Monday, April 30, 2012

Muslihat di sebalik kelonggaran berhimpun.

Assalamualaikum.

Bermula jam 11.30 pagi saya beserta isteri dan beberapa orang rakan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri himpunan BERSIH. Perjalanan lancar, tiada sekatan polis dan tiada kesesakan jalan raya. Hinggalah melalui Jalan Travers berhampiran simpang ke Jalan Damansara, Jalan untuk memasuki pusat Bandaraya Kuala Lumpur ditutup. 

Maka kami membuat keputusan untuk berjalan kaki untuk memasuki pusat Bandar. Rupa-rupanya ramai yang membuat keputusan seperti kami, tidaklah terasa sangat kepenatan berjalan. Tiba sahaja di berhampiran Masjid Negara lebih kurang Jam 1.45 peserta sudah mula berarak. Namun oleh kerana jalan arah ke Dataran Merdeka disekat oleh pasukan FRU maka kami diarahkan untuk menuju ke Menara Maybank berhampiran Puduraya melalui Jalan Tun Sambanthan. 

Perarakan berjalan lancar dan aman tanpa sekatan daripada pasukan FRU, pasukan polis dari unit trafik diletakkan untuk mengawal lalu lintas. Peserta himpunan berarak secara aman. Tiba Dataran Maybank dan kami diarah untuk duduk sesuai dengan tema BERSIH 3.0 iaitu "duduk bantah". Acara duduk bantah juga berjalan secara aman, peserta duduk secara berdisiplin sambil mendengar pidato daripada pimpinan gabungan BERSIH.

Selesai sahaja acara duduk bantah. Peserta mula berarak untuk mencuba nasib masuk ke Dataran Merdeka. Namun saya tidak turut serta kerana isteri sakit kaki dan kami hanya menunggu di Dataran Maybank. Hati hendak pergi tetapi tak sampai hati nak tinggalkan isteri keseorangan. Percubaan peserta himpunan BERSIH untuk masuk ke Dataran ternyata gagal apabila mereka dilayan dengan air kimia dan gas pemedih mata. Kelihatan beberapa peserta himpunan sudah mula patah balik. Kami pun beredar menuju ke Mydin berhampiran untuk beli minuman. Kalau BERSIH ganas sudah tentu Mydin awal-awal lagi tutup. Tetapi mereka tutup apabila FRU mengganas.

Pada masa itu sebilangan peserta himpunan masih lagi main kejar-kejar dengan FRU. Kelihatannya makin dekat dengan lokasi kami di Mydin dan ianya ternyata makin dekat apabila mata kami sudah merasa pedih dek gas pemedih mata. Dapat juga menikmati gas pemedih mata. Bak kata kaki demo, tidak sah demonstrasi kalau tak rasa gas pemedih mata. Pada masa itu Mydin pun ditutup untuk langkah keselamatan. Maka kami mula bergerak ke Puduraya. Masuk sahaja waktu solat Asar, surau Puduraya penuh hingga di adakan solat jemaah beberapa trip.

Seusai sahaja solat saya dan isteri menuju ke kafeteria Puduraya untuk makan, kelihatan kedai-kedai makan di sini penuh sesak dengan peserta himpunan BERSIH. Untung mereka pada hari itu. Cuma hari itu tidak dapat disediakan minuman sejuk kerana bekalan ais tidak dapat hantar kerana jalan ke KL ditutup. Jangan salahkan kami ye, salahkan PDRM yang tutup jalan ke KL.

Selesai sahaja menikmati makan tengah hari diwaktu petang kami meninjau seketika diluar Puduraya. Kelihatan suasana kembali seperti biasa, namun sekitar masih lagi kekuningan dengan peserta himpunan BERSIH yang berlegar-legar dan bersiar di kawasan sekitar. Yelah kalau mereka dari jauh di utara atau selatan sana sudah tentulah tidak mahu melepaskan peluang bersiar-siar di Ibukota Kuala Lumpur. Pada fikiran saya himpunan BERSIH sudah selesai dan kami mengorak langkah untuk pulang melalui LRT di Puduraya.

Stesyen LRT di Puduraya pun begitu sesak, orang beratur panjang untuk membeli token. Hinggakan pengurusan stesyen membenarkan untuk penumpang naik dahulu dan bayar apabila turun di destinasi nanti. Rupa-rupanya inilah muslihat mereka apabila keluar berita di Malaysiakini hari ini.

RapidKL mahu ambil tindakan ke atas BERSIH.
RapidKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana mengalami kerugian besar akibat tindakan liar oleh kumpulan demonstran.

Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada asetnys, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya.

"Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan hari ini.  http://malaysiakini.com - 29 April 2012.
Oleh kerana kami hendak turun ke stesyen Bangsar maka perlu turun di stesyen Masjid Jamek untuk tukar tren ke arah Kelana Jaya. Apabila tiba dan turun di stesyen Masjid Jamek rupa-rupanya ada lagi peserta himpunan BERSIH yang 'bertempur' dengan pasukan FRU. Kelihatan beberapa orang lelaki memakai baju BERSIH memaki hamun polis dan FRU. Waktu pada masa itu sekitar 6.30 petang. Sepatutnya tiada lagi aksi main kejar-kejar dengan polis! Pada masa itu saya mula naik geram, terus saya laung dari atas stesyen "Woi SB, baliklah!" 


Di sini boleh saya simpulkan bahawa BERSIH 3.0 ini adalah himpunan yang paling berjaya dan lancar dan berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berarak sejauh 2 KM tanpa gangguan. Dalam erti kata lain BERSIH 3.0 ini yang paling mendapat kelonggaran daripada kerajaan. Jika kita lihat perkembangan semasa sebelum himpunan BERSIH ini, awal-awal lagi kerajaan sudah benarkah himpunan BERSIH 3.0. Malahan Menteri Dalam Negeri sendiri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi kenyataan bahawa BERSIH 3.0 tidak gugat keselamatan. Walaupun ada kekangan lain seperti halangan menggunakan Dataran Merdeka oleh DBKL namun bolehlah dikatakan bahawa sikap kerajaan pada BERSIH 3.0 ini tidak seperti BERSIH 2.0 dahulu.

Namun BERSIH 3.0 ini juga himpunan yang paling teruk provokasinya hingga berlaku insiden-insiden yang tidak diingini. Mengapa boleh jadi begini Apakah muslihat disebalik kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini? Adakah mereka merancang untuk memburuk-burukkan gabungan yang menuntut pilihanraya adil dan bersih ini dengan isu keganasan sedangkan sebelum ini terbukti bahawa mereka tidak berniat untuk melakukan kekacauan. Adakah ini dendam kerajaan dan PDRM terhadap BERSIH yang banyak membongkar tentang keganasan polis pada BERSIH 2.0.

Di sini saya sertakan sebuah rakaman video yang diambil di Dataran Maybank. Ketika ianya dirakamkan peserta himpunan BERSIH telah pun bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka. Apa yang saya isteri dengar daripada perbualan mereka, mereka merancang untuk menghasut dan membuat kecoh dalam himpunan BERSIH. Mereka menyebut bahawa Tuan Guru Haji Hadi sebagai penghasut. Namun begitu perbualan mereka ketika itu belum sempat dirakamkan. Tuan-tuan boleh dengar sendiri mereka menyebut perkataan "rempuh" semasa mula bergerak untuk menyertai himpunan.

video  






posted by Lidah Penghunus @ 6:31 PM   0 comments

Tuesday, April 24, 2012

Lagi bukti kenapa adanya BERSIH 3.0

       Assalamualaikum.

JPN perjelas isu 'MyKad' bertarikh luput.

Gambar 'Mykad' dengan perkataan "Pemastautin Sementara" dan mempunyai tarikh luput bersebar luas di Internet sejak termuat di Facebook minggu lepas.

Dikatakan dikeluarkan kepada warganegara Burma, perkara itu menimbulkan persoalan sama ada warga asing diberi kerakyatan dan sama ada ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.
Semakan dengan pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagaimanapun menjelaskan hari ini bahawa MyKad ini sebagai versi kad lama pemastautin sementara yang dikeluarkan pada 2001.
"Pada masa itu, kerajaan tidak mempunyai pelbagai jenis kad untuk warganegara, permautautin tetap dan pemastautin sementara," kata JPN dalam kenyataannya kepada Malaysiakini pagi ini.  http://malaysiakini.com - 24 April 2012.



Cuba taip no. IC di atas di laman JPN ini http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/

Semakan daftar pemilih boleh dibuat di http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx


posted by Lidah Penghunus @ 7:13 PM   0 comments

Antara bukti kenapa adanya BERSIH 3.0.

            Assalamualaikum.




















Apabila melihat paparan gambar kad pengenalan di atas ini melalui laman Facebook saya cuba masukkan no. IC ini untuk semakan daftar pemilih dan didapati ianya adalah daftar pemilih yang telah disahkan. Jika dilihat pada angka 96 pada no. IC di atas ini, ada dua kemungkinan. Yang pertama orang dalam IC ini lahir tahun 1996, tetapi lihat kepada gambar adalah mustahil, tambahan lagi lahir tahun 1996 seseorang itu sekarang ini berumur 16 tahun dan tidak layak mengundi lagipun zaman moden ini mana ada orang muda nama seringkas 'Puan'

Maka sudah tentulah orang yang bernama Puan Bin Ahmad ini lahir pada tahun 1896. Tetapi jika dikira orang lahir tahun 1896 ini umurnya sekarang adalah 116 tahun! Ada ke orang Malaysia yang berumur sampai 116 tahun? Benarkah SPR kata daftar pemilih negara ini paling BERSIH?.?.?.



posted by Lidah Penghunus @ 6:28 PM   0 comments

Saya tahu kenapa Umno tidak mahu bagi pendidikan percuma.

             Assalamualaikum.

















Andaikata diberi pendidikan percuma kepada rakyat maka akan lebih ramai lagilah orang pandai dan dengan ramainya orang pandai ini maka mereka akan lebih ramai masuk PAS. Maka sebab itulah mengapa Umno tidak mahu beri pendidikan percuma dan seterusnya meramaikan orang pandai.

posted by Lidah Penghunus @ 5:55 PM   0 comments

Friday, April 20, 2012

Tak keluar fatwa pun kami tahu.

Assalamualaikum.

Tidak bayar balik pinjaman PTPTN haram, kata Mufti Pahang.
BENTONG - Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman. Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya. Sinar Harian - 20 April 2012.

Tak keluar fatwa pun kami tahu bahawa tak bayar hutang itu adalah haram dan akan dituntut di akhirat sana. Itu sebablah kita mohon kepada kerajaan berbuat sesuatu agar hutang itu dimansuhkan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:17 PM   0 comments

Tuesday, April 17, 2012

Menteri Pengajian Tinggi terus memperbodohkan diri.

Assalamualaikum.

Setelah malu dengan kenyataan bahawa mansuh hutang PTPTN boleh jejaskan melayu, maka sebagai menutup malu beliau hebahkan pula tentang sebuah IPT milik kerajaan negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat yang menawankan pinjaman PTPTN dalam sesi akademik mereka.

Sedangkan mansuhkan pinjaman PTPTN dan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi adalah tanggungjawab kerajaan pusat. Tunggulah Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya. Yang terbaru menteri ni suruh pelajar yang berdemonstrasi tuntut mansuhkan hutang PTPTN pulangkan balik wang pinjaman PTPTN mereka.

Mengapa pula mereka mesti mengembalikan wang PTPTN yang mereka dapat kerana mereka mahu wang PTPTN di tangan mereka itu bertukar daripada pinjaman menjadi biasiswa. Untuk meneruskan pengajian dan mencapai cita-cita mahu tidak mahu, golongan mahasiswa ini terpaksalah juga meminjam daripada PTPTN. Maka peranan kerajaan pulalah yang harus membantu mereka agar hutang PTPTN ini dimansuhkan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 PM   0 comments

Monday, April 09, 2012

Menteri Pendidikan Tinggi yang pemikiran sekolah rendah.

Assalamualaikum.

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu.
KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan. 9 April 2012.


Saya tidak menyangka bahawa begini taraf pemikiran seorang menteri yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga pendidikan tinggi. Yang pertamanya Pakatan Rakyat merancang untuk mansuhkan hutang PTPTN dan sudah tentulah mereka akan menggantikan dengan satu mekanisma yang lebih baik untuk tidak membebankan pelajar. Bukannya mansuhkan begitu sahaja.

Yang keduanya apa kaitan pemansuhan hutang PTPTN ini dengan nasib orang Melayu? Jika PTPTN yang membebankan itu dimansuhkan dan digantikan dengan biasiswa, tidak menguntungkan orang melayukah namanya itu. Saya percaya IPTS tidak akan terjejas kerana IPT tersebut tetap akan ada permintaan khususnya daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Kita ambil contoh sektor kesihatan, dengan wujudnya hospital atau klinik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan percuma adakah tutup klinik dan hospital swasta?

Berkenaan persaingan tempat pula. Peranan kerajaan jugalah yang perlu menyediakan tempat yang secukupnya terutama sekali untuk golongan yang berpendapatan rendah. Jika tidak cukup juga mungkin biasiswa boleh ditawarkan untuk penempatan ke IPTS khas untuk pelajar-pelajar daripada keluarga yang tidak mampu. Sebenarnya isu pokok sekarang ini ialah kerajaan harus membenteras pembaziran dan korupsi barulah pendidikan percuma ini dapat dilaksanakan. Kalau tidak inilah antara alasan-alasan bodoh yang akan keluar daripada seorang menteri.

posted by Lidah Penghunus @ 1:04 PM   0 comments

Sunday, April 08, 2012

Mungkin lepas ini polis kena buat roadblock besar-besaran semasa perlawanan bola sepak.

Assalamualaikum.

Penyokong serang polis
SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk. Berita Harian - 8 April 2012.

Apabila melihat sahaja tajuk di atas ini saya terus klik untuk mengetahui apa berita di dalamnya. Sementara paparan berita itu dimuat turun pelbagai soalan bermain di fakulti minda saya, penyokong mana? Adakah penyokong pembangkang? Nak kata penyokong BERSIH 3.0, lambat lagi.

Bila keluar sahaja paparan berita di atas rupanya penyokong fanatik pasukan bola sepak. Insiden keganasan penyokong bola sepak ini sudak banyak kali kita dengar, paling dahsyat sekali hingga kenderaan polis pun sanggup mereka bakar. Dan yang terbaru ini hingga menyebabkan anggota FRU cedera parah.

Sedangkan insiden keganasan ini tidak pernah berlaku pun dalam dua siri himpunan BERSIH yang dianjurkan sebelum ini. Sebaliknya peserta himpunan yang cedera dikasari oleh pasukan keselamatan. Tetapi himpunan aman sebeginilah yang disekat dengan roadblock besar-besaran oleh pihak polis.

Apapun BERSIH 3.0 ada 20 hari lagi, himpunan BERSIH 1.0 dan 2.0 telah membuktikan bahawa niat peserta BERSIH adalah untuk berhimpunan secara aman. Dan Himpunan BERSIH kali ini kita hanya duduk beramai-ramai di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan, itu sahaja.

Jadi tidak ada sebab untuk kita rakyat Malaysia takut untuk turun dan duduk di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 12:22 PM   0 comments


Free Hit Counter