Monday, October 27, 2008

Bahasa Melayu telah lama diperkotak-katikkan.

Assalamualaikum.

Tapak warisan hanya guna bahasa Malaysia.
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Status Georgetown sebagai tapak warisan dunia tidak sesekali boleh menghalalkan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di bandar itu.
Tokoh sejarah dan ahli politik berpendapat, soal bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh digantikan fungsinya bagi kegunaan rasmi kerana ia termaktub dalam akta dan Perlembagaan Persekutuan.
Ahli sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, pemberian status warisan sejarah tidak bermakna apa yang berlaku pada masa lalu perlu ditonjolkan semula kerana hari ini prosedur dan perundangan adalah berbeza.

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menggesa Kerajaan Persekutuan menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut meminta tindakan tegas oleh Kerajaan Pusat kerana kebenaran kerajaan negeri Pulau Pinang itu adalah satu kesalahan yang besar.
Katanya, soal berkaitan dengan bahasa bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan sebab itu jika kerajaan negeri masih berdegil maka Kerajaan Pusat kena lakukan sesuatu demi kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
''Ini juga berkaitan prinsip Rukun Negara. Apa namanya keluhuran Perlembagaan kalau peruntukan Perlembagaan sendiri tidak tahu dihormati apabila Bahasa Kebangsaan boleh diperkotak-katikkan. Utusan Malaysia - 27 Oktober 2008.


Dalam pada Utusan Malaysia memaparkan komentar berkenaan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memasang papan tanda pelbagai bahasa di bandar tertentu di negeri itu, pada masa yang sama haiwan politik Umno dan Barisan Nasional ini memaparkan pula sokongan daripada beberapa pihak terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris;

Kekalkan Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris.
BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.
Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.
Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini.
''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.
''Penilaian terhadap keberkesanan penguasaan bahasa Inggeris hanya berdasarkan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin tidak menepati standard ditetapkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang usahawan, Abdul Rahman Basri, 50, berpendapat, pengajaran Sains dan Matematik memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera menguasai bahasa antarabangsa itu.
Katanya, pelajar Melayu biasanya memerlukan sedikit tekanan supaya mereka tekun untuk menguasai bahasa Inggeris.
Beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dijadikan isu kerana pelajar mempunyai pilihan menjawab soalan yang dalam dwibahasa.
''Sekiranya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimansuhkan, tahap penguasaan bahasa itu khususnya bagi pelajar Melayu akan terus lemah,'' katanya.
Bekas guru besar, Ahmad Sabrey Idris, 52, berharap Kementerian Pelajaran dapat mencari mekanisme supaya keputusan berhubung isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memberi situasi 'menang-menang.'
Menurutnya, situasi hampir serupa apabila kerajaan memansuhkan sekolah aliran Inggeris sekitar 1976 yang memberi kesan terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar Melayu.
Ketika itu, tambah beliau, pelajar aliran Melayu begitu lemah dalam bahasa Inggeris sehingga sukar mendapat pekerjaan berbanding pelajar lepasan aliran Inggeris.
Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Malaysia, Mohd. Shahaimi Othman pula berkata, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu usaha strategik untuk meningkatkan penguasaan generasi baru terhadap bahasa Inggeris.
Katanya, dasar itu adalah pelaburan jangka panjang negara untuk melahirkan bangsa yang bijak dan dapat berhujah dengan berkesan jika berhadapan dengan isu global di pentas antarabangsa.
Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim, 50, berharap kementerian terbabit konsisten mempertahankan dasar itu sambil menambah baik terhadap pengupayaan pengajaran di bilik darjah.
Bagaimanapun, katanya, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan pelajar kurang cergas dan di kawasan pedalaman dapat mengikuti pengajaran dengan berkesan. Utusan Malaysia - 27 Oktober 2008.


Sedangkan tindakan ini juga jelas memperkotak-katikkan kedaulatan Bahasa Melayu apabila bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi tunggal negara ini dinafikan peranannya dalam menyampaikan ilmu Sains dan Matematik di sekolah dan juga IPTA.

Dari zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri hinggalah ke saat penghujung karier Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kedaulatan Bahasa Melayu ini terus dicabul sekian lamanya oleh perlaksanaan ini.

Di sini tidak perlu lagilah saya mengulangi kembali apa yang telah saya tulis berkenaan isu ini Kerana apa juga hujah dan alasan yang mereka kemukakan kita tetap menegaskan bahawa ini adalah soal kedaulatan Bahasa Melayu dan hak bangsa kebangsaan sebagai penyampai bagi ilmu Sains dan Matematik ini mesti dikembalikan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:58 PM   4 comments

Sunday, October 26, 2008

Inilah Umno.

Assalamualaikum.

Salah guna duit derma.
ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.
Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.
Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.
“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi. Harian Metro - 26 Oktober 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 11:16 PM   0 comments

Thursday, October 23, 2008

Kebebasan media hanya untuk mereka yang mengamalkan etika kewartawanan.

Assalamualaikum.

Wartawan BH dihalang buat liputan DUN Kelantan.
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan itu kerana tidak berpuas hati terhadap dengan tajuk berita akhbar ini berhubung titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, ketika merasmikan persidangan DUN itu Ahad lalu.
Berikutan itu, wartawan Berita Harian diarah keluar dari kawasan Kompleks Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan dan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.
Mohd Nassuruddin berkata, beliau membaca akhbar Berita Harian semalam dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung tajuk laporan muka depan akhbar kelmarin bertajuk, Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan. Berita Harian - 23 Oktober 2008.

Jika sebelum ini akhbar Utusan Malaysia telah dipulaukan oleh kelima-lima negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana laporannya yang amat melampau. Hari ini akhbar Berita Harian pula tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana laporannya yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan-tindakan sebegini sudah semestinya akan mengundang reaksi daripada Barisan Nasional sendiri yang mendakwa Pakatan Rakyat yang selama ini melaungkan kebebasan media kini menyekat kebebasan media. Di sini mereka harus tahu bahawa kebebasan media hanya untuk mereka yakni wartawan yang benar-benar berwibawa sahaja, bukan untuk wartawan yang tidak beretika yang suka-suka memutarbelitkan laporan demi memuaskan hati pemimpin parti pemerintah yang mengawal mereka.

Kita selama ini memperjuangkan kebebasan media agar golongan wartawan ini tidak kira daripada mana media, bebas untuk membuat laporan yang benar dan tepat tanpa rasa takut diambil tindakan oleh mana-mana pihak. Kita tidak mahu para wartawan ini hanya menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu hingga sanggup menggadai prinsip kewartawanan yang sepatutnya mereka pegang.

Oleh itu orang-orang seperti wartawan Berita Harian yang dihalau keluar daripada Dewan Undangan Negeri Kelantan ini tidak termasuk dalam kebebasan media yang kita maksudnya. Ini termasuklah bekas wartawan Malaysiakini yang meletakkan jawatan kerana laporan beliau yang tidak bertanggungjawab berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau ini juga telah terkeluar daripada kebebasan media yang kita perjuangkan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   2 comments

Wednesday, October 22, 2008

Umno penyumbang kepada peningkatan indeks rasuah negara?

Assalamualaikum.

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia membimbangkan.
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.
‘‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan walaupun jumlahnya tidak begitu rendah,’’ katanya ketika membentangkan laporan indeks berkenaan pada Forum Terbuka Indeks Integriti, Akauntabiliti dan Penandaarasan di IIM di sini hari ini. Berita Harian - 22 Oktober 2008.


Melihatkan kepada kenyataan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh yang disiarkan dalam akhbar hari ini bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal maka barulah kita tahu rupa-rupanya Umno adalah salahsatu penyumbang kepada peningkatan rasuah di Malaysia.

Kita lihat kepada rasuah dalam sektor politik seperti yang disebutkan, kita tidak nampak perkara-perkara yang lain selain daripada rasuah politik atau politik wang yang diamalkan setiap kali pilihanraya bagi memilih calon parti politik yang bertanding dan juga pemilihan pucuk pimpinan bagi sesebuah parti politik. Dan semua telah maklum bahawa amalan buruk ini telah lama subur dalam Umno hingga ke saat ini.

posted by Lidah Penghunus @ 9:38 PM   1 comments

Tuesday, October 21, 2008

Benih jahat Umno.

Assalamualaikum.

Pemilihan Puteri Jerlun didakwa dicemari rasuah.
AIR HITAM: Bekas Ketua Puteri Umno bahagian Jerlun, Afiza Ahmad mendakwa pemilihan jawatan sayap itu, Khamis lalu, tercemar berikutan berlakunya politik wang untuk membeli undi perwakilan.
Afiza yang melepaskan jawatan itu berikutan melepasi had umur, berkata beliau mendapat maklumat dan bukti daripada beberapa perwakilan yang mendakwa mereka disogok pihak tertentu sebelum mesyuarat pada malam Jumaat lalu yang diadakan di Wisma Jerlun dekat sini. "Ramai perwakilan mendakwa diberi sogokan antara RM20 dan RM150 mengikut jawatan yang disandang masing-masing di peringkat cawangan supaya memilih calon tertentu pada pemilihan Puteri bahagian. Berita Harian - 21 Oktober 2008.

Nampaknya perangai buruk Umno selama ini sudah pun meresap dalam puteri kesayangan mereka iaitu Pergerakan Puteri Umno apabila gejala rasuah dan politik wang didapati wujud dalam pemilihan sayap Puteri dalam parti itu.
Memang benarlah kata bidalan bahawa bapa borek anak rintik. Kalau sudah Umno mengamalkan rasuah, politik wang, penyalahgunaan kuasa maka tidak mustahil perangai buruk ini akan diikuti oleh Puteri Umno.
Namun begitu bak kata orang bijak pandai, iman tak dapat diwarisi, kejahatan juga tidak semestinya akan diwarisi maka tidak semua mereka ini akan bersikap sedemikian dan oleh kerana itulah ramai antara mereka ini yang berhijrah menyertai Pas atau PKR.

posted by Lidah Penghunus @ 6:22 PM   0 comments

Monday, October 20, 2008

Kembali menghunus

Assalamualaikum.

Salakan MP Pasir Salak.

Berita TV3 jam lapan malam sebentar tadi memaparkan kekecohan pada persidangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional YB Tajuddin bin Abdul Rahman mencelah ketika Ahli Parlimen Kuala Selangor sedang membahaskan pembentangan Belanjawan 2008. Apa yang jelas Ahli Parlimen Pasir Salak ini begitu emosional menghentam Dr Dzulkefly Ahmad yang belum sempat menyudahkan perbahasannya itu. Tetapi tahukah beliau bahawa Ahli Parlimen daripada Pas ini belum pun mengakhiri ucapan perbahasannya, belum sempat beliau hendak menghabiskan perbahasan Ahli Parlimen Pasir Salak ini telah mencelah dan seterusnya mengganggu.

Seterusnya Ahli Parlimen Pasir salak ini mengecam Dr Dzul kerana menyentuh tentang sepinggan nasi yang harganya semakin mahal. Adakah YB Tajuddin fikir rakyat negara ini makan pasir? Adakah beliau tidak sedar bahawa nasi adalah makanan asas bagi rakyat negara ini. Takkan Dr Dzul hendak menyentuh tentang harga satu set Mc Donald pula. Dalam kita membicarakan penyelesaian masalah ekonomi akhirnya ianya mestilah menguntungkan golongan rakyat bawahan. Apa guna membicarakan soal ekonomi global tetapi rakyat di bawah terus terhimpit oleh kerana sepinggan nasi yang terlalu mahal.

Akhir sekali YB Tajuddin juga menyebut bahawa kerajaan ada mengakui bahawa negara ini turut terkesan dengan iklim ekonomi global. Sebaik sahaja selesai berita berkenaan laporan Parlimen ini, paparan berita yang berikutnya disiarkan pula kenyataan Najib yang mengatakan bahawa ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik. Sebelum ini juga Najib pernah berkata bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh. Ini jelas satu pembohongan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang cuba dinafikan oleh seorang Ahli Parlimen. Nampaknya Ahli Parlimen Pasir Salak daripada BN ini hanya pandai menyalak merapu-rapu sahaja di Parlimen.


Dato' dan Bollywood.

Filem Bollywood pilih Terengganu.
KUALA TERENGGANU 19 Okt. - Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong

"Kita harap filem yang akan dibuat antara 200 hingga 400 salinan itu apabila ditayangkan kelak, dapat memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia,"
Ahmad berkata, filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang berbulan madu di Terengganu dan dilakonkan oleh Rani Mukarjee manakala heronya masih belum diputuskan. Utusan Malaysia - 20 Oktober 2008.

Di sini kita percaya bahawa Baginda Sultan Terengganu tidak bodoh seperti Kerajaan Negeri Melaka yang dengan mudah menganugerahkan Dato' kepada Shahruk Khan atas sebab kononnya artis Bollywood ini mempromosikan Malaysia melalui filem Bollywood.
Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai Ali Rustam itu memberikan alasan yang sedemikian sedangkan sebelum ini lagi negara ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem oleh pelakon luar negara. Namun mereka tidak pula diberikan anugerah.

posted by Lidah Penghunus @ 10:56 PM   1 comments


Free Hit Counter