Saturday, March 26, 2005

Aduhai wanita

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni sering kita dengar isu-isu yg melibatkan golongan wanita dan dibawa sendiri oleh golongan wanita. Rupa-rupanya ianya disebabkan hari wanita sedunia yg makin hampir. Mula-mula kita dikejutkan dengan cerita wanita yang mengimamkan solat jumaat, dimakmumkan oleh wanita dan lelaki dalam satu saff dan kejadian ini berlaku di Amerika. Isu ini telah diperjelaskan dengan beberapa fatwa yg dikeluarkan oleh beberapa ulama' terkemuka bahawa adalah haram bagi wanita yang mengimamkan solat yang dimakmumkan oleh lelaki. Saya sendiri pun pening kepala memikirkan, kenapalah Dr perempuan ni nak sangat jadi imam? apalah seronok sangat jadi imam tu, sedangkan tugas imam ni berat, dia memikul amanah terhadap makmum dibelakang. Nak kata tiada lagi lelaki ditempat tu, ada dua tiga orang lelaki yang ikut jadi makmum di belakang, bagi saya lelaki tu bolehlah dikatakan dayus kerana membenarkan wanita menjadi imam dia. Sedangkaan di surau tempat saya sendiri tugas imam ni menjadi tolak-menolak antara imam yang dilantik tiada siapa yang berani yang kedepan menjadi imam atas alasan masih kurang ilmu.

Kembali di malaysia, geng-geng Dr Amina Wadud iaitu sister in islam pula mengeluarkan kenyataan bahawa operasi mencegah kemungkaran adalah melanggar hak asasi manusia sehingga keluar arahan daripada menteri supaya operasi pencegahan maksiat oleh jabatan agama perlu mendapat persetujuan pihak polis dan mesti disertai oleh mereka. Ini menunjukkan betapa bencinya sister in islam terhadap golongan-golongan penguatkuasa agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, meraka memberi alasan bahawa golongan ini melakukan tindakan brutal terhadap mereka yang ditahan terutama sekali terhadap golongan wanita. Tetapi lupakah mereka tentang kebrutalan pihak polis dan FRU yang menggempur lautan manusia termasuk lelaki dan wanita dalam beberapa siri demonstrasi aman, ada golongan wanita yang diperlakukan hingga tertanggal tudung kepala mereka, sedangkan ianya adalah hak wanita itu untuk menutup aurat. Mana suara mereka masa tu?

Mereka begitu marah terhadap perogol-perogol yang mereka anggap menganiaya golongan wanita, tetapi dalam masa yang sama mereka juga marah terhadap orang-orang yang berusaha mencegah wanita-wanita dari mengunjungi tempat-tempat yang menjadi markas golongan penjenayah seksual ini. Di sini jelas bahawa Dr Aminah Wadud dan Sister in islam ini berpegang kepada prinsip hak asasi acuan barat mengagung-agungkan gerakan emansipasi yang jelas bertentangan dengan islam tetapi menggunakan nama islam sebagai alat.

posted by Lidah Penghunus @ 5:56 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter