Friday, October 23, 2009

Sama ada 60 hari atau 30 hari, ianya tetap zalim

Assalamualaikum.

Tempoh tahanan ISA dikurangkan.
PUTRAJAYA: Tempoh tahanan individu yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dijangka dipendekkan daripada 60 hari kepada 30 hari berikutan pindaan akta itu yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara itu adalah antara perkara yang dicadangkan dalam sesi pertemuan dengan pelbagai pihak bagi memastikan usaha meminda akta itu dilaksanakan dengan telus dan konstruktif. Berita Harian - 23 Oktober 2009

Persoalannya di sini jika ianya dikurangkan kepada 30 hari adakah ianya akan menjamin bahawa seseorang itu tidak akan dilanjutkan tempoh tahanannya sehingga bertahun-tahun?
Apa yang kita bantah berkaitan dengan ISA selama ini ialah penahanan tanpa bicara dan juga kuasa Menteri Dalam Negeri dalam melanjutkan tempoh tahanan yang akhirnya menyebabkan akta warisan penjajah ini disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

Berdasarkan kisah mereka yang pernah ditahan bawah ISA. Pada mulanya diberitahu hanya ditahan 2 hari, kemudian naik kepada 5 hari, kemudian lanjut lagi sehinggalah 6 tahun lamanya
Maka jika tempoh tahanan itu dikurangkan kepada 1 hari sekalipun ianya tidak memberi apa-apa makna jika Menteri Dalam Negeri masih mempunyai kuasa melanjutkan tempoh tahanan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah yang adil.

posted by Lidah Penghunus @ 12:36 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter