Wednesday, February 03, 2010

Mahathir sememangnya mudah lupa.

Assalamualaikum.

Ku Li tidak wajar guna platform Pas.
GOMBAK: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Razaleigh Hamzah tidak wajar menggunakan pentas pembangkang bagi menyuarakan isu royalti petroleum yang dituntut kerajaan Pas Kelantan.
Bekas Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu boleh mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara itu secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak jika Perdana Menteri bersetuju.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa dan mengadakan sebarang perbincangan dengan Tengku Razaleigh sejak isu berkenaan tercetus, tetapi mengagak bahawa bekas Menteri Kewangan itu bertindak demikian kerana mahu Kelantan memperoleh wang royalti terbabit.
Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau juga menyuarakan pandangan yang kritikal terhadap kerajaan, tetapi menggunakan forum lain (bukan atas pentas pembangkang). Berita Harian - 3 Febuari 2010.

Nampaknya Tun Dr Mahathir Bin Mohamed lupa bahawa beliau pernah berucap di pentas Pas ketika beliau disingkirkan daripada pentadbiran almarhum Tun Abdul Rahman suatu ketika dahulu. Malahan hobi suka mengkritik kerajaannya itu diulang kembali ketika beliau bukan lagi Perdana Menteri. Itu pun Tun lupa di pentas mana beliau berucap.

Bezanya Tengku Razaleigh berucap di pentas Pas ketika beliau masih lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan mempunyai jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gua Musang. Namun begitu semua itu bukan penghalang untuk beliau bercakap tentang kebenaran dan rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin selepas ini Ku-Li juga harus mengikut jejak langkah bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang keluar Umno dan masuk PKR kerana tidak bersetuju dengan perlaksanaan ISA yang diamalkan oleh Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 1:00 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter