Thursday, December 10, 2009

Saya tidak hadiri BTN tetapi saya tetap cintakan negara

Assalamualaikum

Bila bercerita tentang kursus Biro Tata Negara atau BTN, di sini saya bukanlah orang yang layak untuk komen tentang BTN ini kerana saya tidak pernah menghadiri kursus BTN jadi saya tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengannya. Cumanya di sini saya teringat ketika belajar di universiti dahulu mahasiswa khususnya pelajar baru telah dimomokkan bahawa jika tidak hadir kursus BTN maka seseorang itu tidak boleh bergraduat.

Akibatnya ramai diantara pelajar ini yang terpaksa hadir kursus BTN kerana takut tidak grad.
Saya pula seawal semester satu telah dipanggil untuk menghadiri kursus BTN, tetapi saya tidak hadir. Namun begitu alhamdulillah saya tetap bergraduat dan berpeluang menghadiri konvokesyen. Sekarang saya tetap cintakan Negara dan sebab saya cintakan negaralah saya menyertai pembangkang untuk memperbetulkan apa juga kesilapan pemerintah yang akan mengaibatkan kehancuran kepada negara

Sebenarnya sesi brainwash dan kempen BN ini bukan dalam BTN sahaja yang saya dengar, malahan dalam sesi temuduga penjawat awam juga penemuduga ada menyentuh tentang politik terutamanya yang menghentam parti pembangkang khususnya Pas dan PKR. Jelasnya di sini BTN, seperti juga dengan ISA dan tauliah mengajar telah disalahgunakan oleh golongan pemerintah untuk kepentingan survival politik mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:49 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter