Wednesday, April 30, 2008

Persidangan Parlimen pasca Pilihanraya Umum ke-12.

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama persidangan Parlimen selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-12 Mac yang lalu. Pada persidangan kali ini buat pertama kalinya parti pemerintah berhadapan dengan parti pembangkang dengan jumlah kerusi kurang dua pertiga dan buat pertama kalinya dalam sejarah parlimen Malaysia, persidangan Dewan Rakyat boleh diikuti secara langsung melalui kaca TV.

Sebagaimana yang kita maklum dengan kehadiran 82 wakil pembangkang hari pertama persidangan Dewan Rakyat ini berjalan dalam suasana yang agak kecoh dan hingar-bingar. Bagi saya ini adalah perkara biasa dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Namun yang kita kesalkan baru satu hari menyaksikan keadaan sebegitu dalam parlimen Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek sudah bercadang untuk mengkaji semula siaran langsung perbahasan Dewan Rakyat.

Jika kita ikuti Buletin Utama TV3 Jam 8 tadi, cadangan penarikan balik siaran langsung itu bukan sahaja tidak dipersetujui oleh ahli akademik malahan salah seorang daripada mereka mahu agar siaran langsung itu dipanjangkan kepada satu jam. Mereka ahli akademik berpendirian sedemikian kerana parlimen adalah tempat bersidangnya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk melihat komitmen wakil-wakil yang dipilih oleh mereka.

Berkenaan persidangan Dewan Rakyat ini saya tertarik dengan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub yang mendesak agar royalti minyak dikembalikan kepada rakyat Terengganu. Sedangkan kita tahu Terengganu ketika ini di bawah kerajaan BN namun Pas tetap minta agar royalti yang ditarik ketika pentadbiran Pas ini dikembalikan semula. Ini menunjukkan Pas bertindak bukan atas kepentingan politik tetapi lebih kepada kepentingan rakyat kerana royalti minyak itu adalah hak rakyat Terengganu.

posted by Lidah Penghunus @ 10:23 PM   1 comments

Monday, April 28, 2008

SPR hendak sekat kemaraan Pakatan Rakyat di internet.

Assalamualaikum.

SPR awasi kempen internet.
KUALA LUMPUR: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.
Ini berikutan cadangan SPR meluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), berbanding hanya tertumpu kepada kaedah konvensional seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media ketika ini.
Langkah itu juga sejajar usaha suruhanjaya itu memastikan peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 lebih lengkap dan menyeluruh, selain menjamin kewibawaannya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengendali pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kajian meluaskan bidang kuasa itu perlu berikutan semakin ramai calon dan banyak parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum lalu menggunakan kaedah berkenaan untuk berkempen.
"Ketika ini, undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan ketika berkempen menerusi internet, termasuk laman web, blog atau SMS. Berita Harian - 28 April 2008.

Semasa berlangsungnya pilihanraya umum ke-12 sekitar Febuari dan Mac yang lalu pelbagai usaha dibuat oleh SPR untuk memastikan calon BN terus kekal memerintah negara. Namun begitu seperti yang pernah saya sebut, kebangkitan rakyat telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional dan SPR. Rupa-rupanya SPR terlepas pandang bahawa internet boleh menjadi faktor besar dalam kemenangan calon Pas, PKR dan DAP dalam pilihanraya baru-baru ini.

Oleh itu langkah SPR yang disiarkan dalam akhbar di atas ini dilihat satu usaha baru SPR sebagai haiwan politik kepada BN bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang. Sudahlah desakan kita melalui BERSIH agar memberikan kebebasan media kepada pembangkang tidak dilayan, kini mereka hendak menyekat siri penerangan Pakatan Rakyat melalui internet pula. Nampaknya hancurlah harapan kita untuk melihat pembaharuan dalam SPR seiring dengan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan BPR.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Thursday, April 24, 2008

Iran langgar resolusi PBB, Amerika Syarikat bagaimana?

Assalamualaikum.

Penyertaan Iran dibatal kerana ugutan AS.
KUALA LUMPUR: Perbalahan diplomatik hampir menjejaskan status Persidangan dan Pameran Pertahanan Asia (DSA) ke-11 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), apabila penganjur mengarahkan semua ruang pameran yang membabitkan syarikat dari Iran, ditutup.
Kejadian berlaku kelmarin, iaitu pada hari kedua DSA 2008 yang juga acara ulung dalam industri itu berlangsung, dengan penganjur meminta semua ruang pameran membabitkan negara berkenaan membabitkan sembilan syarikat, dikosongkan dan ditutup.
Sumber kedutaan dan pertahanan mendakwa penutupan itu dibuat atas desakan Amerika Syarikat yang mengugut akan menarik diri jika tuntutan mereka untuk menyingkirkan Iran dari menyertai pameran itu tidak dipenuhi.
Amerika Syarikat menghantar kontinjen luar negara terbesar iaitu 26 syarikat pada pameran tahun ini.
Difahamkan, wakil kedutaan Amerika mengadakan pertemuan dengan penganjur, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar untuk menyatakan protes mereka terhadap penyertaan syarikat Iran di DSA 2008.
Mereka juga dikatakan bertemu beberapa syarikat Eropah untuk menyatakan kebimbangan itu dan meminta semua mereka bersetuju untuk menarik diri daripada menyertai pameran berkenaan jika permintaan itu tidak dilayan. Berita Harian - 24 April 2008.

Dalam Buletin Utama TV3 tadi, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pembatalan Iran sebagai peserta DSA 2008 adalah kerana negara republik itu didakwa melanggar resolusi PBB. Maka oleh kerana itulah kononnya Malaysia membatalkan penyertaan Iran bukan kerana tunduk kepada desakan Amerika Syarikat.

Jika mereka kata Iran melanggar resolusi PBB dan dianggap membahayakan manusia sejagat, bagaimanapula dengan Amerika Syarikat? Pembabitan negara itu dalam serangan dan pencerobohan di Afghanistan, Iraq dan restu negara berkenaan kepada keganasan Israel, adakah itu tidak melanggar resolusi PBB?

Sepatutnya Malaysia tidak perlu tunduk dengan tekanan negara yang sebenarnya menaja keganasan ini. Biarkah negara itu tarik diri daripada DSA 2008. Negara-negara lain selain Amerika Syarikat termasuk Iran sendiri tidak kurang hebatnya dari segi persenjataan.

posted by Lidah Penghunus @ 9:49 PM   4 comments

Tuesday, April 22, 2008

Siapakah agaknya ahli parlimen itu?

Assalamualaikum.

Buletin Utama TV3 tadi melaporkan bahawa polis sedang menyiasat aduan tentang kes cabul oleh seorang ahli politik kanan. Disebutkan bahawa ahli politik kanan itu adalah ahli parlimen. Pada mulanya saya tertanya-tanya daripada parti manakah agaknya ahli politik serta ahli parlimen yang tidak berakhlak ini. Dan apabila disebut bahawa ahli politik kanan ini telah memenangi kerusi parlimen pada pilihanraya umum baru-baru ini tetapi tidak terpilih sebagai menteri kabinet maka tahulah kita bahawa ahli politik kanan yang juga ahli parlimen ini adalah daripada Barisan Nasional. Disebutkan juga bahawa ahli politik yang sedang disiasat ini ketika ini sedang berada di luar negara. Agak-agak, siapakah ahli politik kanan dan ahli parlimen ini?

posted by Lidah Penghunus @ 10:38 PM   7 comments

Orang pembangkang yang kerja kerajaan.

Assalamualaikum.

Gerakan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan setiausaha agungnya Datuk Lee Kah Choon kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana bersetuju menyandang dua jawatan penting dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan anak syarikatnya InvestPenang.
Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.
Katanya tindakan Lee itu melanggar prinsip dan semangat yang terkandung dalam arahan umum parti.
"Sebelum ini, parti telah mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan sebagai anggota majlis perbandaran dan daerah serta sebagai anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK)di semua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum," katanya dalam kenyataan hari Selasa.
Ahad lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan Lee sebagai pengarah PDC dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.
Koh berkata arahan itu adalah sejajar dengan keadaan sekarang yang memerlukan Gerakan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan."Kami tidak boleh laksanakan peranan ini secara objektif jika anggota kami sendiri memegang jawatan penting dalam pentadbiran negeri dan tempatan,"
Di petik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 22 April 2008.

Saya tidak nampak yang perlantikan Datuk Lee Kah Choon daripada Parti Gerakan ini dalam pentadbiran kerajaan bawah DAP boleh menimbulkan masalah kepada Gerakan untuk menjadi parti pembangkang. Kerana Datu Lee hanya dilantik dalam Perbadanan milik kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menguruskan pembangunan ekonomi dan pelaburan Pulau Pinang bukannya beliau dilantik dalam jawatan politik atau yang seumpamanya yang akan bertindak untuk berhadapan dengan Gerakan sebagai parti pembangkang.

Sepatutnya BN khususnya Gerakan harus berbesar hati kerana kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada ahli politik pembangkang di negeri itu untuk memegang jawatan dalam perbadanan kerajaan negeri. Nampaknya mungkin selepas ini BN juga harus melarang ahli-ahlinya daripada bekerja di pejabat-pejabat milik kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 10:14 PM   6 comments

Kerajaan tiada duit untuk hantar angkasawan kedua.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan setakat ini belum mempunyai bajet untuk menghantar angkasawan kedua negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2011.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, pada dasarnya kerajaan telah membuat keputusan akan meneruskan misi penghantaran itu tetapi masih menunggu keputusan kajian yang dijalankan mengenai misi tersebut.
''Apa yang saya boleh katakan ialah kita kini masih tidak mempunyai peruntukan untuk menghantar angkasawan kedua ke ISS dan jika misi ini diteruskan, maka kerajaan perlu mendapatkan peruntukan untuk menjayakannya.
''Kami masih menunggu keputusan kajian yang dijalankan untuk mengkaji kebaikan dan bajet dalam penghantaran angkasawan kedua," Utusan Malaysia - 22 April 2008.


Bagi saya adalah lebih baik jika rancangan untuk menghantar rakyat Malaysia naik roket ke stesyen angkasa ISS untuk kali kedua ini dibatalkan sahaja. Cukuplah negara kita sudah ada seorang yang menjadi rakyat Malaysia pertama naik roket jauh ke langit sana. Adalah lebih baik peruntukan itu jika ada digunakan untuk pembangunan pendidikan yang berorientasikan sains dan teknologi.

Untuk waktu ini negara kita Malaysia lebih memerlukan untuk melahirkan lebih banyak pakar-pakar dalam bidang perubatan, teknologi maklumat, automatif, aeroangkasa dan pelbagai lagi bidang untuk keperluan dalam negara. Kita tidak mahu lagi banyak bergantung kepada negara luar dalam bidang-bidang yang disebut itu tadi.

Mungkin akan tiba masanya nanti negara kita akan menghantar angkasawan ke stesyen satelit milik negara kita sendiri dengan roket keluaran negara kita sendiri. Yang penting pembangunan pendidikan berkenaannya harus dimulakan sekarang.

posted by Lidah Penghunus @ 6:39 PM   1 comments

Monday, April 21, 2008

Sedang menunggu pula pembaharuan dalam SPR.

Assalamualaikum.

Minggu lepas kita telah mendengar tentang pembaharuan dalam sistem kehakiman. Hari ini pula kita sekali lagi berasa amat gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan tentang pembaharuan terhadap Badan Pencegah Rasuah. Kita amat mengalu-alukan usaha untuk memulihkan kedua-dua badan yang penting ini demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan BPR. Yang penting harapan kita ialah perlaksanaannya, tidak tinggal suruhanjaya sahaja.

Selepas ini kita sedang menunggu-nunggu pula pengumuman kerajaan untuk memulihkan sistem pilihanraya di negara ini khususnya Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR sebagai usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi. Kerana kemenangan pembangkang di lima negeri dan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya umum baru-baru ini tidak boleh ukuran bahawa SPR dan demokrasi di negara ini sudah pulih.

posted by Lidah Penghunus @ 8:02 PM   1 comments

Adakah dengan hanya tidak eksport babi sudah jadi Negara Islam?

Assalamualaikum.

Apabila timbulnya hasrat Negara Cina untuk import babi daripada Malaysia kita lihat pelbagai pihak tidak bersetuju Malaysia menjadi pengeksport babi. Alasan mereka kerana Malaysia ini negara Islam jadi tidak patut mengeksport haiwan yang diharamkan oleh Islam untuk dijadikan makanan itu.

Apa yang perlu kita tahu di sini Singapura bukan sahaja tidak mengeksport babi, malahan tiada pun ternakan babi di negara yang ditadbir oleh orang bukan Islam itu. Adakah negara itu layak digelar negara Islam? Saya menyebutkan perkara ini kerana segelintir pihak itu tadi begitu beriya-iya membantah perkara yang berkaitan dengan babi ini sedangkan mereka lupa bahawa Malaysia sudah lama mengeksport minuman keras.

Walau bagaimanapun umat Islam di negara ini tidak perlu risau kerana awal-awal lagi Menteri Besar Selangor telah menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berminat untuk eksport babi ke luar negara dan rancangan penternakan di Selangor ini hanyalah untuk keperluan domestik.

posted by Lidah Penghunus @ 6:48 PM   0 comments

Noh Omar janganlah hendak berangan.

Assalamualaikum.

Pembangkang berpecah di Selangor?
PELABUHAN KLANG 20 April - Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.
Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).
Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.
"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu.
''PKR pula terdiri daripada pelbagai kaum dan kita tidak tahu bagaimana mereka akan membela antara satu dengan lain termasuklah menjaga kepentingan orang Melayu,"

Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, sekiranya satu parti dalam pembangkang itu keluar daripada pakatan mereka, kerajaan Selangor yang ditadbir mereka akan runtuh.
''Kalau Pas keluar daripada pakatan, mereka akan tinggal 28 kerusi saja kerana PKR hanya mempunyai 15 kerusi manakala DAP hanya 13 kerusi.
"Sekiranya DAP keluar, lagi hancur kerajaan negeri kerana mereka akan hanya tinggal 23 kerusi, lagilah mereka tidak boleh memerintah," Utusan Malaysia - 21 April 2008.


Kita hairan bagaimana Noh Omar boleh yakin bahawa Pakatan Rakyat di Selangor berpecah sedangkan hubungan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan campuran di Selangor ini amat kukuh dan sedang menumpukan dalam pembangunan dan pentadbiran negeri. Yang terbaru atas semangat Pakatan Rakyat Adun daripada DAP iaitu YB Teng Chang Khim telah dilantik sebagai speaker dewan sekaligus merupakan speaker pertama di kalangan Adun bukan Melayu dan digandingkan pula dengan timbalan speaker dewan yang pertama di kalangan wanita iaitu YB Haniza Talha.

Di sini adakah Noh lupa bahawa semasa pilihanraya dahulu BN begitu menumpukan kepada Kelantan, mereka terlalu yakin akan merampas negeri Kelantan daripada Pas, tetapi alih-alih Kelantan mereka gagal rampas, lima negeri mereka hilang. Oleh itu beliau harus ingat bahawa ketika ini Umno dan Barisan Nasional sedang bergolak, tidak mustahil kerajaan pusat akan beralih tangan ke Pakatan Rakyat. Maka adalah lebih baik Ahli Parlimen Tanjung Karang ini tumpukan sahaja kepada pemulihan parti yang disertainya itu.

posted by Lidah Penghunus @ 6:15 PM   0 comments

Thursday, April 17, 2008

Makkal Osai ditamatkan kerana makkal sakti.

Assalamualaikum.

Permit Makkal Osai tidak disambung.
PUTRAJAYA 16 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk tidak menyambung permit penerbitan akhbar tamil Makkal Osai, kata menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau bagaimanapun menolak keputusan itu ada kaitan dengan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa akhbar itu kerap menyiarkan laporan-laporan berita mengenai pembangkang.
''Sebabnya kerana permit akhbar ini sudah tamat dan kita buat keputusan untuk tidak lagi memperbaharuinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Kit Siang mengenai penggantungan permit akhbar Makkal Osai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di ibu kota hari ini. Utusan Malaysia - 17 April 2007.




Berita radio tadi seorang menteri mengatakan bahawa Makkal Osai tidak diharamkan tetapi hanya permitnya tidak disambung. Persoalannya sama ada diharamkan atau permitnya tidak disambung, akhbar Makkal Osai atau bermaksud suara rakyat itu telah dinafikan haknya oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah terjejas oleh penangan makkal sakti atau kuasa rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

Menteri Dalam Negeri menafikan bahawa keputusan tidak menyambung permit kerana akhbar berbahasa Tamil itu memberikan ruang kepada parti pembangkang namun beliau tidak memberikan sebab yang sebenarnya mengapa penamatan permit itu dibuat. Jika tuan-tuan masih ingat akhbar ini pernah menimbulkan kontroversi apabila menyiarkan gambar yang menghina Nabi Isa AS pada Ogos 2007 yang lalu dan tindakan penggantungan permit selama sebulan diambil terhadap akhbar ini ketika itu.

Namun hari apabila akhbar berkenaan dilihat cenderung kepada Pakatan Rakyat dan makkal sakti maka permitnya tidak lagi dilanjutkan. Maka di sini jelas bahawa tindakan kerajaan ini lebih kepada kepentingan politik mereka semata-mata yang takut kepada makkal sakti.

posted by Lidah Penghunus @ 5:51 PM   0 comments

Wednesday, April 16, 2008

Isu babi- Bekas kerajaan negeri berdolak-dalik.

Assalamualaikum.

SHAH ALAM 15 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terlibat dengan syarikat yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan ladang penternakan babi di Kuala Langat.
Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Oriental Daily jika terdapat unsur fitnah terhadapnya berhubung dakwaan itu.
Bagaimanapun ketika ini, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara akhbar berkenaan kerana mengerjakan umrah.
Dalam wawancara menerusi telefon dari Mekah, Dr. Karim berkata, semasa Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri, semua urusan berhubung cadangan itu diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tang See Hang.
Menurutnya, beliau tidak tahu syarikat tempatan mana yang terbabit secara usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi.
''Ini kerana kertas cadangan projek ini dikemukakan sendiri oleh syarikat terbabit kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh See Hang.
"Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun mesyuarat Exco. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan," katanya.
Beliau berkata, pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman itu mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahasama luar.
"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tetapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera, ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam," katanya.
Dr. Karim mengaku beliau turut bersama pemimpin tempatan termasuk Ketua Kampung Ladang Tumbuk melawat ke Jerman dan Thailand untuk meninjau kaedah penternakan babi moden.
''Saya pergi atas kapasiti sebagai wakil rakyat Tanjung Sepat bagi mengumpul maklumat untuk orang ramai jika mana-mana kaedah diguna pakai oleh kerajaan negeri untuk menyusun semula penternakan babi di Selangor,'' katanya.
Beliau turut menyokong pelaksanaan ladang babi moden bagi memenuhi keperluan domestik dengan syarat ladang-ladang babi sedia ada ditutup terus.
"Atas sebab itu kita telah adakan kajian dan rundingan dengan penternak babi sejak tiga tahun lalu," katanya.
Menurut beliau, ini merupakan antara usaha-usaha yang dilakukannya sejak dipilih sebagai ADUN Tanjung Sepat pada 2004.
Bagaimanapun kata Dr. Karim, beliau dan penduduk membantah projek itu kerana projek tersebut yang berdekatan kampung orang Melayu tidak mengambil kira pandangan penduduk dan kajian kesan alam sekitar terlebih dahulu. Utusan Malaysia -16 April 2008.


Apapun yang diperkatakan oleh Datuk Karim, yang penting telah diakui bahawa projek ternakan babi ini telah diluluskan oleh kerajaan yang terdahulu dan turut disertai oleh syarikat bumiputera. Apa yang kita baca di sini Datuk Karim nampaknya berdolak-dalik dalam isu babi ini terutama sekali apabila timbulnya pendedahan yang terbaru ini. Jadi tak perlulah lagi beliau dan Umno Selangor nak timbulkan lagi isu ini, adalah baik beliau ikuti nasihat Timbalan Menteri Kesihatan dalam akhbar di bawah ini;

Babi: Usah ikut perasaan.
KUALA LUMPUR 15 April - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menyifatkan isu projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang telah dipolitikkan.
Menurut beliau, bantahan terus dibuat walaupun projek tersebut masih dalam peringkat kajian dan belum diuji sepenuhnya di negara ini.
Justeru, katanya, pihak terbabit tidak sewajarnya bertindak mengikut perasaan.
''Biarlah dia buat kajian terlebih dahulu. Ia mesti diuji di negara kita. Bagi dia peluang. Kalau tak berjaya, baru kita ambil tindakan jika ia tidak mengikut standard Jerman.
''Jadi janganlah kita menjadi sangat emosional. Saya tengok isu ini telah dipolitikkan,''

Sambil menegaskan pandangannya itu tidak bermakna dia menyetujui projek itu, Abdul Latiff berkata, pengendali projek tersebut perlu diberi peluang membuktikan teknologi ternakan babi di Jerman juga dapat digunakan di negara ini.
''Saya tak kata saya setuju. Buktikan sistem itu turut boleh digunakan di sini. Maknanya, ia adalah mesra alam dan tidak mendatangkan penyakit,'' Utusan Malaysia -16 April 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 10:54 PM   0 comments

Tuesday, April 15, 2008

Tukar parti pemerintah untuk pulihkan negara.

Assalamualaikum.

'Tukar pucuk pimpinan bukan ubat pulihkan UMNO'.
KOTA KINABALU 14 April - Peralihan pucuk pimpinan UMNO bukan satu jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah yang timbul selepas pilihan raya umum, baru-baru ini.
Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun berkata, pendekatan itu tidak menjanjikan setiap masalah dapat ditangani dengan baik, kerana tumpuan pada masa ini sepatutnya kepada usaha mengkaji serta membaiki kelemahan yang ada.
Katanya, fokus UMNO sekarang ialah untuk memulihkan kekuatan parti dan bukan menukar pemimpin atasan kerana hanya kehilangan sedikit sokongan atau kepercayaan rakyat pada pilihan raya umum lalu.
"Memaksa pemimpin berundur dengan anggapan ia dapat menyelesai masalah, hanya mencerminkan sikap kita yang suka mengambil jalan pintas apabila berhadapan dengan masalah," Utusan Malaysia - 15 April 2008
.

Mereka hanya bercakap tentang pertukaran pucuk pimpinan parti demi memulihkan Umno. Bagi saya soalnya sekarang ialah memulihkan negara yang telah rosak angkara pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ini. Untuk melakukan penambahbaikan ini pertukaran pucuk pimpinan dalam parti pemerintah bukanlah jawapannya kerana siapa sahaja yang naik di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional ini sama sahaja. Kita tidak fikir yang Dato' Seri Najib akan membawa kepada pemulihan negara. Maka ubat yang paling mujarab untuk memulihkan negara yang sedang sakit ketika ini ialah menukarkan parti pemerintah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 10:13 PM   0 comments

Akhbar hanya dibenarkan jadi pengampu kerajaan?

Assalamualaikum.

Akhbar dibidas siar berita pembangkang perlekeh Dr. Mahathir.
KUALA LUMPUR 14 April - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee membidas sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kerana menyiarkan laporan anggota parti pembangkang memperlekehkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Saya amat dukacita dengan akhbar itu yang menyiarkan laporan anggota pembangkang memperlekehkan kepimpinan Dr. Mahathir dalam pentadbiran dahulu.
"Saya berpendapat adalah tidak wajar sama sekali bagi sebuah akhbar arus perdana untuk menyiarkan laporan seperti itu memandangkan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini," katanya.
Akhbar itu hari ini menyiarkan kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin tua dan keliru.
Dalam muka surat yang sama akhbar itu menyiarkan kenyataan Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuduh Dr. Mahathir merosakkan proses demokrasi dan kebebasan kehakiman di negara ini. Utusan Malaysia - 15 April 2008.


Adakah akhbar-akhbar ini kerja mereka hanya mengampu kerajaan sahaja dan memburuk-burukkan parti pembangkang? Tidak boleh mengkritik atau mengutarakan pandangan-pandangan daripada tokoh parti pembangkang (peringkat pusat). Jika Ketua Umno Bahagian Cheras kata Tun berjasa kepada negara oleh itu ianya tidak boleh dikritik, Dato' Seri Anwar juga pernah berjasa kepada negara ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun apabila beliau dipecat semua akhbar arus perdana di negara ini memperlakukan kepada Anwar seolah-olah beliau tidak pernah menyumbangkan sesuatu kepada negara. Baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi telah memfitnah Dato' Seri Anwar dengan mengaitkannya dengan Israel. Adakah Anwar tidak tiada hak untuk menjawab tuduhan ini dalam akhbar perdana?

posted by Lidah Penghunus @ 9:50 PM   0 comments

Monday, April 14, 2008

Gelita yang akan berakhir.

Assalamualaikum.

Kurang beberapa jam lagi Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan tempoh sekatannya daripada aktif politik akibat hukuman penjara yang diterimanya bermula 14 April 2003. Cerita berkenaan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini saya teringat ketika lawatan ilmiah ke parlimen anjuran persatuan tingkatan enam pada tahun 1998 dahulu. Kami berpeluang untuk melawat Dewan Rakyat tetapi sayangnya pada masa itu tiada sidang parlimen.

Apa yang menarik untuk saya cerita di sini ketika itu, peserta lawatan berebut-rebut untuk duduk di kerusi Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir (ketika itu masih lagi Dato' Seri). Maklumlah pada masa itu Dr Mahathir masih lagi dikagumi sepenuhnya. Sampaikan saya hanya berkesempatan untuk merasa duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri sahaja iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya beberapa bulan selepas itu beliau hendak disingkirkan daripada jawatan dalam kabinet dan parti.

Walau bagaimanapun peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini telah memberikan saya ruang untuk keluar daripada kegelitaan apabila saya sendiri telah mula nampak tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bermula dari situlah saya telah mula mengenal gerakan Islam dan telah memilih Islam sebagai wadah perjuangan melalui Pas hinggalah ke saat ini.

Selepas ini Anwar akan bersama-sama sepenuhnya dengan Pakatan Rakyat Pas, PKR dan DAP untuk menghadapi Umno dan Barisan Nasional dalam pentas politik. Jawabnya semakin gelitalah BN dan Pak Lah apabila berhadapan dengan gabungan Pakatan Rakyat yang mantap itu dan ditambah pula dengan Tun Dr Mahathir dan juga Ku Li yang sering menentang kepimpinan Pak Lah daripada dalam.

posted by Lidah Penghunus @ 8:01 PM   1 comments

Sunday, April 13, 2008

Selangor FM ke BN FM?

Assalamualaikum.

Selangor FM kosongkan pejabat.
NILAI 12 April – Kementerian Penerangan mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam secepat mungkin, selepas diberi kata dua oleh kerajaan Selangor.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tempat lain yang bersesuaian untuk menempatkan stesen radio tersebut.
Beliau memberi jaminan kepada pendengar Radio Selangor FM tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkannya beroperasi seperti biasa.
“Walaupun di mana siaran radio itu berada nanti, kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor.
“Keputusan tersebut dibuat bagi membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Beliau mengulas kata dua Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Radio Selangor FM yang akan diusir dari Bangunan SSAAS sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu. Utusan Malaysia - 13 April 2008.

Adalah tidak patut duduk di bangunan pejabat kerajaan negeri, nama pun Selangor FM tetapi permintaan kerajaan untuk memperkenalkan visi dan program kerajaan negeri selama sejam tidak ditunaikan. Kerajaan negeri bukan minta untuk hentam BN dalam radio berkenaan dan bukan mereka minta ruangan ceramah politik dalam radio itu. Sepatutnya radio Selangor FM ini harus menjadi suara kepada kerajaan negeri yang sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat. Bagi saya bukan sahaja Selangor FM, TV3 juga jika asyik menghentam kerajaan negeri, stesyen TV yang berpusat di Damansara, Selangor ini juga boleh berambus dari Negeri Selangor ini.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 PM   1 comments

Friday, April 11, 2008

Ruang dakwah Pas di Negeri Selangor

Assalamualaikum.

Selangor pergiat dakwah, wujud surau di pasar malam, tani.
Anggota exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bercadang mewujudkan suasana keagamaan di seluruh negeri termasuk di tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan tani.
Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah bersetuju mengadakan musollah (surau) di setiap pasar malam dan pasar tani.
Katanya, dengan adanya musollah tersebut memudahkan para peniaga dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah. "Kita akan membuat tempat mengambil wuduk yang banyak. Kita mahu melihat suasana keagamaan terus berlaku di pasar, mencakupi semua peringkat umur anggota masyarakat," jelas dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily.
Beliau yang juga Adun Gombak Setia dan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu menjadikan kegiatan di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu) yang mengadakan kuliah agama setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi, sebagai contoh.
"Insya-Allah saya akan mulakan di Masjid Negeri. Orang yang memakai jeans, skirt boleh datang mendengar. Biar kita tarik mereka dengan cara begitu, begitu juga dengan orang yang berjoging di tepi tasik," katanya.
AJK Dewan Ulama negeri, Ustaz Ansori Mursid berkata, cadangan tersebut ada kesan positif negatif dan ia perlu dilaksanakan dengan adanya pemantauan daripada pihak penguatkuasaan.
Menurut beliau jika solat itu dilakukan secara berjemaah, perlu ada penguatkuasaan untuk memantau kawasan pasar.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang turut mencadangkan supaya Dato' Hasan mengenakan peraturan kepada wanita supaya berpakaian sopan dan menutup aurat ketika berada di kawasan pasar.
Timbalan Ketua Muslimat Selangor, Noraini Husin berkata cadangan itu usaha baik kerana tujuan awal PAS adalah untuk berdakwah selain berpolitik.
Apabila Pakatan Rakyat sudah menang katanya, PAS perlu menggunakan institusi agama seperti Jais untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Selangor.
Menurut beliau, dengan cara itu ia boleh membuang dinding pemisah antara masyarakat dengan PAS.
"Rakyat Selangor sudah mengenali Hasan Ali dan sekarang ini beliau menjadi exco, secara tidak langsung beliau telah membawa imej PAS," katanya.
Beliau berkata, selama ini ramai di kalangan pembeli berkunjung ke pasar pada waktu maghrib dan kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan solat kerana rumah dan masjid jauh.
Justeru tambahnya dengan ada surau di kawasan pasar akan memudahkan penjual dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian.
Bagaimanapun, Noraini berpendapat, peniaga di Selangor tidak boleh disamakan dengan pekedai di Tanah Suci yang boleh meninggalkan jualan untuk menunaikan solat.
"Penguatkuasaan perlu diwujudkan iaitu di kalangan ahli JKKK selain mengawal keselamatan barangan, mereka juga boleh memastikan pembeli dan peniaga berhenti untuk solat," Harakahdaily - 11 April 2008.


Di Negeri Kelantan apabila Pas mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pada tahun 1990. Mereka tidak hanya terus melaksanakan Islam sahaja tetapi dalam masa yang sama parti itu turut memberikan didikan agama yang cukup kepada rakyatnya agar mereka benar-benar faham mengapa Islam perlu dilaksanakan, mengapa pusat-pusat maksiat harus ditutup, mengapa wanita wajib menutup aurat dan sebagainya. Maka andaikata ketika ini negeri berkenaan dapat melaksanakan hukum hudud tanpa halangan daripada kerajaan pusat saya kira ianya adalah masa yang paling sesuai kerana sudah tentu masyarakat sudah terdidik dengan perlaksanaan hukum berkenaan.

Namun di Negeri Selangor ini kita menyedari bahawa bukan kerajaan Pas yang ditubuhkan di negeri ini, tetapi adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP. Namun begitu melalui perlantikan Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Dato' Dr Hasan Bin Ali sebagai Exco Agama ianya sebenarnya adalah ruang yang besar untuk Pas berdakwah, mendidik masyarakat Islam di Selangor ini dengan ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya menguatkuasakan beberapa undang-undang yang termasuk dalam bidang kuasa Exco Agama. Laporan dalam akhbar online Harakahdaily di atas ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya Pas dapat berperanan dalam bidang agama sekarang ini.

Di sini cuba kita fikir jika masih bawah kerajaan negeri yang terdahulu adakah semua ini dapat dilaksanakan? Sudah tentu tidak. Mereka hanya memandang pasar malam dan pasar tani ini dari sudut untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tidak terfikir pun mereka ini untuk menyediakan suatu ruang agar peniaga dan pengunjung pasar malam ini dapat beribadat walaupun dalam kesibukan berjual-beli. Hinggakan ada yang mengecop pasar malam ini tempat untuk orang mencari keduniaan semata-mata hingga lupa ibadat solat.

Akhir sekali kita juga berharap agar dalam keadaan yang terbatas ini Pas dapat meningkatkan penguatkuasaan undang-undang agar orang Islam tidak dibenarkan masuk ke premis-premis hiburan maksiat dan judi yang telah wujud sejak zaman BN ini lagi.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

Thursday, April 10, 2008

Masih lagi isu babi.

Assalamualaikum.

200 penduduk bantah projek ternakan babi.



Kerajaan negeri dituduh naikkan kemarahan orang Melayu SHAH ALAM: Lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang mengadakan perhimpunan secara aman di pagar masuk Bangunan SUK, di sini, semalam, untuk membantah tindakan kerajaan negeri meluluskan projek itu.
Mereka yang berkumpul sejak jam 10 pagi membawa pelbagai sepanduk bagi menunjukkan tanda bantahan dan tidak puas hati masyarakat Melayu antaranya menuduh kerajaan negeri tunduk kepada tuntutan DAP dan diperalatkan parti itu.
Turut menjadi mangsa kemarahan penduduk ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari yang dituduh sebagai pengembala babi, manakala sepanduk menunjukkan lelaki memakai serban menunggang babi ditujukan pula kepada Pas. Berita Harian - 10 April 2008.


Dalam akhbar Utusan Malaysia semalam kita dapat saksikan gambar ladang ternakan babi di beberapa tempat di Selangor yang begitu menjijikkan yang mengakibatkan pencemaran kepada sungai dan laut. Seolah-olah semua itu hendak diletakkan kesalahan kepada kerajaan yang baru diberi mandat memerintah. Sedangkan itu semua wujud ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Melihatkan kepada keadaan-keadaan yang teruk sebegitulah maka kerajaan negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat mengambil inisiatif untuk mewujudkan ladang ternakan babi secara teratur dan moden yang tidak akan melibatkan sungai dan laut bagi mengelakkan pencemaran.

Apa yang kita lihat melalui gambar dan laporan demonstrasi aman seperti yang dipaparkan dalam akhbar hari ini seolah-olah ianya adalah perancangan pembangkang di negeri Selangor yang bertujuan untuk melepaskan geram kepada kerajaan negeri yang baru kerana berjaya merampas kekuasaan daripada mereka. Ini jelas melalui sepanduk-sepanduk yang berbau fitnah kepada Pas dan Islam itu sendiri. kepada media-media perdana ini pula mereka seolah-olah begitu prihatin berkenaan isu babi ini lebih-lebih di negeri Selangor bawah pemerintah Pakatan Rakyat. Namun sebelum ini dalam hal arak tiada pula mereka menunjukkan kebimbangan. Sedangkan araklah yang membawa kepada gejala sosial masyarakat pada hari ini sedangkan ternakan babi hanya membawa kepada masalah pencemaran jika tidak diuruskan dengan betul.

posted by Lidah Penghunus @ 3:08 PM   3 comments

Tuesday, April 08, 2008

Antara babi dan arak.

Assalamualaikum.

Isu kelulusan ladang ternakan babi di Sepang oleh kerajaan Selangor telah mendapat liputan hampir satu muka dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini;

Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta.
SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.
Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.
Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka. Utusan Malaysia - 8 April 2008.

NGO pengguna desak projek dibatalkan.
KUALA LUMPUR 7 April - Beberapa persatuan pengguna menyifatkan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas meluluskan projek ladang babi di Selangor sebagai tidak menghormati suara rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensiviti masyarakat sebelum meluluskan projek di Sepang itu yang bernilai RM100 juta.
Menurutnya, beliau tidak mahu Selangor menjadi negeri utama penternakan babi negara dan mencetuskan pelbagai masalah sebagaimana berlaku di Melaka.
''Kerajaan Selangor perlu tanya rakyat dahulu. Jangan lulus projek sebegini tanpa persetujuan rakyat sebagai pengguna.''
Mereka perlu batal jika semua bantah. Apa-apa juga projek perlu mendapat kelulusan rakyat dan tidak boleh diluluskan tanpa mengira sensitiviti semua," Utusan Malaysia - 8 April 2008.

Kerajaan campuran tidak sensitif kepentingan Melayu.
PUTRAJAYA 7 April - Tindakan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dibidas kerana tidak mempedulikan sensitiviti penduduk tempatan di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohamed Zin Mohamed berkata, lebih mengecewakan lagi ialah apabila Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Teresa Kok seolah-olah begitu angkuh mengumumkan kejayaan melaksanakan projek itu walhal ia dipercayai melibatkan banyak kepentingan orang Melayu di Sepang.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengkaji semula projek itu sebelum sebarang kelulusan diberi.
''Tidak ada sensitiviti langsung. Sepatutnya sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar dari segi alam sekitar dan sensitiviti budaya serta agama tidak dibuat berdasarkan pendekatan popular". Utusan Malaysia - 8 April 2008.

Bekas Menteri Besar bimbang.

SHAH ALAM 7 April - Kerajaan negeri diingatkan agar membuat kajian terperinci termasuk mengehadkan ternakan babi mengikut keperluan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, penelitian itu perlu dilakukan bagi mengelakkan negeri ini dijadikan sebagai pusat pengeluaran babi secara besar-besaran.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika masih berkuasa pada penggal lalu, ada membincangkan projek berkenaan dengan sebuah sebuah syarikat swasta tempatan tetapi pihaknya pada masa itu telah menetapkan projek berkenaan tidak akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri.
Malah, beliau ketika itu turut menggariskan supaya pengeluaran ternakan berkenaan hanya untuk keperluan penduduk Selangor sahaja iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukannya untuk menampung keperluan negeri-negeri lain termasuk dieksport ke luar negara.
Sekiranya kerajaan negeri hari ini menggunakan peruntukan pembayar cukai untuk membiayai projek ini, saya anggap ia tidak adil kerana membelanjakan RM100 juta untuk projek yang tidak memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.
"Sekiranya projek ini tidak menggunakan duit rakyat, saya harap mereka (kerajaan negeri) melaksanakannya hanya untuk keperluan rakyat negeri ini sahaja selain mengambil kira lokasi yang terbaik supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada rakyat," Utusan Malaysia - 8 April 2008.

Tiga Exco Pas setuju.
SHAH ALAM 7 April - Semua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini hari ini.
Dua lagi Exco Selangor dari Pas ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Iskandar Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.
Menurut Dr. Halimah, pihaknya menyokong semua projek yang baik serta menepati piawaian antarabangsa dan keadaan itu berbeza dengan penternakan babi di Melaka yang mencemarkan alam sekitar.
"Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak," katanya.
Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok yang mengesahkan kerajaan Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat-syarat.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu esok.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari dalam nada berbeza menjelaskan, projek penternakan babi itu adalah kesinambungan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sekarang.
Katanya, ketika ini projek itu yang pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar mengusahakan ladang babi sahaja menyertai program penternakan moden berpusat itu.
"Saya diamanahkan untuk mengkaji balik isu ini bagi memastikan semua penternak babi di Selangor terlibat dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di mana-mana kawasan di Selangor," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan menemui semua penternak babi di Selangor dan membawa perkara berkenaan ke MTES untuk diluluskan sebelum dibawa ke mesyuarat Exco.
Menurutnya, pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport. Utusan Malaysia - 8 April 2008.

Memang benar haiwan bernama babi ini adalah sesuatu yang sensitif bagi umat Islam kerana ianya adalah haiwan yang jelas haram untuk dimakan oleh orang Islam. Orang Islam di negara ini tidak kira bagaimana pun tahap penghayatan Islam mereka tidak akan sama sekali menerima babi ini sebagai makanan dan belaan mereka. Malahan seorang Islam yang kaki minum arak dan kaki rasuah pun tidak akan sanggup makan makanan yang jelas haram ini. Begitulah menunjukkan betapa sensitifnya umat Islam berkenaan ternakan babi ini. Maka tidak salahlah bahawa isu ladang babi di Sepang, Selangor ini akan akan mendapat bantahan daripada umat Islam daripada pelbagai pihak dan menjadi isu di akhbar-akhbar perdana.

Cumanya saya ingin bertanya bagaimana pula dengan dua kilang arak yang terbesar di Selangor yang terletak di Shah Alam dan Petaling Jaya ini? Tiada pun disuarakan di dada-dada akhbar perdana tentang dua kilang yang menjadikan negara Malaysia pengeksport minuman keras ini. Kita tidak pernah dengar pun azam dan tekad daripada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk memindahkan kilang yang tidak sepatutnya didirikan di negara umat Islam ini. Di sini kita lihat antara arak dan babi. Arak disebut dalam Islam sebagai ibu segala maksiat, bukan sahaja peminumnya, orang yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran serta penyediaannya juga turut mendapat dosa yang sama dengan peminum arak. Pengeluraan arak secara berleluasa ini juga telah menjerumuskan sekali umat Islam ke kancah penagihan arak ini.

Ianya berlainan dengan babi, kita tiadalah risau jika kewujudan ladang-ladang babi ini akan turut mempengaruhi umat Islam untuk memakan makanan yang di haramkan oleh Islam ini kerana kita percaya masyarakat Islam di negara ini bagaimana jahil pun mereka tidak akan memakan produk daripada babi ini. Cumanya di sini yang menjadi kerisauan berkenaan penternakan babi ini ialah isu kebersihan terutamanya yang berkaitan dengan air.

Oleh sebab itulah adanya inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor untuk menwujudkan penternakan babi secara moden ini. Tujuannya kita tidak mahu apa yang berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka berulang. Saya percaya ianya boleh dilakukan jika ianya dilaksanakan dengan secara teratur, sistematik dan jauh daripada penyelewengan. Kilang-kilang yang melibatkan sisa toksik malahan bahan radioaktif pun selamat untuk alam sekitar jika diuruskan secara baik dengan bantuan teknologi moden. Dengan adanya ladang penternakan yang hanya untuk bekalan kaum cina di negeri Selangor ini maka tidak perlulah lagi ada ladang ternakan di kawasan lain di negeri ini.

Oleh itu tidak hairanlah jika exco daripada Pas pun boleh bersetuju dengan cadangan ini kerana sudah tentulah perbincangan dan kajian dibuat secara terperinci antara pakatan dalam kerajaan campuran sebelum ianya diluluskan. Akhir sekali diharapkan agar rakyat negeri Selangor ini khususnya masyarakat Islam mengkaji dahulu secara terperinci sesuatu isu sebelum memberikan kritikan.

posted by Lidah Penghunus @ 6:21 PM   4 comments

Monday, April 07, 2008

Berkenaan isu dalaman Umno.

Assalamulaikum.

Pak Lah kambing hitamkan ahli Umno untuk lepaskan diri.

Ahli Umno sabotaj punca gagal raih dua pertiga.
Tindakan disiplin akan diambil terhadap pengkhianat: Abdullah.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan ahli Umno mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) di 14 kawasan Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kalah di Kedah serta Perak. Perdana Menteri berkata, berdasarkan analisis parti, beberapa kerusi itu adalah kawasan putih atau selamat yang sepatutnya dimenangi dan sekali gus memberi kemenangan dua pertiga kepada BN. "Jika tiada masalah ditimbulkan (oleh ahli Umno) di dalam negeri berkenaan, 14 kawasan Parlimen dan 22 kerusi DUN yang dikenal pasti selamat, kita sepatutnya menang lebih dua pertiga, tidak hilang Kedah dan Perak,"
Abdullah yang juga Presiden Umno, menegaskan tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang mengkhianati calon BN. Berita Harian - 7 April 2008.

Kepada ahli-ahi Umno, parti yang anda sertai berada dalam keadaan tidak menentu, satu demi satu pergolakan berlaku, Umno dan Barisan Nasional semakin tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia. Tambahan lagi anda telah diperlakukan sebegotu rupa oleh pemimpin Umno. Lihatlah akhbar hari ini bagaimana presiden anda ingin melepaskan kesalahannya dengan menuduh ahli-ahli Umno sebagai pengkhianat dan pensabotaj yang menyebabkan BN banyak kalah dalam pilihanraya umum ke-12.

Maka saya seru kepada kalian yang masih berada dalam Umno, ayuhlah sertai Pas dan kita sama-sama berjuang untuk membela Islam. Insya-Allah dengan suburnya Islam di dada-dada umat Melayu maka bangsa Melayu itu juga akan selamat kerana Islam itu adalah penyelamat ummah. Tuan-tuan jangan bimbang dengan kerjasama Pas dengan DAP. Kerjasama kita dengan DAP dalam Pakatan Rakyat berbeza dengan pakatan Umno, MCA dan MIC dalam Barisan Nasional kerana kerjasama BN yang menyebabkan suburnya kezaliman, penyelewengan dan penindasan sedangkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah untuk membela nasib rakyat dan menghapuskan ketidakadilan serta korupsi dalam pentadbiran.

Kerjasama dalam BN menyebabkan Umno tiada cita-cita langsung untuk melaksanakan Islam sedangkan dasar dan cita-cita Pas untuk melaksanakan Islam tetap tersemat di dalam hati ahli-ahli dan pemimpinnya walaupun berpakat dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Cumanya buat masa ini Pas tidak dapat melaksanakannya di negeri-negeri bawah kerajaan campuran. Tetapi adakah tuan-tuan dapat lihat perbezaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan campuran yang disertai oleh Pas berbanding bawah pentadbiran BN. Jika dahulu institusi masjid dikawal oleh Umno, majlis-majlis ilmu disekat dan pendidikan agama dianaktirikan oleh kerajaan negeri bawah BN. Namun sekarang dengan adanya Pas dalam exco agama maka sedikit sebanyak Islam itu dapat disuburkan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam erti kata yang lain daripada langsung tidak dapat melakukan sesuatu, dengan kemenangan bersama Pakatan Rakyat ini kita dapat juga lakukan sesuatu untuk Islam.

Seperti yang pernah saya perkatakan dahulu, walaupun pada pilihanraya baru-baru ini Pas tidak menyebut tentang negara Islam dalam manifestonya namun Pas tidak pula menyebut untuk membuang negara Islam sebagai dasar perjuangannya. Kita percaya Allah pasti akan memberikan bantuan kepada mereka yang bercita-cita untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Sebenarnya kemenangan bersama Pakatan Rakyat ini juga adalah pertolongan Allah kerana sekurang-kurangnya Pas dapat membebaskan diri daripada kekangan-kekangan untuk berdakwah.


Pak Lah VS Tun, Anwar dan Ku Li.

Abdullah selar pengkritik.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyelar sikap dan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah, yang disifatkan tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mencapai kepentingan peribadi masing-masing.
Perdana Menteri yang sebelum ini menegaskan tidak akan tunduk terhadap desakan supaya meletakkan jawatan, juga dengan lantang menjawab pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap kepemimpinannya, terutama berhubung prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, Dr Mahathir sering menghentamnya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah beliau (Dr Mahathir) tidak pernah melakukan kesalahan.
Mengenai kecaman Tengku Razaleigh dan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Disember ini, Abdullah berkata Ahli Parlimen Gua Musang itu perlu menilai dirinya terlebih dulu. "Dialah yang menyebabkan Umno kalah. Dialah yang menyebabkan Kelantan jatuh kepada Pas (ketika Tengku Razaleigh bersama Semangat 46 pada Pilihan Raya Umum 1990),"
Mengenai usaha Anwar untuk memancing 30 Ahli Parlimen BN Sarawak menyertai pakatan pembangkang pula, Abdullah berkata itu adalah perbuatan keji dan bersifat rasuah.
Beliau menegaskan perbuatan keji Anwar itu tidak didorong sebab lain, kecuali kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Berita Harian - 7 April 2008.

Di sini saya terfikir mungkinkah suatu hari nanti ketiga-tiga tokoh yang telah dihentam oleh Pak Lah pada kenyataan akhbarnya semalam ini akan duduk semeja untuk menentang Pak Lah? Bayangkah jika ketiga-tiga tokoh ini sanggup duduk semeja, mengetepi masa lalu untuk menghadapi Pak Lah demi masa hadapan rakyat. Saya pasti ianya adalah gandingan yang mantap untuk menghadapi Presiden Umno yang hilang pedoman dan arah ini.

posted by Lidah Penghunus @ 6:03 PM   0 comments

Saturday, April 05, 2008

Sokongan Nazri Aziz yang membawa kepada kehancuran Umno.

Assalamualaikum.

Kritikan Dr. M perlu dihentikan – Nazri.
PARIT BUNTAR 4 April – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus ‘menyerang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka sejak pilihan raya umum lalu akan menghancurkan UMNO.
“Dulu dia kata menang satu kerusi pun tetap menang. Macam mana pula sekarang Abdullah kena letak jawatan, inilah dia yang dikatakan Melayu mudah lupa.
Mengulas lanjut, Mohamad Nazri berkata, sewaktu Dr. Mahathir memimpin parti dan negara antara 1990 hingga 1999, BN juga kalah di Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, katanya, tiada sesiapa pun meminta beliau meletakkan jawatan malah semua pihak tetap bersama beliau dan sanggup bersama untuk memikul tanggungjawab. Utusan Malaysia - 5 April 2008.


Adakah Nazri tidak sedar bahawa dengan membenarkan Pak Lah terus menerajui Umno sebenarnya yang akan menghancurkan Umno. Lihat sahajalah keadaan negara bawah pemerintahan Pak Lah yang semakin teruk apatah lagi apabila Umno yang sememangnya teruk itu diterajui Pak Lah.

Memang benar zaman Tun Dr Mahathir juga Umno pernah hilang negeri Kelantan dan Terengganu serta hilang banyak kerusi parlimen tetapi pada zaman Pak Lah negeri kelahiran beliau dan kawasan beliau wakili sendiri tumbang di tangan Pakatan Rakyat dan BN di peringkat pusat gagal memperolehi majoriti dua pertiga.

Kita lihat pula Pas. Semasa parti berkenaan mengalami kemerosotan yang teruk dalam pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 yang lalu, walaupun presiden parti tidak ditukar namun tetap berlaku anjakan dalam pemimpinan apabila timbalan presidennya sendiri bertukar. Dan hasil daripada perubahan kepimpinan inilah Pas terus menggagahi arena politik negara hingga parti itu berjaya meningkatkan prestasinya dalam pilihanraya umum yang ke-12 baru-baru ini.

Sekarang kita lihat pula Pakatan Rakyat di peringkat parlimen. Ketua pembangkangnya adalah wakil parlimen di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sendiri. Jadi Nazri tidak perlulah mempertahankan Pak Lah kerana sokongannya itu hanya membawa kepada kehancuran kepada parti yang disertainya.

posted by Lidah Penghunus @ 3:51 PM   1 comments

Friday, April 04, 2008

Umno, demonstrasi dan bloggers.

Assalamualaikum.

Umno perlu wujud blog saingi lawan: Mohd Ali.
MELAKA: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno diminta mewujudkan laman blog masing-masing bagi menyaingi 240 laman serupa yang dihasilkan pihak tertentu, majoritinya cenderung menyokong pembangkang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata usaha itu sebagai menyokong langkah beberapa pemimpin Umno dan komponen BN lain yang mula mewujudkan laman blog masing-masing selepas pilihan raya umum ke-12.
Katanya, laman blog wajar diwujudkan segera bagi menerangkan aktiviti selain membolehkan masyarakat berinteraksi secara terus dengan pemimpin tanpa mengira waktu.
"Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,'' Berita Harian - 4 April 2008.


Sebelum ini Umno yang dahulunya membenci amalan demonstrasi, mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi bukan budaya kita, malahan menyamakan peserta demonstrasi sebagai beruk, apabila mengalami kemerosotan dalam pilihanraya umum ke-12 mereka pula yang menggunakan saluran demonstrasi ini untuk menyatakan ketidakpuasan hati.

Samalah juga dengan kenyataan Ali Rustam dalam akhbar hari ini. Kita masih ingat bahawa mereka pernah melabelkan penulis blog sebagai penembak curi, pembawa fitnah dan pencetus kekacauan. Namun kini mereka pula sibuk hendak jadi bloggers. Nampaknya pemimpin Umno sudah pun akui keberkesanan blog dan demonstrasi sebagai medium perubahan. Sedangkan dahulu mereka kata demonstrasi hanya kerja sia-sia dan tidak mampu mengubah sesuatu manakala penulis blog diibaratkan sebagai penulis nyamuk yang tidak mampu untuk menggugat Umno dan Barisan Nasional.

Apapun bagi kita walaupun sudah mencapai kemenangan, demonstrasi dan laman blog tetap relevan sebagai medium untuk mencapai matlamat perjuangan dan yang penting kita menggunakan blog demonstrasi untuk menuju kebaikan sedangkan Umno dan Barisan Nasional menggunakan demonstrasi dan blog untuk mencapai cita-cita jahat mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 6:00 PM   0 comments

Thursday, April 03, 2008

Hunusan Malam Jumaat.

Assalamulaikum.

'Orang itu terlalu kebal'
PUTRAJAYA 2 April - Tindakan disiplin ke atas ahli termasuk bekas pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan memburukkan kepimpinan parti agak sukar dilakukan kerana mereka sudah dianggap terlalu 'kebal'. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tiada siapa berani mencadangkan bekas pemimpin UMNO itu dikenakan tindakan disiplin meskipun pada zaman bekas Perdana Menteri itu memimpin banyak ahli dan pemimpin dihukum termasuk disingkir daripada parti.''Zaman pemimpin kita dulu tindakan dibuat, ramai orang yang kena, orang yang melanggar (disiplin parti) yang dianggap menentang parti dan sesiapa yang menyokong pembangkang. ''Tetapi oleh kerana orang itu kebal, kalau sesiapa cadang dia diambil tindakan, mana boleh kerana ini orang kebal," katanya.Beliau mungkin merujuk 'orang kebal' itu sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Utusan Malaysia - 3 April 2008.

Bagi saya Umno tidak mengambil tindakan terhadap Tun yang sering mengkritik Pak Lah bukan kerana bekas perdana menteri itu 'kebal'. Tetapi kerana Umno sendiri tidak sanggup lagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang datang apabila memecat bekas presiden Umno itu. Selama ini pun Umno sudah pening kepala berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecat oleh Tun.

Bayangkan jika Tun dan pengikut-pengikutnya pula turut menentang Umno dan kepimpinan Pak Lah daripada luar. Oleh itu dengan kemelut yang melanda Umno ketika ini mereka perlu berhati-hati dalam mengambil tindakan agar tidak membawa padah kepada parti mereka.


Tidak akan bertahan lama.
MELAKA 2 April - UMNO yakin Pakatan Rakyat yang dibentuk melalui kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak mampu bertahan lama.Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pakatan tersebut akan goyang dan runtuh memandangkan ketiga-tiga parti itu khususnya DAP dan Pas tidak pernah sehaluan.Beliau turut mencabar pembangkang supaya membentuk sebuah parti yang menggabungkan DAP, PKR dan Pas sebagai parti komponen bagi membuktikan mereka mempunyai kesepakatan yang kukuh.''Sebenarnya mereka tidak boleh sehaluan dalam tempoh yang panjang. Apakah semua ahli Pas bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam semata-mata mahu bersepakat dengan DAP? ''Bolehkah ahli-ahli DAP menerima Pas yang memperjuangkan Islam dan mahu mengenakan hukum hudud," Utusan Malaysia - 3 April 2008.


18 tahun dahulu apabila Pas mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan, Umno kata bahawa pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz hanya akan bertahan selama 3 bulan dan selepas itu Kelantan akan muflis. Namun sebaliknya kerajaan Tok Guru terus bertahan hingga ke hari ini malahan semakin kukuh. Sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu pula, pemimpin Umno menjangkakan bahawa selepas Pilihanraya Umum ke-12 PKR akan berkubur sama seperti Parti Melayu Semangat 46. Namun jangkaan itu meleset apabila parti ini terus kukuh dengan kemenangan yang dicapai.

Kini Ketua Menteri ini pula hendak menjadi tukang ramal apabila meramalkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan kekal lama. Memang benar ketiga-tiga parti ini berlainan dasar namun beberapa kesamaan iaitu perjuangan menegakkan keadilan, menentang kezaliman serta korupsi telah menyatukan tiga-tiga parti ini untuk sama-sama berpakat untuk memastikan Malaysia ini diperintah dengan adil dan saksama. Oleh itu tidak perlulah kita layan kata-kata orang yang sedang gelabah ini. Dia sendiri tidak sedar bahawa partinya sekarang berada di ambang kehancuran dengan kemelut yang tidak sudah-sudah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:19 PM   0 comments

Wednesday, April 02, 2008

Mengapa Malaysia ada 500,000 laman blog?

Assalamualaikum.

Malaysia ada 500,000 laman blog.
KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.
Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.
Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.
“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” Utusan Malaysia - 2 April 2008.


Bagi saya salah satu punca mengapa Malaysia mempunyai pengendali blog yang tertinggi selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia ialah faktor media di negara kita terutamanya media arus perdana yang terlalu dikongkong oleh parti pemerintah. Sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-12 yang lalu parti pembangkang begitu sukar untuk menggunakan kemudahan media arus perdana seperti akhbar dan tv. Ditambah pula akhbar-akbar milik parti pembangkang seperti harakah hanya diberi ruang penerbitan yang begitu terhad oleh Kementerian Dalam Negeri.

Akibatnya mereka daripada parti pembangkang mencari saluran yang lain untuk menyampaikan penerangan mereka dan laman blog adalah medium penyampaian yang amat berkesan dan murah. Tidak hairanlah banyak sayap-sayap dan jabatan-jabatan dalam organinasi parti pembangkang membina laman blog mereka sendiri untuk menyampaikan maklumat. Malahan apa yang kita lihat tidak kurang ramainya tokoh-tokoh dan pemimpin daripada parti pembangkang memiliki laman blog mereka sendiri.

Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa semakin banyak tumbuh laman blog di sesebuah negara maka ianya menunjukkan betapa tidak adilnya media negara berkenaan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   2 comments

Dulu Jom Heboh kini munajat perdana.

Assalamualaikum.





Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional, Stadium Melawati, Shah Alam dan sekitarnya hingar-bingar dengan Karnival dan Konsert Jom Heboh. Namun semalam sejarah telah tercipta apabila Stadium Melawati yang berhampiran dengan Stadium Shah Alam ini bergema dengan doa munajat oleh umat Islam seluruh negeri Selangor sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan Barisan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

Tidak pernah terfikir di fakulti minda saya bahawa Barisan Rakyat khususnya Pas akan berceramah di Stadium yang sering menyaksikan kecemerlangan dalam arena sukan negara ini. Di perkarangan luar stadium ini juga tidak kurang hebatnya dengan jualan-jualan gerai seolah-olah diadakan karnival. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi dibenarkan konsert Jom Heboh di Negeri Selangor ini.


Nota : Penulisan ini sepatutnya diterbitkan semalam namun atas sebab masalah teknikal ianya terpaksa diterbitkan pada hari ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:57 PM   0 comments

Tuesday, April 01, 2008

Isu Sufiah Yusof .

Assalamualaikum.

Keluarga Sufiah di Malaysia terkejut.
MUAR 31 Mac – Keluarga Sufiah Yusof di Malaysia terkejut dan sedih membaca berita mengenai tragedi hidup gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan terpaksa menjadi pekerja seks di London.
Bagi mereka, berita yang disiarkan itu bukan sahaja menggemparkan ahli keluarga Sufiah, malah mengejutkan seluruh rakyat yang sebelum ini mengagumi kepintaran gadis itu yang layak memasuki University Oxford pada usia 13 tahun. Utusan Malaysia - 1 April 2008.

Pandangan pensyarah psikologi.
KUALA LUMPUR 31 Mac – Gadis pintar Sufiah Yusof gagal dalam hidup sehingga terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dipercayai berpunca daripada kongkongan ibu bapanya sewaktu kecil.
Pensyarah Psikologi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noran Fauziah Yaakub berkata, kuasa kongkongan itu menyebabkan gadis itu gagal untuk mengurus diri sendiri dan tidak pandai memilih jalan kehidupan yang terbaik buat dirinya sendiri.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, Sufiah Yusof mungkin mengalami krisis identiti dan nilai yang boleh dirawat secara psikologi dan bimbingan agama.
Beliau berpendapat, tindakannya menjerumus dalam aktiviti sedemikian mungkin berpunca daripada perasaan memberontak selain keinginan dirinya untuk mencuba sesuatu yang asing dan benar-benar mencabar kemampuan inteleknya.
Jelasnya, gadis berusia 23 tahun itu sedar mengenai kesan dan akibat daripada perbuatannya itu, namun, ia tetap dilakukan untuk kepuasan diri sendiri. Utusan Malaysia - 1 April 2008.

Kisah Sufiah Yusof ini sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa orang yang cemerlang akademik semata-mata belum tentu boleh menjadi aset yang berguna kepada negara jika tidak dibekalkan dengan kekuatan kerohanian. Apa yang kita lihat dunia hari ini terlalu menyanjung dan mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam akademik tanpa mengambil berat akhlak dan moral mereka. Tidak kisah bagaimana akhlak mereka yang penting mereka boleh menjadi kebanggaan negara. Akibatnya jadilah apa yang kita lihat sekarang ini iaitu keruntuhan akhlak menular di kalangan pelajar universiti dan sebenarnya kisah Sufiah Yusof adalah secebis daripada kisah keruntuhan akhlak orang-orang yang bijak pandai.

Berkenaan penghantaran pelajar ke luar negara saya mendapat makluman bahawa tiada pun aspek kerohanian ditekankan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara dalam kursus-kursus persediaan yang dianjurkan. Sedangkan penekanan kepada aspek agama ini penting terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke negara-negara barat yang berbeza budaya dengan negara ini. Kerana jika tiada kekuatan kerohanian begitu mudah sahaja mereka akan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang tidak sihat di negara barat sana.

posted by Lidah Penghunus @ 6:13 PM   0 comments


Free Hit Counter