Thursday, April 22, 2010

Hunusan PRK Hulu Selangor. Bil. 2

Assalamualaikum.

414 terima tawaran lanjut pelajaran.
KUALA KUBU BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi semalam menyerahkan tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 414 anak jati Hulu Selangor. Surat tawaran diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Hulu Bernam, dekat sini semalam sebagai bukti iltizam dan komitmen kerajaan untuk memberi peluang pendidikan kepada rakyat.
Beliau berkata, pemilihan 414 anak tempatan di Hulu Selangor bagi melanjutkan pengajian peringkat diploma dengan bantuan yang disediakan membuktikan kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan tanpa mengira bangsa dan agama. “Pembangkang hanya tahu dakyah kerajaan zalim dan rasuah, tetapi tidak pernah bentangkan apakah rancangan mereka untuk majukan rakyat. Rakyat perlu menilai pembohongan pembangkang berikutan kegagalan mereka melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.


Ditanya mengenai pembabitan mahasiswa dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) jelas tidak membenarkan pelajar terbabit dengan politik kepartian. “Kita sedar apabila adanya pilihan raya, ada segelintir mahasiswa ingin menjadi hero. Adalah tidak wajar mahasiswa terbabit dengan politik kepartian dan jika ada kita akan melaksanakan AUKU,” katanya. Berita Harian - 22 April 2010.

Bagaimana mereka Barisan Nasional boleh menafikan yang mereka itu zalim sedangkan penggunaan AUKU terhadap mahasiswa yang berpolitik juga sudah zalim kerana menyekat hak kebebasan mereka untuk berpolitik berdasarkan tahap keinteletualan mereka.

Berkenaan dengan tawaran pinjaman PTPTN pula, adakah cukup dikatakan bahawa kerajaan BN ini baik sedangkan sepatutnya pelajar IPTA ini ditawarkan dengan biasiswa tetapi malangnya kerajaan BN juga yang hentikan.

Jika kerajaan BN beri pinjaman PTPTN, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat pula telah memberikan RM 1000 kepada anak Selangor yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA dan ianya tidak perlu dibayar balik.

posted by Lidah Penghunus @ 3:21 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter