkan dulu. Utusan Malaysia - 19 November 2007.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan kaedah lain bagi menilai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu mengikut cara yang tidak menyinggung mana-mana pihak.
Perdana Menteri berkata, sejak isu pemberian anugerah penyapu kepada PBT disiarkan di dalam media, terdapat dua pandangan wujud dalam kalangan rakyat.
“Ada rakyat yang menerima cara itu dan ada rakyat tidak menerima pandangan itu,” 19 November 2007.



Petikan 3.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenan serta menyokong perhimpunan haram di ibu kota pada 10 November lalu sebagai tindakan terdesak untuk meraih sokongan rakyat. 19 November 2007.

Pas mendakwa kekesalan yang ditegaskan Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan haram Bersih yang mengaitkan baginda dan Istana Negara, sekadar kenyataan Pengelola Istana Negara. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hassan, itu dibuat mengikut arahan pihak tertentu. "Itu bukan Agong yang kata...itu pegawai politik kata...saya tidak yakin Agong kata macam itu...itu pegawai lantikan politik mungkin mengikut suruhan sesiapa...dia cakap.
"Agong tidak boleh membuat kenyataan apa-apa...dia diam saja," katanya selepas majlis penyampaian bantuan peribadi kepada bakal haji di Kota Darul Naim, semalam. Berita Harian - 19 November 2007.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Adalah Ahli UMNO Berdaftar!



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kesal atas dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong perhimpunan 100,000 rakyat 10 November lalu kini dketahui adalah seorang ahli UMNO yang berdaftar.
Hal ini memperkuatkan hujjah bahawa UMNO kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja termasuk mendesak ahlinya yang kini menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memburukkan perhimpunan aman yang disertai oleh 100,000 rakyat yang merafak sembah ke Istana untuk menyerahkan memorandum menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.
Wan Mohd Safiain Wan Hasan bernombor kad pengenalan 461214035359 adalah ahli berdaftar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Cawangan Taman Desa Minang, Bahagian Gombak.
Justeru itu, rakyat hari ini mempertikaikan kenyataan yang dkeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara tersebut, suara sapakah yang dibawanya? Yang Di Pertuan Agong sendirikah atau parti yang menaungnya iaitu UMNO?
Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memorandum tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memorandum Bersih itu.
Kerajaan sebelum ini telah melantik Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menimbulkan kontroversi. Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi, selain daripada menjadi seorang ahli UMNO juga telah pernah memegang jawatan penting dalam UMNO seperti Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2004, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, dan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan UMNO.
Dengan melantik ahli-ahli UMNO sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Hakim Mahkamah Persekutuan jelas menampakkan Kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lansung tidak mempunyai maruah dan etika sehingga sanggup melacurkan institusi raja dan kehakiman untuk kepentingan partinya.
Justeru itu, pendedahan perlu dilakukan dan hal-hal sebegini perlu diberikan noktahnya kerana UMNO telah lama memperalatkan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, insitusi kehakiman dan kini institusi raja juga cuba dilacurkan untuk kepentingannya sehingga mewujudkan keadaan “padang yang tiak seimbang” di dalam pilihanraya. Dipetik daripada http://www.tranungkite.net/ - 17 November 2007.


Petikan 4.

Adik peguam lapor polis.
KUALA LUMPUR: Adik lelaki peguam terkemuka, Datuk V K Lingam, membuat dua laporan polis mendakwa abangnya terbabit dengan kegiatan rasuah membabitkan beberapa bekas ketua hakim negara, hakim kanan, bekas pendakwa raya dan pegawai kanan polis.
V Thirunama Karasu, 49, mendakwa beliau dipergunakan Lingam untuk memberi rasuah kepada pihak yang terbabit dengan kehakiman, perundangan dan polis serta mengesahkan pembabitan abangnya dalam pemberian rasuah itu.

Thirunama Karasu membuat laporan polis pertamanya di Balai Polis Kelana Jaya pada 16 Mac lalu dan laporan keduanya di Balai Polis Brickfields pada 19 Mac lalu, mendakwa abangnya terbabit dengan rasuah.
Dalam laporan itu, beliau juga mengaitkan pembabitan bekas Ketua Hakim Negara, beberapa hakim kanan, bekas Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara.
Salinan laporan polis itu diedarkan kepada pemberita pada sidang media oleh peguam, Wee Choo Keong, yang juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia (MDP) di Petaling Jaya di sini, semalam.

Dakwaan Thirunama Karasu ini agak mengejutkan selepas nama Lingam juga dikaitkan dengan rakaman perbualan klip video berhubung perbualannya dengan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan ketua hakim negara.
Wee berkata, Thirunama Karasu menghubunginya 10 hari lalu dan mengatakan mempunyai bukti mengenai klip video itu.
“Saya mendedahkan nama Thirunama Karasu kerana beliau saksi penting dan Suruhanjaya Diraja harus memanggilnya untuk memberi keterangan dalam siasatan mereka.
“Walaupun ia berisiko tapi polis dan Peguam Negara mengetahui kandungannya melalui laporan polisnya,” katanya sambil menambah beliau akan menyerahkan salinan laporan itu kepada Majlis Peguam dan Pemangku Ketua Hakim Negara.

Thirunama Karasu mendakwa beliau juga pernah menghantar abangnya ke rumah seorang bekas Ketua Hakim Negara pada waktu tengah malam dan mengambilnya semula sejam kemudian.
Beliau juga mendakwa pernah membayar bil telefon bimbit bekas Ketua Polis Negara. Thirunama Karasu ketika ditemui di rumahnya oleh News Straits Times (NST) semalam berkata: “Saya tidak pernah memberi persetujuan kepada Wee untuk mendedahkan laporan polis itu, Tapi kandungan laporan itu adalah benar,”.
Bagaimanapun, beliau menyatakan kesanggupan untuk memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kandungan rakaman perbualan antara Lingam dan hakim kanan.
Ketika ditanya mengapa beliau sanggup membuat laporan polis yang mengaitkan diri dan adik beradiknya sendiri, Thirunama Karasu berkata, beliau berasa bersalah, selain ugutan terhadap keluarganya.
Bekas pekerja Tenaga Nasional itu berkata, beliau diminta Lingam bekerja dengannya pada 1995 tapi keluar pada 1996, kerana tidak tahan.
Thirunama Karasu juga mendakwa pada 1995 beliau menyaksikan Lingam memberi rasuah melalui cek sebanyak RM50,000 kepada seorang bekas hakim Mahkamah Perusahaan, selain menganjurkan makan malam untuk bekas Ketua Hakim Negara.
Katanya, pada 1996 beliau diminta abangnya, menghantar beg kulit, dompet, beg tangan wanita dan beberapa dokumen ke rumah seorang hakim kanan.
Thirunama Karasu berkata, pada 1998 beliau membuat tiga laporan berasingan kepada BPR berhubung pembabitan Lingam dalam rasuah. Berita Harian - 19 November 2007.

posted by Lidah Penghunus @ 9:46 PM   1 comments

Sunday, November 18, 2007

Hunusan mingguan

Assalamulaikum.

YDP MDHS akhirnya tidak dapat sembunyikan kekecewaannya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail (gambar) menegaskan, beliau lebih rela bersara awal atau mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) jika itu yang dimahukan oleh kerajaan negeri daripada dihadiahkan penyapu.
Beliau berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menghadiahkan penyapu amat sukar untuk diterimanya sebagai kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 28 tahun.
Menurutnya, beliau terpaksa juga menerima hadiah penyapu itu dengan menganggapnya sebagai cabaran supaya lebih gigih untuk mengutip hasil pada tahun hadapan, apatah lagi ia dipersetujui dalam mesyuarat bersama tahun lepas.
‘‘Kalau ada pilihan, saya sebenarnya lebih rela ambil VSS atau bersara awal daripada dapat hadiah penyapu yang bagi saya amat sukar untuk diterima,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Mingguan Malaysia - 18 November 2007
.

Melihatkan petikan akhbar di atas ini menunjukkan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor akhirnya tidak dapat menyembunyikan kekesalannya atas apa yang dilakukan oleh Menteri Besar terhadapnya. Pada awalnya memang beliau menyatakan bahawa anugerah itu beliau terima dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai cabaran. Tapi melihat daripada raut wajahnya kita pun tahu bahawa beliau amat tidak senang tindakan Datuk Seri Khir Toyo itu.

Bayangkan beliau sudah 28 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan kita percaya kedudukan beliau sebagai orang No. 1 bagi majlis daerah ini juga adalah hasil pencapaian dan komitmen beliau dalam sektor perkhidmatan awam selama 28 tahun. Namun tiba-tiba beliau dihadiahkan penyapu yang amat menghinakan oleh Menteri Besar Selangor. Siapalah tidak kecewa diperlakukan sebegitu.

Sekarang ini walaupun Khir Toyo mengatakan bahawa tiada lagi anugerah penyapu pada tahun hadapan namun hati individu yang terbabit dan kakitangan secara umumnya telah terluka dan beliau sebagai Menteri Besar telah berjaya menonjolkan kebodohan beliau sendiri. Maka pada pilihanraya umum akan datang adalah lebih baik sahaja Khir Toyo disingkirkan dengan 'penyapu kuning rakyat'.


Apabila isteri TPM bercakap tentang busana muslimah.

Pereka fesyen Islam perlu lebih agresif.
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Datin Seri Rosmah Mansor menggesa pereka fesyen Islam lebih agresif dalam memasar dan memberi penjenamaan kepada rekaan mereka bagi menarik minat masyarakat Islam dan dunia luar terhadap fesyen Islam.
Isteri Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini fesyen Islam sering dilihat sebagai tidak menarik, ketinggalan dan hanya dalam satu dimensi.
Katanya, dua sebab perkara itu berlaku iaitu pengguna Islam tidak sedar tentang kepelbagaian gaya fesyen Islam terkini di pasaran dan kebimbangan vendor fesyen Islam dalam membuat pelaburan pada aspek penjenamaan dan pemasaran.
‘‘Dalam dunia fesyen, penjenamaan dan pemasaran adalah segala-galanya. Penjenamaan mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna ketika membuat pilihan,’’ katanya ketika berucap di Majlis Jamuan Malam Amal Festival Fesyen Islam KL-Jakarta (IFF 2007) di sini malam ini.
Berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.
Rosmah yang juga penaung IFF 2007 berkata, setiap penjenamaan dan pemasaran yang dibuat adalah untuk menjadikan sesuatu produk pilihan pertama di kalangan pengguna. Mingguan Malaysia - 18 November 2007.


Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini bercakap berkenaan fesyen yang bercirikan Islam tetapi beliau sendiri tidak memakai tudung seperti yang dituntut oleh Islam. Adakah layak untuk beliau bercakap berkenaan dengannya. Asas sesuatu rekaan fesyen bercirikan Islam adalah penutupan aurat secara keseluruhan. Dan seperti juga konsep sastera Islam yang diperincikan oleh SN Shahnon Ahmad, fesyen Islam itu tidak akan sempurna jika ianya tidak dilengkapkan sekali dengan akhlak Islam oleh pemakainya itu. Sepatutnya orang yang paling layak bercakap tentang fesyen Islam pada majlis itu ialah Permaisuri Agong sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 2:56 PM   0 comments

Saturday, November 17, 2007

RTM terus jadi alat parti pemerintah.

Assalamualaikum.

RTM beri penjelasan isu minyak.
HUTAN MELINTANG 16 Nov. – Kementerian Penerangan sedia memberi penjelasan berhubung isu kenaikan harga minyak dunia yang dijangka dieksploitasi oleh parti pembangkang dalam kempen pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjelasan akan disiarkan menerusi TV1 dan TV2 serta 32 stesen radio di peringkat negeri dan wilayah dengan menggunakan slot berita, Wawancara Bersama Menteri serta program hiburan dan drama.
‘‘Kementerian sudah mengenal pasti bahawa pembangkang akan menimbulkan isu ini untuk meraih undi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Wisma UMNO di sini malam tadi.
Katanya, parti pembangkang akan menggunakan isu harga minyak sebagai hujah untuk menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengawal kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan.
Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat penjelasan yang cukup daripada pemimpin kerajaan melalui RTM bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Utusan Malaysia - 17 November 2007.


Inilah antara sebab mengapa Pas yang bergabung dalam BERSIH menghantar memorandum mengadu kepada Yang di-Pertuan Agung berkenaan perjalanan pilihanraya di negara ini. Parti pemerintah sudahlah diberi keistimewaan menghentam parti pembangkang siang dan malam di media, diberi pula ruang untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kononnya atas nama nenerangkan dasar-dasar kerajaan.

Sedangkan parti-parti pembangkang tidak pun diberi peluang untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah oleh parti pemerintah di saluran yang sama. Jauh sekali untuk mendedahkan kelemahan kerajaan di media-media perdana ini. Maka kerana itulah antara empat tuntutan BERSIH ialah membebaskan media daripada dominasi parti pemerintah. Tetapi berkenaan dengan media ini langsung tidak disentuh oleh Umno dan Barisan Nasional semasa mereka menjawab berkenaan keempat-empat tuntutan BERSIH itu.

posted by Lidah Penghunus @ 6:06 PM   1 comments

Agong tolak perhimpunan haram, tetapi baginda terima memorandum BERSIH.

Assalamualaikum.

Berita jam lapan malam tadi semua tv yang ditunggang oleh parti pemerintah seperti tidak sabar-sabar untuk menyiarkan laporan berita berkenaan kenyataan Yang di-Pertuan Agung yang kesal dakwaan bahawa baginda memperkenan dan menyokong perhimpunan haram.

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang disokong parti-parti pembangkang.
Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara. Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com.my

Di sini Yang di-Pertuan Agung hanya menolak perhimpunan haram sedangkan baginda menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil BERSIH kepada wakil baginda di Istana Negara sabtu lalu. Tambahan lagi pimpinan BERSIH tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Agung menyokong himpunan yang dirancang oleh mereka. Mereka hanya menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agung berkenan menerima memorandum daripada BERSIH.

posted by Lidah Penghunus @ 2:24 AM   0 comments

Friday, November 16, 2007

Hunusan 161107

Assalamualaikum.

‘Saya tahu tarikhnya’ -- Namun tidak dapat nyatakan bila pilihan raya diadakan – Ab. Rashid.

MELAKA 15 Nov. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, beliau tahu bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat mengumumkannya.
“Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” katanya.
Sambil menjelaskan bahawa bahang pilihan raya umum semakin hampir, beliau meminta semua pihak bersedia kerana SPR tidak mahu sesiapa pun ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum. Utusan Malaysia - 16 November 2007.


Boleh percayakah dengan kata-kata pengerusi SPR ini? Sedangkan dalam isu celupan dakwat kekal dahulu SPR pernah berbohong kepada Pas dan DAP apabila mengatakan kepada DAP bahawa PAS menentang penggunaan dakwat kekal.

Dan jika benar Tan Sri Rashid tahu tentang tarikh pilihanraya maka adalah suatu yang menghairankan kerana setahu saya sebelum ini tidak pernah pun didedahkan tentang tarikh pilihanraya kepada pengerusi SPR kerana sudah menjadi amalan biasa di negara ini bahawa Perdana Menteri sahaja yang tahu tentang tarikh pilihanraya umum.


Lagi isu klip video dan panel siasatan.

Semalam saya ada menyentuh berkenaan cadangan panel yang dilantik untuk menyiasat klip video VK Lingam agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja. Dalam akhbar hari ini pula kerajaan berkemungkinan akan menerima cadangan panel siasatan itu;

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, tidak menolak kemungkinan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menjalankan inkuiri berhubung kesahihan rakaman perbualan telefon yang didakwa antara seorang peguam dan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara.
Dr Rais yang juga seorang daripada tiga menteri yang ditugaskan memberi pandangan dari perspektif perundangan mengenai hasil laporan panel bebas khas yang menyiasat rakaman itu, mengesahkan beliau sudah menerima dan meneliti salinan laporan berkenaan. Berita Harian - 16 November 2007.

Melihatkan kepada perkembangan-perkembangan yang positif berkenaan siasatan video klip konroversi berkenaan menunjukkan kepada kita bahawa pendedahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya adalah berasas bukannya 'konon-konon' seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.

Cumanya sekarang ini satu Suruhanjaya Diraja yang benar-benar berkemampuan diperlukan untuk mengesahkan lagi hasil siasatan. Apapun sama-sama kita nantikan apakah keputusan akhir siasatan itu kelak. Dan yang paling penting apakah tindakan seterusnya daripada hasil siasatan itu kerana yang penting bagi kita ialah tindakan bagi memulihkan sistem kehakiman di negara kita.


Ubah suai pusat sukan di England ditolak.
KUALA LUMPUR: Permohonan Malaysia untuk mengubah suai Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di Brickendonbury, England, bagi mewujudkan pangkalan hadapan atlit elit negara ditolak Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Majlis Hertfordshire Timur.

Keputusan itu dibuat selepas 13 daripada 19 ahli majlis berkenaan menentangnya pada mesyuarat di Bishop Stortford, Hertfordshire, awal pagi semalam.
Berikutan itu, cadangan menubuhkan pangkalan berkenaan yang dikenali Pusat Latihan Prestasi Tinggi (PLPT) kini bergantung kepada keputusan lanjut Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz, dalam kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Media dan Komunikasi, ISN menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang malang. Berita Harian - 16 November 2007.


Jika tuan-tuan masih ingat cadangan pembinaan pusat sukan ini pernah dipertikaikan kerana kosnya yang menelan ratusan juta wang rakyat. Sebagaimana yang kita maklum di Malaysia sendiri banyak bangunan-bangunan milik kerajaan yang bocor dan runtuh. Yang terbaru bangunan milik Perbadanan Taman Negeri Perak runtuh menyembah bumi. Mungkin penolakan cadangan pengubahsuaian oleh Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Majlis Hertfordshire Timur ini mempunyai kaitan dengan insiden bocor dan runtuh yang berlaku di negara ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Thursday, November 15, 2007

Panel siasatan sendiri cadang ditubuhkan Suhanjaya Diraja

Assalamualaikum.

Panel bebas khas yang menyiasat kesahihan rakaman dan perbualan didakwa antara seorang peguam dan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara sepakat mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.
Sumber memberitahu, panel itu yang ditubuhkan September lalu dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersetuju inkuiri diadakan terhadap dakwaan itu.
Selain Haidar, panel turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Majlis Peguam yang sebelum ini mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan itu. Berita Harian - 15 November 2007.

Akhirnya panel yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan klip video VK Lingam juga meminta kepada kerajaan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes yang mencalar sistem kehakiman negara itu.

Sebelum ini kerajaan begitu berkeras untuk terus mengguna pakai panel yang dianggotai oleh mereka yang kurang diyakini oleh ramai pihak dapat menjalankan siasatan dengan baik. Namun ternyata bahawa penubuhan panel ini tidak banyak membantu kerana tiada kuasa untuk memanggil dan menyoal siasat sesiapa yang dikehendaki.

Namun begitu dalam pada panel berkenaan mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja, hasil siasatan telah dihantar ke pihak kerajaan dan ianya menunggu keputusan daripada kabinet pula berkenaan hasil siasatan tersebut. Maka di sini kita tertanya-tanya dengan penuh debaran apakah sebenarnya hasil daripada siasatan itu dan mengapakah panel siasatan mencadangkan agar suruhanjaya diraja ditubuhkan setelah hasil siasatan mereka diserahkan kepada kabinet? Apapun sama-sama kita tunggu apakah sebenarnya yang berlaku.

posted by Lidah Penghunus @ 5:53 PM   0 comments

Tuesday, November 13, 2007

Hunusan 131107

Assalamualaikum.

Sejambak penyapu buat Perdana Menteri.




Hari ini, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.
Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Mohamad Khir berkata, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara. Utusan Malaysia - 13 November 2007.


Lihatlah begitu angkuhnya Khir Toyo memberikan sebatang penyapu kepada wakil PBT yang dilihat gagal meningkatkan prestasi. Seolah-olah diri beliau sendiri benar-benar cemerlang dan suci daripada sebarang keburukan. Sedangkan bagi jabatan atau PBT yang cemerlang pula kakitangannya akan diberi intensif lawatan ke luar negara. Duit rakyat pula yang perlu dibazirkan ke luar negara. Andaikata amalan ini diperluaskan bagi saya Pak Lah orang yang mendahului sebagai penerima 'sejambak' penyapu ini atas kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.


Jangan jadikan kanak-kanak ‘perisai’ perhimpunan.
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tegas terhadap pihak yang cuba memperalat dan mengeksploitasi kanak- kanak sebagai perisai dalam mana-mana perhimpunan haram.
Menurut beliau, perbuatan tersebut amat tidak wajar dilakukan dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
Tegasnya, mereka yang menggunakan kanak-kanak sebagai perisai dalam perhimpunan haram boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Di bawah akta tersebut, orang yang melakukan perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa.
Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Utusan Malaysia - 13 November 2007.


Pada himpunan BERSIH sabtu lepas saya tidak pernah melihat mana-mana ibu bapa yang menjadikan anak-anak mereka sebagai perisai dalam menghadapi pasukan polis. Memang benar ada antara peserta himpunan yang membawa keluarga dan anak-anak mereka. Ini kerana himpunan itu adalah himpunan aman, untuk berarak ke Istana Negara, bukan untuk bergaduh dengan sesiapa. Namun yang menjadikannya tidak aman adalah pihak polis sendiri yang sanggup melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira siapa di hadapan mereka.

Dalam pihak polis sibuk-sibuk hendak menangkap mereka yang menyertai himpunan aman ini kita mahu tanyalah, bagaimana dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin? Dapatkah mereka mencari pelakunya? Mengapa begitu lama untuk mencari orang yang bertanggungjawab? Mungkin Musa Hassan juga layak dianugerahkan penyapu kerana kelemahan yang timbul dan kesediaan PDRM dipergunakan oleh parti pemerintah.

posted by Lidah Penghunus @ 6:27 PM   1 comments

Monday, November 12, 2007

Mari kita cabar Umno dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat negara ini tidak memerlukan demonstrasi jalanan untuk menuntut sesuatu kerana ia bukan budaya Malaysia.
‘‘Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang.
‘‘BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini,’’ Utusan Malaysia - 12 November 2007.


Jika benar Najib kata BN boleh mengumpulkan lebih daripada seratus ribu (bukan 10,000 seperti yang didakwa), kita cabar mereka Barisan Nasional agar menghimpunkan ahli-ahli setta mereka di Dataran Merdeka seramai 100,000. Tetapi kita tidak mahulah BN buat seperti yang selalu mereka amalkan untuk memenuhkan majlis mereka iaitu mengangkut budak-budak sekolah, pelajar-pelajar IPTA dan imam-imam masjid yang di kawal oleh Umno dengan bas. Membayar kepada mereka sejumlah wang sebagai galakan. Dan mengumpan mereka dengan hiburan untuk menarik mereka memenuhi himpunan yang dianjurkan oleh BN itu.

Kepada polis pula kita minta agar mereka bertindak seperti mana yang mereka lakukan terhadap himpunan anjuran pembangkang iaitu menembak dengan air kimia serta gas pemedih mata dan mengejar serta membelasah para peserta himpunan. Maka di situ kita mahu lihat mampukah Umno dan Barisan Nasional mengumpulkan ahli-ahli serta penyokong mereka seramai 100,000 untuk menempuh segala kepayahan seperti semburan air berasid dan gas pemedih mata yang menyakitkan. Sanggupkah ahli-ahli Barisan Nasional berkorban dan menempuh segala kepayahan ini demi perjuangan mereka?


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - SUDAH LEBIH 48 JAM BERLALU.

posted by Lidah Penghunus @ 9:50 PM   0 comments

Sunday, November 11, 2007

Himpunan BERSIH sudah lebih 24 Jam berlalu.

Assalamualaikum.

Semalam di blog ini saya ada memberikan harapan agar Himpunan BERSIH ini mencipta sejarah apabila pusat bandaraya Kuala Lumpur kelihatan kuning daripada stesyen angkasa ISS. Dan perhimpunan petang semalam walaupun tidak dapat digerakkan dalam satu tempat iaitu di Dataran Merdeka, ianya tetap telah mencipta sejarah apabila telah dihadiri oleh lebih 100,000 rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Oleh kerana halangan daripada pihak polis beberapa kumpulan peserta himpunan terpaksa bergerak secara berasingan melalui jalan-jalan yang berasingan, namun arah tuju dan matlamat mereka adalah satu iaitu menuju ke Istana Negara dan menuntut pilihanraya adil. Himpunan semalam telah mendapat liputan daripada stesyen tv satelit terkemuka iaitu al-Jazeera versi Inggeris menunjukkan pasukan polis memuntahkan air kimia ke arah peserta himpunan.

Pada himpunan semalam juga saya hampir muntah akibat serangan gas pemedih mata daripada pasukan FRU, mujurlah saya ada membawa garam sebagai penawar, malahan ianya amat berguna untuk membantu orang awam yang turut merasa kesan daripada tindakan ganas polis ini. Di sini kita amat kesal kerana tembakan gas pemedih mata oleh polis ini turut memberi kesan kepada penumpang di dalam LRT. Anda boleh melihat visual ini melalui http://www.tvpas.com/

Kita hairan mengapa begitu susah untuk pihak polis membenarkan peserta himpunan berarak ke Istana Negara melalui Dataran Merdeka sedangkan jika dibenarkan perarakan pun sudah tentu ianya akan berjalan dalam suasana yang aman kerana ini jaminan BERSIH kepada pihak polis dan kerajaan. Yang lucunya pada berita tv malam semalam pihak polis boleh mengatakan mereka berjaya mengawal keadaan di kawasan berhampiran Istana Negara apabila tiada gas pemedih mata yang dilepaskan.

Sedangkan jauh daripada kawasan istana rakyat ditembak dengan air kimia dan gas pemedih mata dan ada antara mereka yang diterajang oleh FRU. Jelasnya di sini bahawa kekecohan sebenarnya bermula daripada tindakan polis sendiri bukan peserta himpunan. Himpunan semalam boleh berjalan lancar sepenuhnya jika pihak polis memilih untuk tidak melepaskan air kimia dan gas pemedih mata.

Dalam berita tv hari ini pula Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyelar pihak BERSIH kerana dikatakan mengheret pihak istana ke kancah politik. Nampaknya sekali lagi Pak Lah terlupa bahawa pada tahun 1946 dahulu Umno pernah mengheret sultan-sultan Melayu dalam usaha menentang Malayan Union, merekalah yang menghasut sultan-sultan agar memulaukan majlis perlantikan gabenor pertama Malayan Union. Tindakan Umno pada masa itu tujuannya adalah untuk menyelamatkan tanah melayu dan kesultanan Melayu.

Samalah dengan tindakan BERSIH semalam, bukan bermaksud untuk mengheret YDP Agung ke kancah politik tetapi ianya adalah untuk kepentingan rakyat kerana sekarang ini rakyat tidak dapat menikmati pilihanraya yang bersih. Rakyat tidak dapat menukar kerajaan sekalipun kerajaan yang sedia ada menyusahkan hidup mereka. Ini semua kerana sistem pilihanraya yang tidak adil. Maka sebab itulah rakyat melalui BERSIH mengadu kepada YDP Agung. Lagipun BERSIH bukan semata-mata gabungan parti-parti politik sahaja malahan ianya terdiri daripada pelbagai NGO dan persatuan pelajar.

Akhir sekali saya ucapkan tahniah kepada rakyat pelbagai kaum dan agama yang sanggup menempuh pelbagai kepayahan demi menuntut pilihanraya yang adil. Mudah-mudahan aduan rakyat kepada Seri Pasuka Baginda ini akan mendapat perkenan daripada baginda.

posted by Lidah Penghunus @ 11:00 PM   0 comments

Saturday, November 10, 2007

Pastikan pusat bandaraya Kuala Lumpur kelihatan kuning dari stesyen angkasa lepas ISS.

Assalamualaikum.

Kita ada lebih kurang 4 jam sahaja lagi sebelum bermulanya detik-detik bersejarah dalam perjuangan menuntut pemulihan demokrasi di negara kita. Jika sebelum hari raya tempoh hari sejarah telah tercipta untuk negara apabila anak Malaysia kita berjaya menjejakkan kaki ke ruang angkasa lepas bertempat di ISS. Maka petang ini kita mahu sejarah sekali lagi dicipta apabila sebahagian daripada bandaraya Kuala Lumpur kita kelihatan kuning apabila dilihat daripada stesyen angkasa lepas milik Rusia itu. Biar negara Rusia lihat bahawa negara kita bukan sahaja mampu untuk menghantar rakyatnya ke angkasa lepas, seiring dengan itu rakyat negara kita juga mampu untuk menuntut perubahan tanpa rasa takut dengan tekanan-tekanan oleh pihak pemerintah.

Semalam semasa ucapan penangguhan perhimpunan agung Umno, Presiden Umno mengatakan bahawa demonstrasi dan perhimpunan bukan cara demokrasi dan tidak mampu membuat perubahan. Sedangkan beliau lupa bahawa demonstrasi dan himpunan aman adalah sebahagian daripada amalan demokrasi. Pak Lah lupa bahawa dengan himpunan Umno pada tahun 1946 maka gagasan Malayan Union dibatalkan oleh penjajah British dan sejarah di seluruh dunia membuktikan bahawa himpunan rakyat telah berjaya membawa kepada suatu perubahan. Tapi apa boleh buat, Melayu (Umno) mudah lupa, ditambah pula zaman Pak Lah, mudah tidur dan mudah terpesona nun jauh di angkasaraya.

Kembali kepada topik himpunan pada petang ini, kita sebagai orang Islam yang memperjuangkan Islam maka selain daripada persiapan mental dan fizikal seperti yang diingatkan dalam artikel-artikel berkenaan himpunan BERSIH, persediaan kerohanian juga penting. Kebergantungan kita hanyalah kepada Allah disamping usaha yang telah kita buat. Banyakkan berdoa dan seperti yang diingatkan oleh pimpinan, perbetulkan niat anda, ikhlaskan diri kepada Allah. Andaikata kita gugur petang ini biarlah kita gugur kerana mempertahankan Islam bukan kerana menuntut demokrasi. Kita menuntut pemulihan demokrasi kerana demokrasi adalah satu-satunya wadah untuk kita pejuang Islam menaikkan Islam sebagai pemerintah di negara ini. Semoga Allah terima usaha kita ini.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 4 JAM 35 MINIT LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 10:24 AM   2 comments

Friday, November 09, 2007

Hunusan edisi menjelang himpunan BERSIH.

Assalamualaikum.

Isu pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bergema sekali lagi di perhimpunan agung Umno.

Pada perhimpunan agung Umno tahun lepas perwakilan daripada negeri Johor meminta agar dikaji perlaksanaan mata pelajaran sains dan matematik yang telah terbukti menyulitkan golongan pelajar. Pada perhimpunan agung Umno tahun ini pula sekali lagi perwakilan daripada Johor telah mendesak agar pengajaran subjek Sains dan Matematik dikembalikan dalam Bahasa Melayu dan desakan ini telah diulangi oleh sayap pergerakan pemuda Umno.

Kerajaan digesa mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Pendirian UMNO Johor tersebut turut dikongsi oleh wakil Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang membuat gesaan yang sama ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada perhimpunan tahunan UMNO itu.
Menurut Mohd. Puad, UMNO Johor akan meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah. Utusan Malaysia - 9 November 2007.


Nampaknya sudah dua kali isu yang melibatkan kedaulatan Bahasa Melayu dan masa depan pelajar ini di bawa ke perhimpunan agung Umno. Kali pertama pada tahun lepas desakan ini tidak pun diambil perhatian oleh pemimpin tertinggi Umno dan kerajaan apabila pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terus dilaksanakan.

Kali ini kita mahu lihat adakah kerajaan akan mengambil berat usul yang melibatkan kepentingan rakyat ini. Adakah hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu Sains dan Matematik akan dikembalikan. Jika desakan itu tidak dilaksanakan maka makin jelaslah bahawa perhimpunan agung Umno ini hanyalah majlis bercakap semata-mata sedangkan perlaksanaannya tiada.


Universiti kita terkeluar senarai 200 terbaik dunia.

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.
Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mengarahkan semua naib canselor universiti tempatan menjadikan reputasi akademik sebagai strategi utama dalam inisiatif penambahbaikan institusi masing-masing.
Langkah berkenaan perlu dilakukan berikutan 60 peratus markah penilaian penarafan THES adalah berdasarkan penilaian sepakaran (peer review) dan sitasi (citations), katanya dalam satu kenyataan hari ini. Penarafan tersebut dikendalikan syarikat swasta British iaitu Quaquarelli-Symmonds (QS) bagi pihak THES sejak 2004.
Ia berdasarkan unsur-unsur penilaian sepakaran (40 peratus), sitasi (20 peratus), nisbah pensyarah-pelajar (20 peratus), penilaian majikan (recruiter review) (10 peratus), pensyarah antarabangsa (5 peratus) dan pelajar antarabangsa (5 peratus).
Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia. Utusan Malaysia - 9 November 2007.


Yang pertamanya kemerosotan ini berlaku ketika Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang berbangga dengan sistem pendidikan negara yang kononnya terbaik apabila di pilih menjadi ahli lembaga eksekutif Unesco iaitu badan dunia yang berkaitan dengan soal pendidikan.

Yang keduanya jika tuan-tuan masih ingat pada tahun 2005 kedudukan Universiti Malaya telah jatuh menjunam daripada tangga 89 ke tangga 169 sebagai universiti terbaik dunia. Dua tahun selepasnya pula Universiti negara kita terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia.

Perkara ini berlaku ketika kampus-kampus negara kita sekarang ini diwakili oleh pelajar-pelajar proaspirasi yang tidak memiliki idealisme perjuangan dan ditadbir oleh mereka yang sedia dicucuk hidungnya oleh parti pemerintah yang bertanggungjawab membunuh demokrasi di kampus demi memenangkan calon proaspirasi. Maka tidak hairanlah jika universiti di negara kita tidak diiktiraf sebagai 200 universiti yang terbaik dunia.


Tanggungjawab sosial akhbar untuk kepentingan Umno.

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Syarikat-syarikat akhbar diminta tidak memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya memenuhi tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.
Sambil memuji penerbitan Utusan Malaysia hari ini walaupun pada cuti umum Deepavali, beberapa pemimpin dan perwakilan UMNO mahu kelemahan yang wujud dalam industri akhbar diatasi.
Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, operasi penerbitan akhbar sepatutnya tidak dihentikan atas alasan akhbar tidak dapat diedarkan kerana tiada tenaga kerja untuk melakukannya.
Beliau berkata, tanpa akhbar diterbitkan setiap hari, sekiranya berlaku peristiwa penting sudah pasti rakyat tidak dapat mengetahui maklumat sebenar.

Muhammad mengambil contoh ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO semalam yang berkemungkinan tidak dapat diketahui oleh semua rakyat disebabkan banyak akhbar arus perdana tidak diterbitkan hari ini. Utusan Malaysia - 9 November 2007.

Baru sekali ini sahaja ucapan dasar presiden Umno tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar utama negara. Itu pun tidak semua. Masih ada 3 lagi akhbar yang memaparkan ucapan dasar Pak Lah. Sedangkan ucapan dasar presiden Pas tidak pernah pun mendapat tempat dalam akhbar-akhbar perdana yang dinyatakan di atas ini.

Jelas di sini bahawa tanggungjawab sosial akhbar yang dilaung-laungkan oleh mereka hanyalah demi kepentingan politik mereka sahaja sedangkan banyak lagi tanggungjawab sosial akhbar terutama sekali dalam menyampaikan berita yang benar dan tidak berat sebelah tidak pun disebut oleh mereka.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 22 JAM LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 6:39 PM   0 comments

Thursday, November 08, 2007

Himpunan BERSIH kurang 48 Jam sahaja lagi.

Assalamualaikum.

Jika tuan-tuan ingat tahun lepas semasa perhimpunan agung Umno blog saya ini banyak membuat ulasan sekitar perhimpunan agung Umno yang telah diadakan. Namun pada tahun ini saya kurang memberikan perhatian kepada perhimpunan yang sedang berlangsung dan akan tamat pada keesokan harinya. Ini kerana saya sekarang sedangkan menumpukan perhatian kepada himpunan 100,000 rakyat anjuran BERSIH yang ketika ini tinggal 1 hari 14 jam sahaja lagi.

Jika tuan-tuan mengikuti perkembangan semasa, dalam berita jam 8 malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai himpunan BERSIH kerana didakwa mampu mencetuskan kekecohan dan menjejaskan ketenteraman awam. Di sini kita hairan bagaimana pihak polis boleh mengatakan bahawa perhimpunan berkenaan akan berlangsung secara tidak aman dan akan timbul kekacauan, sedangkan jelas ianya disebut oleh BERSIH sebagai himpunan aman, tiada kekacauan dan tiada provokasi.

Penganjur hanya mengarahkan peserta memakai pakaian berwarna kuning, berkumpul di tempat yang arahkan, berarak ke tempat yang diarah secara aman dan mereka ditegah daripada melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan kekacauan. Jika tuan-tuan baca panduan bersiri yang bertajuk "apa hak anda bila berhadapan dengan polis" di dalamnya tidak pun mengajar agar mereka yang berkenaan melanggar arahan polis dan membuat kekacaun. Cumanya dalam paduan itu diterangkan kaedah undang-undang dalam berhadapan dengan anggota polis yang bertugas agar rakyat tahu apakah hak mereka. Jadi di sini jelas bahawa BERSIH tidak berniat untuk menimbulkan kekacauan semasa himpunan.

Dalam berita itu tadi Tan Sri Musa juga menyebut bahawa pihaknya khuatir akan ada pihak-pihak dan anasir tertentu yang akan mengambil kesempatan hingga menimbulkan kekacauan. Jika itulah yang dikhuatiri oleh KPN maka ianya bukanlah daripada pihak penganjur sendiri. Sudah tentulah daripada pihak luar yang mahu menggagalkan hinpunan ini. Jadi kita mahu pihak polis siasatlah dan tangkap pihak-pihak yang merancang menimbulkan kekacauan selama ini termasuk pada insiden Batu Burok beberapa bulan lepas.

Tambahan lagi jika atas dasar khuatir terjadi perkara yang tidak diingini polis tidak membenarkan himpunan, konsert-konsert dan perlawanan bola sepak juga boleh dijadikan medan rusuhan oleh pihak-pihak yang tertentu. Mengapa ianya boleh pula dibenarkan oleh pihak polis? Dalam akhbar hari ini pula Presiden Umno dalam ucapan dasar perhimpunan agung Umno meminta agar tidak mengkritik pihak polis secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada pasukan itu.

Sebenarnya di sini pihak polis sendiri yang membuka ruang kritikan dan seterusnya menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi penguatkuasaan itu kerana mereka membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik parti pemerintah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:11 PM   0 comments

Wednesday, November 07, 2007

Hunusan edisi perhimpunan agung Umno.

Assalamualaikum.

Meneliti laporan-laporan berkenaan perhimpunan agung Umno, pemuda dan wanita 2007 dalam akhbar-akhbar budak suruhan Umno hari ini, saya tertarik dengan ucapan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertekad untuk meleburkan parti pembangkang pada pilihanraya akan datang;

Pemuda nekad ‘leburkan’ pembangkang.
KETUA Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan ahli pergerakan itu bersedia untuk menggempur dan meleburkan parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil meminta mereka melupakan dulu pemilihan parti yang akan diadakan selepas pilihan raya itu, Hishammuddin berkata, Pemuda perlu memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) kerana perancangan agenda dan program semata-mata tidak bererti tanpa mandat serta kepercayaan rakyat.
"Jawatan tinggi yang dikejar dalam parti tidak membawa erti jika parti tidak dihormati masyarakat luar, sebab itu tumpuan pada Perhimpunan Agung Umno tahun depan tidak penting, lebih-lebih lagi hari ini kita tahu pilihan raya akan diadakan sebelum itu.
"Buktikan kepada saya, buktikan kepada pucuk pimpinan bahawa saudara adalah generasi dan pemimpin muda yang boleh diharapkan. Buktikan kepada kami bahawa kita mampu menggempur kekuatan pembangkang dan meleburkan impian mereka... boleh?," katanya sambil disambut serentak perwakilan dengan jawapan "Boleh". Berita Harian - 7 November 2007.


Sebelum pemuda Umno bercita-cita untuk meleburkan serta melenyapkan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, mereka kena pastikan terlebih dahulu bahawa keadaan negara ini yang ditadbir oleh mereka dalam keadaan baik, rakyat tidak terus dihimpit dengan kenaikan kos hidup juga tidak merasa bimbang dengan peningkatan kadar jenayah, rasuah dapat ditumpaskan bermula daripada peringkat pemimpin tertinggi politik hingga ke akar umbi, keruntuhan akhlak masyarakat dapat dibendung dan seterusnya Islam dilaksanakan sepenuhnya untuk memelihara masyarakat.

Kerana dengan keadaan sekarang ini yang makin teruk kita tidak dapat bayangkan jika tiada pembangkang sebagai wakil di parlimen dan dewan undangan setiap negeri. Ditakuti bertambah rosak negara kita yang diperintah oleh Barisan Nasional tanpa pemantau daripada parti pembangkang ini. Kerana sebagaimana yang kita maklum pembangkang berperanan sebanyak penyemak dan pengimbang yang menegur setiap tingkah laku parti pemerintah yang tidak betul.

Selain daripada perkara-perkara yang saya sebut tadi, sebelum meleburkan parti pembangkang pemuda Umno perlu pastikanlah bahawa dalam Umno dan Barisan Nasional yang mereka sertai bebas daripada unsur-unsur yang selama ini merosakkan parti mereka seperti pertikaikan sesama parti komponen, perebutan kuasa dan politik wang. Jika tidak mereka sebenarnya yang akan lebur pada pilihanraya yang akan datang sekalipun pembangkang hanya mensasarkan 70 kerusi parlimen.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 3 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 6:00 PM   0 comments

Tuesday, November 06, 2007

Rusia mahu jual kapsul Soyuz kepada Malaysia.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar hari ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis memberitahu bahawa kerajaan Rusia menawarkan untuk menjual kapsul Soyuz yang membawa Dr SMS ke angkasa kepada Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet untuk dibincang dan diputuskan.
Menurut Jamaluddin, tawaran itu dikemukakan kepadanya ketika beliau menunggu kepulangan Sheikh Muszaphar dari ISS di Moscow pada 21 Oktober lalu.
‘‘Ini merupakan satu idea yang bagus. Bagaimanapun, kita perlu melihat harga kapsul itu terlebih dahulu. Kalau harganya berpatutan, kita mungkin boleh menimbang untuk membawanya balik ke Malaysia.
‘‘Saya percaya jika kita membeli kapsul Soyuz itu, ia akan membakar semangat anak-anak muda untuk menjadi angkasawan negara. Orang ramai boleh melihatnya dari dekat selain cuba menaikinya,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, sokongan rakyat juga amat penting dalam pembelian kapsul Soyuz itu selain mengambil kira kemampuan kewangan negara.
‘‘Ia adalah baik dan kerajaan boleh mempamerkannya di Muzium Negara sebagai salah satu usaha bagi menyemai minat menjadi angkasawan di kalangan generasi muda masa kini,” Utusan Malaysia - 6 November 2007.

Kita harap kerajaan tidak pengaruhlah dengan tawaran kerajaan Rusia yang sebenarnya untuk keuntungan mereka. Kita tidak nampak apa manfaatnya memiliki kapsul Soyuz melainkan untuk dipamerkan di muzium negara. Jika hendak dikatakan untuk membakar semangat dan minat golongan muda terhadap bidang angkasawan, pendidikan di sekolah sudah cukup memadai. Lagipun sudah memadai Dr SMS sendiri sebagai model rakyat Malaysia yang telah lepas naik ke angkasaraya sana sebagai penggalak untuk generasi muda menerokai bidang angkasa lepas.

Jangan kerana terikut-ikut dengan tema "mengangkasakan tamadun bangsa" pada perhimpunan agung Umno, kerajaan Barisan Nasional sekali lagi menghabiskan duit rakyat dengan membeli kapsul Soyuz daripada kerajaan Rusia. Tambahan lagi dalam akhbar hari juga presiden Umno telah memberikan amanat kepada rakyat Malaysia agar berjimat cermat dalam menghadapi peningkatan kos hidup akibat kenaikan mendadak harga minyak di pasaran dunia ketika ini. Jadi kita mahu lihatlah kerajaan memberi contoh tauladan kepada rakyat.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 4 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 5:46 PM   0 comments

Monday, November 05, 2007

Himpunan BERSIH tetap akan diadakan 10 November ini.

Assalamualaikum.

BERSIH website hacked / Laman BERSIH digodam.
November 4th, 2007 Posted in Notice Board Print This Post
At sometime between 11:00am and 12.30pm, visitors to the the BERSIH website were greeted by a message (on a yellow background) that read:

!! PENGUMUMAN !!Perhimpunan terpaksa di tunda ke tarikh yang belum ditetapkan

BERSIH would like to reiterate that the People’s Gathering has not been postponed.
The problem has been resolved for now. The website may be temporarily offline this evening but we hope it will be up again tomorrow by noon (Monday, 5 Nov). We apologise for the inconvenience caused.
Thank you for your patience and support.
BERSIH Secretariat.

Dipetik daripada laman web http://bersih.org - 4 November 2007.

Cerita berkenaan laman web rasmi BERSIH yang telah digodam ini, sebelum ini WTV8, Web TV Pas turut menjadi mangsa penggodam dan hingga kini ianya masih lagi belum pulih. Jika tuan-tuan masih ingat empat bulan yang lalu Umno di bawah Datuk Seri Azalina Othman Said telah menubuhkan apa yang dikatakan penulis khas bagi menangkis semua fitnah terhadap pemimpin negara melalui perang siber dan perkara ini telah disentuh dalam blog saya sebanyak dua kali.

Bila melihatkan perkembangan terbaru ini tahu kita bahawa perang siber yang dimaksudkan mereka itu ialah dengan jalan mudah iaitu menyekat atau mengganggu terus sistem informasi milik pembangkang. Sudah jelas mereka sebenarnya tidak mampu untuk menjawab segala hujah pembangkang walaupun melalui penulis khas. Sudahlah mereka menguasai media perdana, TV dan surat khabar, kini mereka hendak kacau pula sumber maklumat pembangkang. Nampak sangat bahawa mereka ini sudah teruk, tiada modal untuk berhujah.

Oleh kerana itulah kita rakyat Malaysia mesti turun berhimpun pada 10 November ini kerana salah satu tuntutannya ialah membebaskan media daripada dominasi parti pemerintah.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 5 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 11:11 PM   0 comments

Sunday, November 04, 2007

Bila pula kita minta Hishammuddin jadi militan?

Assalamualaikum.

Militancy not my style, says Hisham.
KUALA LUMPUR: It has been nine years since Datuk Seri Hishammuddin Hussein took over the helm of Umno Youth from Datuk Zahid Hamidi.
And he admits his style of leadership and approach had been different from that of his predecessors.

He is aware that many perceived him to be lembik (soft) simply because he does not condone excessive and emotional approaches.
“But we (Umno Youth) still get things done. We have been tested many times and triumphed each time without having to take matters to the streets.
“I don’t believe in behaving like the (militant groups) al-Maunnah and al-Qaeda to be noticed.
“What is the point when you end up holing up in caves?” he asked during a recent interview at his house here. The Star - 4 November 2007.



Bila pula kita minta Hishammudin jadi militan macam al Qaeda dan sewaktu dengannya? Pas sendiri pun tidak menggunakan cara mengangkat senjata dalam usaha mereka menegakkan Islam di negara ini. Yang kita mahu ialah Hishammuddin dan pemuda Umno benar-benar serius dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam walaupun tidak dengan menjulang keris. Tidak guna lagak seperti militan sekalipun, memikul senjata dan sebagainya tetapi bangsa sendiri terus teraniaya dan Islam terus diperkotak-katikkan.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 6 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 PM   0 comments

Saturday, November 03, 2007

HIMPUNAN 100,000 RAKYAT TINGGAL SEMINGGU SAHAJA LAGI

Assalamulaikum.

Himpunan aman 100,000 rakyat anjuran BERSIH hanya tinggal seminggu sahaja lagi daripada tarikh hari ini. Namun jika tuan-tuan mengikut perkembangan di akhbar perdana sudah ada kenyataan-kenyataan berbentuk ugutan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menghadiri perhimpuan aman itu. Oleh itu para pimpinan dalam gabungan BERSIH telah menasihatkan orang ramai semua ahar tidak terpengaruh dengan ugutan yang dilakukan dan terus tanam azam untuk menghadiri himpunan aman itu nanti.

Di sini saya sarankan agar tuan-tuan terus mendapatkan maklumat-maklumat terkini himpunan di akhbar-akhbar parti atau NGO yang menyertai BERSIH seperti Harakahdaily, Suara Keadilan atau terus dapatkan maklumat di laman web rasmi BERSIH di http://www.bersih.org/ kerana di sana terdapat pelbagai tips dan panduan ketika menyertai perhimpunan nanti.

Di samping itu tuan-tuan juga tidak harus gusar kerana himpunan aman yang akan berlangsung nanti tidak bercanggah dengan undang-undang negara seperti yang disebut oleh SUHAKAM dalam akhbar hari ini;

The right to peaceful assembly is an important human right but it should not encroach on other people’s rights and should have no intention to create violence, said the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).
“Our stand on the freedom of peaceful assembly has been highlighted in the Report of Suhakam Public Inquiry into the incident at KLCC on May 28, 2006 where several recommendations have been made,” Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said in a press statement yesterday.
Among the recommendations are to notify the OCPD of the proposed assembly or procession, as well as the police and civil society to work out the details with regards to a suitable time frame for the notification and contents of the notice.
Organisers should also look into crowd control and appoint marshals to ensure a peaceful assembly, said Suhakam. The Star - 3 November 2007.


Yang penting pada tarikh itu kita akan berhimpun secara aman tanpa niat untuk menimbulkan kekacauan.

posted by Lidah Penghunus @ 4:47 PM   0 comments

Pendakwaan Datuk Ramli tidak menjejaskan imej PDRM?

Assalamualaikum.

Mengulas tentang pendakwaan rasuah ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dalam akhbar hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengatakan bahawa perkara itu tidak akan menjejaskan imej PDRM;

Pendakwaan ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, tidak akan menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Kita ikut prosedur kerana orang itu (Ramli) didakwa sebagai seorang kakitangan kerajaan, (jadi) saya tidak rasa imej polis terjejas," Berita Harian - 3 November 2007.

Sungguh hairan apabila KPN mengatakan bahawa ianya tidak akan mejejaskan imej PDRM. Pendakwaan terhadap pemimpin tertinggi dan terkanan PDRM yang jika dalam tentera ianya setaraf dengan pangkat seorang Jeneral dan kes ini berlaku ketika PDRM sedang mengalami pelbagai kemelut yang terus mencalar imejnya. Malahan dikatakan bahawa ini kali pertama pemimpin tertinggi PDRM didakwa oleh BPR. Maka ianya susah tentulah amat memalukan bagi PDRM.

Atau mungkinkah kenyataan Tan Sri Musa itu bermaksud bahawa ianya tidak akan menjejaskan imej Timnya yang tidak sehaluan dengan Tim Datuk Ramli?


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 7 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 3:47 PM   0 comments

Friday, November 02, 2007

Khairy kata mahu gunakan kedudukan sebagai menantu PM untuk perubahan positif.

Assalamualaikum.

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin says that being the Prime Minister’s son-in-law has provided him “protection” which he wants to use to change things for the better.
The Umno Youth deputy chief said he was able to “push the envelope now” partly because of that relationship with the prime minister.
“There’s a certain extent (to which) these people in Umno will not go after me. So it gives me ‘protection’ to change things.
“If I don’t use this ‘protection’ to change things for the better, then I’m just wasting time and marking my time to go up the ladder of politics. That’s not what I am about. The Star - 2 November 2007.


Benarkah Khairy selama ini menggunakan kedudukannya sebagai menantu Perdana Menteri untuk melakukan perubahan positif? Apakah perubahan positif yang dilakukan oleh Khairy selama beliau 'menjawat' jawatan menantu kepada Pak Lah? Sedangkan selama Pak Lah memerintah dan Khairy menjadi menantu pemerintah, keadaan semakin teruk, keadaan negara semakin tidak menentu dan keadaan parti juga tidak kurang kelam kabutnya. Atau sebenarnya peluang sebagai menantu PM itu digunakan Khairy untuk mengubah dirinya menjadi lebih kaya dan lebih kuasa politik.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 8 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 6:41 PM   0 comments


Free Hit Counter