Friday, September 04, 2009

Pilihanraya kecil lagi.

Assalamualaikum.

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal.
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
http://www.malaysiakini.com/ - 4 September 2009


Kita baru sahaja meraikan kemenangan Pas dalam Pilihanraya Kecil ke-8 25 Ogos yang lalu dan hari ini kita telah mendengar berita kematian Adun Bagan Pinang yang diwakili oleh BN yang meninggal akibat sakit jantung. Ini bermakna akan ada lagi pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Dun tersebut.

Sebagaimana yang kita maklum Pas dan Pakatan Rakyat telah berjaya menewaskan BN dalam 7 daripada 8 pilihanraya kecil yang bertandingkan yang sekaligus membuktikan bahawa masih menolak Barisan Nasional. Namun begitu bagi saya kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang itu nanti adalah penting sebagai pelengkap bahawa rakyat telah menolak Barisan Nasional bawah kepimpinan Najib. Ini kerana pilihanraya kecil untuk Dun Bagan Pinang ini penyandangnya adalah Umno dan Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun misi untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang daripada BN ini bukannya mudah sebenarnya. Ini kerana majoriti yang diperolehi oleh BN pada pilihanraya yang lepas adalah besar, tambahan lagi Negeri Sembilan sebagaimana yang kita maklum adalah antara kubu kuat BN.

Maka usaha mesti dilipatgandakan oleh Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi Dun yang dimiliki oleh BN ini sekaligus mengekalkan momentum penolakan rakyat terhadap BN hingga ke Pilhanraya Umum akan datang. Ini tidak mustahil kerana pada Pilihanraya Umum yang lepas negeri kubu kuat BN ini juga telah dapat ditembus oleh pakatan pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 4:37 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter