Monday, April 19, 2010

Umno dan tabiat minum arak.

Assalamualaikum.

Bercakap tentang ahli-ahli Umno yang kaki arak ini saya banyak dengar tentang perkara ini malahan saya sendiri mempunyai pengalaman tentang seorang pemimpin Umno peringkat cawangan yang mabuk buat kacau di khemah pakatan pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif) ketika Pilihanraya Umum ke-12. Tetapi kita tidak mahu menjadikan ini sebagai modal untuk meyerang mereka dalam kempen kita kerana kita tidak tahu mungkin orang-orang yang berkenaan ketika ini sudah bertaubat atau berhenti daripada mengambil alkohol.

Berkenaan calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor ini kita hairan mengapa sekarang baru hendak dedah? Mengapa mereka tidak dedahkan perangai buruk Datuk Zaid Ibrahim ketika beliau dalam Umno lagi? Mana dia amal maaruf nahi mungkar dalam Umno? Sekarang ini Datuk Zaid mengakui kesilapan beliau yang lalu dan telah pun bertaubat maka sebab itulah kita boleh menerima beliau sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional.

Di sini saya ingin menyebut kembali hujah seorang ustaz bahawa Saidina Umar al-Khattab ketika beliau dalam jahiliyah orang paling kuat menentang Islam dan mengamalkan cara hidup jahiliyah seperti minum arak. Tetapi apabila beliau masuk Islam, beliaulah yang menjadi benteng kepada Islam. Walau bagaimanapun Datuk Zaid bukanlah tahap Saidina Umar namun kesediaan beliau meninggalkan Umno kerana menentang kezaliman adalah permulaan yang baik untuk beliau.

Akhir sekali apa yang boleh saya sebut di sini Umno sudah terlalu terdesak apabila sanggup menyerang peribadi lawan secara membabi buta.

posted by Lidah Penghunus @ 4:32 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter