Wednesday, January 27, 2010

'Penambah rasa' dalam 'ramuan' Operasi Lalang ii

Assalamualaikum.

Disaran jadi wakil rakyat Bebas.
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.
Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.
Katanya, semua tindakan atau 'hukuman' itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti.
"Kalau beliau dikenakan tindakan oleh PKR, saya mengalu-alukan beliau menyertai 'kelab' wakil rakyat Bebas malah saya bersedia memberi laluan kepadanya untuk berjuang bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
"Ini kerana perjuangan Perkasa dan Zulkifli mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Utusan Malaysia - 27 Januari 2010.


Saidina Umar al-Khattab pernah berkata "Tiada Islam tanpa jemaah dan tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan." Bagaimana mungkin Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin boleh terus memperjuangkan Islam dengan bersendirian dan tanpa jemaah.

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.
“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”
“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Qaradhawi.
http://qaradawi.net.

Dan sebagai ahli parti yang menjadi Pakatan kepada jemaah Islam Pas adalah tidak wajar untuk Dr Zulkifli Noordin ini bertindak luar daripada apa yang telah diputuskan oleh Pakatan. Persoalannya di sini adakah ianya salah satu 'penambah rasa' dalam 'ramuan' untuk merealisasikan Operasi Lalang dua?

Kita lihat 'penambah rasa' ini makin banyak pula ditambah melihatkan insiden-insiden yang berlaku mutakhir ini. Diharapkan kita tidak mudah melatah dan mengambil langkah secara emosi berhadapan dengan isu ini dan mudah-mudahan Allah kembalikan perancangan jahat ini kembali ke tengkuk mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter