Wednesday, November 04, 2009

Tauliah mengajar dan ISA.

Assalamualaikum.

Tokoh tak mohon tauliah dibidas.
KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.
Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.
Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.
Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat. Berita Harian – 4 November 2009


Bagi saya tauliah ini sama juga seperti ISA yang telah disalahgunakan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka. ISA umpamanya tujuan ianya diwujudkan memang baik iaitu untuk menghindari ancaman keselamatan dalam negara, tetapi malangnya ianya telah digunakan pihak kerajaan untuk menahan pihak-pihak yang menjadi ancaman keselamatan politik mereka.

Begitu juga dengan tauliah, ianya diwujudkan untuk membendung penyebaran ajaran menyeleweng, namun ianya juga telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menyekat ustaz-uztaz daripada menyampaikan ajaran Islam yang sebenar yang dilihat akan mengugat survival politik mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:37 PM   1 comments

1 Comments:

At 11:10 PM, Anonymous Najwa Aiman said...

Lepas ni boleh buat GMT yang berjuang sebelah menyebelah dengan GMI... ekekekeke... aiyaaarrrkkk...!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter