Thursday, March 25, 2010

Gunakan Insentif Jalur Lebar untuk tumbangkan Najib.

Assalamualaikum.

Empat insentif Jalur Lebar Negara.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:
Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;
Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;
e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan
Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak. Selain itu, katanya, sebagai tambahan kepada insentif berkenaan, RM1 bilion akan digunakan daripada Dana Khidmat Sejagat (UPS) dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara. Katanya, pembahagian komputer riba itu akan dirunding dengan Kementerian Pelajaran dan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini. “Telekom Malaysia (TM) juga bersetuju memperkenalkan pakej jalur lebar berserta rangkaian dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 manakala kawasan Penyedia Perkhidmatan Universal (USP), jumlahnya dikurangkan lagi kepada RM20,” Berita Harian - 25 Mac 2010.


Diharapkan kemudahan-kemudahan yang dianugerahkan oleh Najib ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah untuk membebaskan diri anda semua daripada kongkongan media-media yang dikawal oleh parti pemerintah.

Selama ini rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar hanya dihidangkan dengan berita-berita yang berat sebelah daripada TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Maka dengan kemudahan internet ini bolehlah mereka memperolehi berita-berita yang tepat dan adil melalui portal-portal berita di internet.

Diharapkan juga para penulis blog khususnya blog politik dapat menulis semaksima yang mungkin agar dapat memberikan maklumat yang tepat dan seimbang kepada rakyat. Tulislah dengan penuh etika dan bertanggungjawab agar rakyat dapat menilai sesuatu isu itu dengan bijak.

Jika Pilihanraya Umum ke-12 BN telah kehilangan 5 negeri dan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dan salah satu faktor daripadanya adalah peranan bloggers sendiri. Maka tidak mustahil dengan insentif jalur lebar oleh Najib ini BN akan tumbang pada Pilihanraya Umum ke-13, Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 4:25 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter