Wednesday, September 30, 2009

Mari kita hukum Isa Samad di Bagan Pinang.

Assalamualaikum.

Rasuah politik: Saya sudah jalani hukuman, kata Isa.
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.
http://www.malaysiakini.com - 29 September 2009

Tan Sri Isa Samad yang baru diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang ini telah pun menjalani hukuman atas kesalahan rasuah politik oleh Umno. Dan kini tibalah masanya untuk rakyat khususnya pengundi-pengundi di Dun Bagan Pinang untuk menghukum Tan Sri Isa dan Barisan Nasional kerana cuba menaikkan orang yang mempunyai rekod buruk iaitu rasuah politik sebagai wakil rakyat.

Memang benar bekas MB Negeri Sembilan ini bukan disabitkan atas kesalahan jenayah. Tetapi sebagai orang yang bakal menggalas tanggungjawab terhadap rakyat dan negara seseorang itu mestilah amanah dan bebas daripada rekod salah laku rasuah.

Dengan pengumuman ini juga nampaknya Tun Dr Mahathir dari zaman Pak Lah hingga ke zaman Najib pun tidak ada lagi pemimpin Umno yang mahu mendengar suaranya. Maka adalah lebih baik sahaja Tun keluar balik daripada Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 9:54 AM   1 comments

Saturday, September 26, 2009

Hunusan raya ke-7

Assalamualaikum.

Lagi usaha saman penganjur demo.
Empat organisasi lagi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan "kerugian material dan psikologi" kepada peniaga dan pengguna.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.
PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma'amor Osman. Malaysiakini - 7 Ogos 2009.

PPIM: Selcat jangan dera mental
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu."Selcat boleh menjadikan prosiding PAC yang ditubuhkan di peringkat Parlimen yang turut dianggotai wakil parti pembangkang sebagai contoh di mana sebelum ini belum kedengaran mana-mana pihak yang dipanggil memberi keterangan di hadapannya dibuli, diperbodohkan atau diaibkan."Ini kerana rakyat akan sentiasa menilai kecekapan, keberkesanan dan keprihatinan badan-badan dan ahli panel yang dilantik sama ada mencerminkan sebuah kerajaan yang adil, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan amanah," katanya dalam kenyataan hari ini.
http://www.malaysiakini.com - 26 September 2009

Hairan, PPIM yang sebelum ini menyokong akta haram ISA boleh pula tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh Selcat. sedangkan ISA yang terang-terang zalim kerana menahan seseorang tanpa bicara dan telah banyak kita dengar penderaan mental dan fizikal terhadap tahanan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:31 PM   0 comments

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430

Assalamualaikum.

Beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal iaitu hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mudah-mudahan ibadah puasa kita selama ini diterima oleh Allah dan jangan lupa selepas ini juga kita akan 'merayakan pilihan' di Dun Bagan Pinang. Semoga momentum kemenangan bulan Ramadan akan berterusan pada bulan Syawal. Isya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 2:26 PM   2 comments

Wednesday, September 16, 2009

Kerajaan bebaskan tahanan ISA, bukan mansuhkan ISA.

Assalamualaikum.

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan
Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara
Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.
Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah. Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.
Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.
Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.
"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.
Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu. http://www.malaysiakini.com - 15 September 2009

Kita berasa bersyukur dengan berita pembebasan lima orang tahanan ISA termasuk suami kepada aktivis Gerakan Mansuhkan ISA, Puan Norlaila Othman. Dengan penahanan selama hampir dua tahun ini adalah berita yang amat menggembirakan sekali bagi keluarga kaum keluarga mereka tambahan lagi pada saat umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun perjuangan untuk mendesak ISA dimansuhkan tidak akan terhenti setakat ini selagi akta yang zalim ini tidak dimansuhkan. Kerajaan boleh membebaskan mereka yang ditahan ini sesuka hati pada bila-bila masa, tidak mustahil kerajaan juga boleh sesuka hati menahan individu yang lain tanpa bicara apabila mereka terdesak.

posted by Lidah Penghunus @ 10:55 AM   1 comments

Friday, September 04, 2009

Pilihanraya kecil lagi.

Assalamualaikum.

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal.
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
http://www.malaysiakini.com/ - 4 September 2009


Kita baru sahaja meraikan kemenangan Pas dalam Pilihanraya Kecil ke-8 25 Ogos yang lalu dan hari ini kita telah mendengar berita kematian Adun Bagan Pinang yang diwakili oleh BN yang meninggal akibat sakit jantung. Ini bermakna akan ada lagi pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Dun tersebut.

Sebagaimana yang kita maklum Pas dan Pakatan Rakyat telah berjaya menewaskan BN dalam 7 daripada 8 pilihanraya kecil yang bertandingkan yang sekaligus membuktikan bahawa masih menolak Barisan Nasional. Namun begitu bagi saya kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang itu nanti adalah penting sebagai pelengkap bahawa rakyat telah menolak Barisan Nasional bawah kepimpinan Najib. Ini kerana pilihanraya kecil untuk Dun Bagan Pinang ini penyandangnya adalah Umno dan Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun misi untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang daripada BN ini bukannya mudah sebenarnya. Ini kerana majoriti yang diperolehi oleh BN pada pilihanraya yang lepas adalah besar, tambahan lagi Negeri Sembilan sebagaimana yang kita maklum adalah antara kubu kuat BN.

Maka usaha mesti dilipatgandakan oleh Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi Dun yang dimiliki oleh BN ini sekaligus mengekalkan momentum penolakan rakyat terhadap BN hingga ke Pilhanraya Umum akan datang. Ini tidak mustahil kerana pada Pilihanraya Umum yang lepas negeri kubu kuat BN ini juga telah dapat ditembus oleh pakatan pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 4:37 PM   1 comments

Tuesday, September 01, 2009

Rupa-rupanya kita kena tipu!

Assalamualaikum.

Pada bulan Mei yang lepas kerajaan telah memperkenalkan petrol jenis RON 95 bagi menggantikan petrol RON 92 dengan harga RM 1.75. Petrol jenis ini akan mula dijual selewat-lewatnya sebelum September kerana RON 97 akan dinaikkan harganya.

Dengan pengumuman kerajaan ini kita berasa sedikit lega kerana walaupun bezanya hanya lima sen daripada harga petrol RON 97 namun untuk penggunaan yang banyak ianya boleh dikatakan dikatakan sebagai menjimatkan. Tambahan lagi RON 95 ini tidak seperti RON 92 ianya boleh digunakan oleh kebanyakan jenis kenderaan termasuk kenderaan keluaran terbaru.

Namun begitu rupa-rupanya kita telah ditipu. Bermula hari ini 1 September, satu hari selepas ulangtahun kemerdekaan Negara kerajaan telah menaikkan petrol RON 95 kepada RM 1.80 dan RON 97 kepada RM 2.05. Saya sendiri hanya sempat menikmati RON 95 berharga RM 1.75 sekali sahaja sebelum ianya dinaikkan.

Ini bermakna kita terpaksa membayar harga yang sama iaitu RM 1.80 untuk petrol yang lebih rendah kualitinya daripada petrol RON 97. Inilah dia hasil daripada slogan "1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

posted by Lidah Penghunus @ 11:36 AM   5 comments


Free Hit Counter