Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha 2009/1430.

Assalamualaikum.

Apabila sebut tentang penghayatan qurban dalam sambutan hari raya Aidil Adha yang akan disambut Jumaat ini kita khususnya ahli-ahli Pas tidak boleh lupakan pengorbanan ahli-ahli kita terdahulu yang ikhlas untuk parti dan juga jemaah Islam Pas ini.

Kerana pengorbanan mereka inilah Pas sekarang ini telah berpeluang untuk mentadbir 4 buah negeri, 2 daripadanya bersama-sama Pakatan Rakyat dan salah satu daripadanya telah dirampas oleh Kerajaan Haram Umno Perak setahun selepas itu. Ada antara mereka ini tidak berpeluang untuk melihat apa yang sedang Pas kecapi ketika ini.

Semoga Allah sahaja yang membalas segala pengorbanan mereka. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam semua. Mudah-mudah berkat doa sahabat-sahabat kita yang sedang mengerjakan fardu haji di Mekah, Pas akan terus dipelihara Allah sebagai jemaah yang memperjuangkan Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 1:35 PM   1 comments

Wednesday, November 18, 2009

SPR jadi komponen BN?

Assalamualaikum.

SPR cabar keputusan mahkamah.
Suruhanjaya Pilihan Raya belum isytihar kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin di Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan pihaknya bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam mengendalikan isu berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan itu akan dilakukan secepat mungkin berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah, kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negerinya menghadiri dua persidangan DUN. "Hanya jika kita gagal di Mahkamah Persekutuan baru SPR akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan hari pengundian dan penamaan calon untuk membolehkan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh diadakan. Berita Harian - 18 November 2009

Nampaknya SPR beriya-iya untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang melucutkan status Adun Kota Siputeh daripada Barisan Nasional. Sedangkan orang yang dilucutkan jawatan Adunnya itu adalah ahli politik daripada Umno dan Barisan Nasional dan perlucutan ini hanya memberikan kesan kepada BN sendiri, bukannya SPR.

Sepatutnya usaha SPR sekarang ini adalah untuk mengadakan satu pilihanraya kecil yang adil dan telus. Bukannya bertindak seolah-oleh mereka termasuk dalam parti komponen BN. Biar Umno dan BN sahajalah yang membuat rayuan atau mencabar keputusan mahkamah itu. Dalam hal ini mereka kena terimalah kesilapan mereka yang tidak meneliti Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dalam membuat keputusan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 PM   0 comments

Thursday, November 12, 2009

RM 890,000 dibelanjakan untuk menghuru-harakan demonstrasi aman.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membelanjakan lebih RM890,000 semasa menyuraikan perhimpunan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 31 Julai lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, kos itu membabitkan penggunaan sebanyak 973 butir peluru gas pemedih mata bagi menyuraikan demonstrasi tersebut.
Beliau memberitahu, seramai 663 anggota polis pula terpaksa dikerahkan bagi mengawal keadaan pada hari kejadian. Utusan Malaysia - 12 November 2009.


Macam tidak percaya sahaja apabila hampir RM 890,000 dibelanjakan untuk menyuraikan demonstrasi mansuhkan ISA yang hanya berlangsung pada satu hari itu sahaja. Sedangkan demonstrasi yag dianjurkan oleh GMI 31 Julai yang lalu adalah perarakan secara aman bagi mendesak agar akta zalim ISA di mansuhkan, tiada pun tanda-tanda peserta demontrasi pada hari berkenaan akan membuat rusuhan dan tiada pun berlaku kerosakan harta benda pada hari tersebut

Apa yang saya dapati pada hari demonstrasi tersebut pihak polis khususnya FRU menembak sewenang-wenangnya gas pemedih mata ke arah peserta demontrasi yang hinggakan gas pemedih tersebut turut jatuh ke kawasan sekumpulan pasukan polis yang sedangkan berkawal yang menyebabkan mereka bertempiaran lari.

Mungkin selepas Ketua Audit Negara perlu meneliti mengapa hingga hampir menjangkau RM 1 juta perlu dibelanjakan untuk menyuraikan demonstrasi yang aman itu. Di sini kita nak tahu juga berapa juta pula yang dibelanjakan untuk menangani rusuhan penyokong bola sepak yang mengakibatkan kerugian RM138,150 baru-baru ini?

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   0 comments

Wednesday, November 04, 2009

Tauliah mengajar dan ISA.

Assalamualaikum.

Tokoh tak mohon tauliah dibidas.
KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.
Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.
Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.
Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat. Berita Harian – 4 November 2009


Bagi saya tauliah ini sama juga seperti ISA yang telah disalahgunakan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka. ISA umpamanya tujuan ianya diwujudkan memang baik iaitu untuk menghindari ancaman keselamatan dalam negara, tetapi malangnya ianya telah digunakan pihak kerajaan untuk menahan pihak-pihak yang menjadi ancaman keselamatan politik mereka.

Begitu juga dengan tauliah, ianya diwujudkan untuk membendung penyebaran ajaran menyeleweng, namun ianya juga telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menyekat ustaz-uztaz daripada menyampaikan ajaran Islam yang sebenar yang dilihat akan mengugat survival politik mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:37 PM   1 comments


Free Hit Counter