Thursday, April 23, 2009

Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi?

Assalamualaikum.

16 Toyota Camry jadi rebutan.
IPOH 22 April - Umpama 'pisang goreng panas'. Itu sambutan orang ramai sebaik sahaja berita kerajaan negeri akan melelong semua 16 kereta rasmi Toyota Camry diketahui umum sejak semalam.
Walaupun tawaran tender untuk menjual kenderaan berkenaan hanya dibuka pada 4 Mei ini, ramai sudah menyatakan minat untuk membeli kereta itu dengan harga menarik.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bahawa banyak pertanyaan mengenai harga kereta tersebut diterima pagi ini.
''Bagaimanapun, kita akan tawarkan kepada pembida tertinggi kerana ini ialah tender terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini pada harga rizab RM148,000 sebuah. Utusan Malaysia - 23 April 2009.


Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah bukti sokongan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hinggakan kereta yang pernah digunakan mereka menjadi rebutan.

Tidak keterlaluan juga jika saya kata bahawa Kerajaan Haram Umno Perak menjual barang curi kerana pentadbiran Negeri Petak dirampas secara kotor oleh mereka daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan kenderaan rasmi yang digunakan exco Pakatan Rakyat ini pula dijual sesukahatinya oleh mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 5:06 PM   2 comments

2 Comments:

At 2:22 AM, Blogger Shahiran Shahid Zahri said...

benda yg dirampas terang2 buat org marah, nak menikmati lama2 pun susah. lihat dari senario, mcm tak lama jer, nak simpan segala rampasan.. sementara sempat jual laa apa2 yg boleh.. kaut dulu apa yg sempat...

mana tau tup tap2 mahkamah ke, duk tak bersidang ke, apa2 laa yg boleh menyebabkan rampasan terpaksa dipulangkan...

so... jual! jual! jual!

lelong! lelong! lelong!

sambil pegang loceng...

 
At 2:36 PM, Blogger Prof. Era Pasca said...

biarkan mereka jual... nanti kite saman mamak tu... makamah belum putuskan siape MB sah lagi die da buat hal macam itu harta bapak die punye...
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter