Tuesday, August 11, 2009

Isu arak di Selangor - Prihatinnya Umno.

Assalmaualaikum

Khairy cabar Pas keluar pakatan demi maruah.
BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.
Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.
"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara. Berita Harian - 10 Ogos 2009

Bila timbul isu arak di Selangor akhir-akhir ini kita lihat Umno seolah-oleh begitu prihatin tentang isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini. Beriya-iya benar mereka mendesak agar Pas melaksanakan pengharaman arak di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini.
Hinggakan Ketua Pemuda Umno sendiri mencabar Pas agar keluar daripada Pakatan Rakyat kononnya demi maruah.

Di sini kita faham sangat kenyataan pemimpin Umno ini hanya kepentingan politik semata-mata, bertujuan untuk melaga-lagakan parti dalam Pakatan Rakyat. Andaikata Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, mungkin Umno berpeluang untuk berkuasa kembali di Selangor. Dan jika Umno kembali memerintah Selangor maka kita percaya tiada usaha daripada mereka untuk menangani isu arak ini. Lihatlah sahaja di Negeri Perak, sejak ianya diperintah oleh Kerajaan Haram Umno Perak yang majoritinya Melayu kita tidak pernah dengar pun usaha ke arah itu.

Maka tidak perlulah Pas melayan cabaran daripada mereka yang berniat untuk berkuasa kembali ini. Kerana dengan adanya Pas dalam pemerintahan negeri Selangor sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk melaksnakan amal maaruf nahi mungkar dan kita lihat institusi masjid dan surau subur dengan Majlis-majlis ilmu yang bermanfaat untuk masyarakat Islam. Sedangkan semua itu tiada pada zaman pemerintahan Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 8:39 AM   3 comments

3 Comments:

At 11:33 AM, Anonymous Najwa Aiman said...

Kita suruh depa bubarkan Genting Highlands dulu, lepas tu baru kita yakin untuk keluar Pakatan. Amacam?

At 8:16 PM, Anonymous Anonymous said...

Apa la nak jd dengan negara aku ni…
pemimpin dahulu kuat rasuah,pemimpin sekarang nak balas dendam,pemimpin akan datang ada kepentingan peribadi…

Pemimpin BN banyak sangat melakukan onar sehingga membangkitkan kebencian rakyat,pemimpin PKR pula bangkit dari kezaliman yg dikenakan keatasnya tetapi cenderung kepada membalas dendam dan semakin menyimpang dari asas perjuangan seorang pemimpin untuk rakyat,pemimpin pas pula kelihatan di pergunakan oleh parti2 tertentu yang mahukan pengaruh dan meraih undi daripada org islam yang majoritinya ramai di malaysia ni.Pemimpin DAP pula bertindak semakin berani mencabar kewibaan sesiapa sahaja yang mereka suka.Seakan wujud sesuatu agenda tersembunyi dalam pergerakan parti mereka.

apa pun politik itu tak kotor,yang mengotorkannya adalah pemimpin2 yang hipokrit,bodoh sombong,perasuah dan bemacam2 lg perkara yg kebanyakkan tidak menggambarkan kepentingan untuk rakyat tetapi kepentingan untuk peribadi dan agenda sendiri yang tersembunyi.

sudah semestinya akan ada pihak yg bertepuk tangan dan bergembira di atas kekucar-kaciran politik2 di malaysia… jangan malaysia tergadai sudah.Fikir untuk anak cucu jgn fikir untuk diri sendiri shaja.

At 8:40 PM, Anonymous Anonymous said...

Post a Comment

<< Home

Free Hit Counter