Tuesday, June 09, 2009

Jangan terus 'bunuh' masa hadapan pelajar kita.

Assalamualaikum.

BI syarat wajib lulus SPM.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.
Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Berita Harian - 9 Jun 2009.

Pada pandangan saya jika Bahasa Inggeris ini dijadikan matapelajaran wajib untuk lulus SPM bererti ianya membunuh terus masa hadapan pelajar negara ini. Sebagaimana yang kita tahu ramai pelajar kita yang memang lemah dalam Subjek BI tetapi mereka begitu menguasai subjek-subjek yang lain seperti Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya.

Jadi jika BI ini jadikan matapelajaran wajib untuk lulus SPM maka peluang mereka untuk berjaya hingga ke menara gading akan tersekat di tengah jalan. Di sini Tan Sri Muhyiddin harus sedar bahawa gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris di peringkat SPM tidak bermakna pelajar itu tidak akan dapat menguasai BI untuk selama-lamanya kerana di peringkat kampus juga mereka berpeluang untuk memperbaiki kemahiran BI mereka. Malahan di luar juga apabila mereka bekerja juga begitu banyak tempat untuk mereka mempelajari BI yang disediakan oleh pihak swasta.

Maka kita minta dan berharap sangat agar pihak kementerian tidak melaksanakan perkara yang merugikan pelajar kita ini sama seperti perlaksanaan PPSMI. Perlaksanaan PPSMI juga kita telah tentang habis-habisan. Jika BI syarat lulus SPM ini juga dilaksanakan maka tidak mustahil akan ada gelombang kedua penentangan daripada rakyat secara besar-besaran.

posted by Lidah Penghunus @ 1:38 PM   6 comments


Free Hit Counter