Thursday, April 09, 2009

Antara bola dan politik.

Assalamualaikum.

Bercakap tentang insiden rusuhan penyokong bola sepak Kelantan Selasa malam kelmarin, sebagaimana yang kita malam itu juga adalah malam penentuan tiga pilihanraya kecil. Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa mereka yang turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak malam kelmarin adalah mereka yang tidak minat atau tidak mengambil tahu tentang politik.

Jika mereka itu seorang yang mengambil berat tentang politik negara sudah tentulah pada malam itu dia akan menumpukan perhatian kepada keputusan pilihanraya kecil di dua Dun dan satu Parlimen itu dan tidak ada masa untuk mengikuti perlawanan bola sepak di stadium. Di sini bukanlah bermakna saya menolak bola sepak. Malahan saya percaya ramai diantara penyokong dan aktivis parti politik minat bola sepak. Cuma apa yang hendak saya sebutkan di sini ialah tentang insiden rusuhan yang memeranjatkan pada malam itu hinggakah kenderaan polis sanggup mereka bakar.

Mereka merusuh, membakar kenderaan polis pada malam itu adalah kerana taksub mereka kepada bola sepak. Kita khususnya penyokong dan aktivis parti pembangkang juga berdemonstrasi dan turun di jalanraya untuk tunjuk perasaan. Namun tidak pernah dalam siri demonstrasi yang dianjurkan kenderaan polis diterbalikkan dan dibakar sekalipun peserta demonstrasi ini dilayan dengan begitu teruk sekali oleh pasukan polis khususnya FRU.

Inilah bezanya antara mereka yang taksub kepada bola sepak dan mereka yang mengambil berat tentang politik. Kita berdemonstrasi atas sesuatu isu yang kita perjuangkan untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dan tiada niat langsung untuk menimbulkan kekacauan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:35 PM   3 comments

3 Comments:

At 9:59 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam ziarah.

Pengambilan Peserta Program Terbaru: Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Netâ„¢ "Click Here"

 
At 10:02 PM, Anonymous Anonymous said...

dari contoh politiklah mereka berperlakuan sebegitu. Mereka sudah tidak heran akan peranan polis apataknya suku kakat mereka beranggapan polis semua anjing. Inilah budaya yg diperjuangkan oleh pembangkang. Apa yg tidak sekutu atau mengikut kehendak mereka, semuanya dimaki dan dilabelkan masuk nereka walhal ketentuan hanyalah di tanganNya. Aku sentiasa beringat akan dosaku. dosa terhadap manusia (fitnah & menuduh tanpa usul periksa, memaki hamun org yg tidak berdosa cth 'pukimak mahathir', menuduh orang Islam kafir lebih dari org kafir) ingatlah di akhirat nanti kita semua terpaksa mencari org yg kita berbuat dosa untuk meminta keampunan. Ingat janganlah kita terlalu taksub melebihi cinta kita kepada Yang Maha Esa dan Nabi tercinta. Bersederhanalah dalam apa-apa juga hal.

 
At 10:15 PM, Anonymous Anonymous said...

bodoh... nuar musa tu yang jadik tukang suruh... siap dia gak yang gi jamin orang yang kena tu...

dan lagi... polis jangan sesukati gi sepak orang... ingat orang tak de kaki tangan ke? mereka tu makan gaji dari duit orang ramai... lagi sesukati nak sepak orang... apa jadah???

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter