Friday, August 30, 2013

Merdeka 318



 Assalamualaikum.















































Esok kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-56. Jika kita singkap kembali sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun lepas, timbul kontroversi apabila kerajaan pusat menggunakan “janji ditepati” sebagai tema dan lambang 1Malaysia sebagai logo untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55. 

Tambahan pula pada masa itu negara menghampiri Pilihanaya Umum ke-13, maka tindakan kerajaan pusat ini dilihat sebagai kempen politik mereka untuk menghadapi PRU13. Ekoran daripada itu Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan untuk membuat logo dan tema sendiri iaitu “Sebangsa, senegara, sejiwa.”
Lihat kepada logo merdeka pada tahun ini saya melihat bahawa logo merdeka versi Pakatan Rakyat tahun lepas telah membuka mata pemimpin BN yang selama ini logo-logo merdeka mereka agak statik dari segi bentuk dan tidak kreatif. 

Maka pada tahun ini mereka cuba memperkenalkan pula logo kemerdekaan yang dilihat lebih berseni abstrak daripada yang sebelumnya. Namun apa yang saya nampak logo berkenaan agak bercelaru. Sekali pandang macam siput pun ada. Kartunis Zunar pula dalam karya terbarunya menggambarkan logo merdeka ini macam rambut Rosmah isteri kepada Najib. Menggambarkan bercelarunya pemikiran merdeka mereka hingga ada yang kata negara kita tidak pernah dijajah. Apapun yang penting ianya bukan bertujuan kempen politik mereka dan kita Pakatan Rakyat menerimanya sebagai logo dan tema hari merdeka pada tahun ini.

Sentuh pula tentang isu merdeka yang dikatakan disambut hambar oleh rakyat Malaysia berdasarkan kurangnya kibaran bendera. Saya teringat alasan mereka yang tidak memakai tudung mengatakan yang penting bukan apa yang kita pakai, tetapi hati kita. Barangkali itulah agaknya alasan kebanyakan masyarakat kita pada hari ini mengapa mereka tidak mengibarkan bendera kebangsaan. Yang penting dalam hati mereka tersemat perasaan cintakan negara. Tak guna kenderaan penuh dengan bendera Malaysia tetapi memandu macam mat rempit.

Cumanya di sini saya tidak setuju mengaitkan tindakan menaikkan bendera Malaysia di kediaman sebagai meyokong Umno. Malahan masih ada lagi ahli parti semasa kempen PRU13 yang lalu mengecop mereka penyokong Umno hanya berdasarkan bendera Malaysia di rumah mereka. Sepatutnya mereka daripada Pakatan Rakyat yang berjuang untuk membebaskan Malaysia daripada korupsi inilah yang lebih bersemangat untuk naikkan bendera kebangsaan sebagai tanda semangat patriotik mereka yang sebenar.

Akhir sekali berkenaan persoalan yang timbul setiap kali tibanya sambutan ulang tahun kemerdekaan iaitu adakah negara kita ini benar-benar merdeka. Mari kita ikuti isu semasa yang melanda negara akhir-akhir ini iaitu peningkatan kes jenayah pembunuhan yang melibatkan senjata api yang didakwa berlaku sebaik sahaja kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat. Hingga ada yang mencadangkan agar dikembalikan Ordinan Darurat sebagai jalan penyelesaian. 

Merdekakah namanya itu sehingga terpaksa bergantung kembali kepada undang-undang yang dibawa oleh bekas penjajah kerana buntu untuk menangani kes jenayah berat yang semakin menular? Sedangkan kita ada al-Quran dan Sunnah serta alim ulama' sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah jenayah. 

Sekian, salam kemerdekaan yang ke-56.

posted by Lidah Penghunus @ 5:25 PM   4 comments

Tuesday, August 06, 2013

MCA mahu Komunis China jadi sifu mereka.

         Assalamualaikum.

MCA mahu belajar dari Parti Komunis China.
MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.
"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.
Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.
"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.
Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.  http://www.malaysiakini.com - 5 Ogos 2013.

Dalam keributan kontroversi filem New Village yang dikatakan mengagungkan komunis. Tiba-tiba MCA nak jadikan komunis di Negara China sebagai sifu mereka pula. Saya akui belum pernah menonton filem New Village jadi saya tak boleh nak komen lebih-lebih.

Tetapi jika filem New Village dilihat mengagung-agungkan komunis, adakah hasrat MCA untuk bersifukan komunis China tidak dilihat sebagai mengagungkan komunis? Jika MCA kata bahawa lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi, filem New Village juga bukan soal ideologi tetapi lebih kepada percintaan yang berlatarbelakangkan peristiwa darurat sekitar tahun 1948.

Jika tuan-tuan perhatikan tv di negara kita juga banyak terlepas cerita-cerita yang mengagungkan  ideologi atau fahaman tertentu. Contohnya ada suatu rancangan kartun yang memaparkan kisah sebuah keluarga yahudi yang digambarkan baik dan ada juga cerita yang mengisahkan penganut fahaman syiah.

Mana dia suara-suara NGO Islam dalam membantah cerita-cerita sebegini. Mengapa perlu ada double standard?

posted by Lidah Penghunus @ 4:24 PM   1 comments

Monday, August 05, 2013

Jenayah berat meningkat, salah Anwar juga ke?

Assalamualaikum.

'Jenayah bersenjata lepas mansuh EO bukan kebetulan'
Pihak polis menegaskan, peningkatan jenayah, termasuk yang melibatkan senjata api, mempunyai kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).
Ditanya secara spesifik berhubung jenayah bersenjata dan EO, yang dimansuhkan pada penghujung 2011, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, ia bukan kebetulan.
Katanya, pihak polis sudah membuat kajian, yang dapatannya menunjukkan antara 2012 sehingga Jun 2013, daripada 130,000 yang ditahan di seluruh negara, 30 peratus pesalah berulang. Bagaimanapun, ditanya berapa orang daripada yang ditahan bekas tahanan EO, Hadi berkata akan mempertikaikan mengeluarkan data itu pada masa akan datang.
Kenyataannya itu dibuat selepas gesaan memperkenalkan undang-undang baru yang membenarkan penahanan pencegahan, seperti diperuntukkan oleh EO.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata, 90 peratus jenayah terkini di Selangor dirancang oleh bekas tahanan EO.  http://www.malaysiakini.com - 5 Ogos 2013.

Sebelum ini Ali Rustam pernah tuduh Pakatan Rakyat menjadi angkara kepada peningkatan kadar jenayah berat kerana menuntut agar dimansuhkan Ordinan Darurat. Sepatutnya Umnolah yang perlu dipersalahkan kerana tidak mahu melaksanakan Undang-undang Islam terutamanya hukum Hudud.

posted by Lidah Penghunus @ 1:44 PM   1 comments


Free Hit Counter