Wednesday, April 08, 2009

21,860 rakyat Perak 'derhaka' di Bukit Gantang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, keputusan pilihanraya kecil semalam Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan dengan pertambahan majoriti yang agak besar iaitu sebanyak 1223 undi. Ini bermakna majoriti rakyat Perak di Bukit Gantang menolak Kerajaan Haram Umno Perak serta tidak merestui kepimpinan Dato’ Zamry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Selain di Bukit Gantang, Barisan Nasional juga tewas di Dun Bukit Selambau dan hanya menang di Dun Batang Ai. Ini juga menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ditolak sekaligus pembaharuan Umno yang diuar-uarkan ternyata gagal. Tun Dr Mahathir yang dilihat akan menjadi penyelamat kepada Umno itu juga ternyata tidak lagi diterima oleh rakyat.

Media-media perkakas Barisan Nasional pula ternyata tidak dapat menerima kekalahan Barisan Nasional ini. Pada muka hadapan akhbar Berita Harian kemenangan BN di Batang Ai menjadi tajuk utama manakala di Utusan Malaysia pula mereka menggambarkan seolah-seolah BN, Pas dan PKR seri satu sama.

Walau bagaimanapun rakyat telah pun bersuara, mereka boleh mengatakan bahawa keputusan pengundi di Bukit Gantang tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Perak. Maka kita cabar Umno Perak agar membubarkan Dun Perak. Malahan ini adalah kemenangan yang begitu bermakna bagi Pakatan Rakyat di kala BN menggunakan sepenuhnya kekuatan media, jentera kerajaan dan wang untuk memenangi pilihanraya.

posted by Lidah Penghunus @ 8:25 AM   4 comments

4 Comments:

At 9:06 AM, Anonymous Anonymous said...

salam semua,
bn tak akan berani untuk berhadapan dengan rakyat perak dalam pilihanraya semula. perlu diambil perhatian bahawa komposisi pengundi di bukit gantang lebih kurang sama dengan penduduk perak.

matperak.

 
At 9:35 AM, Anonymous Anonymous said...

Salamu Aleykum,
Tahniah Buat Datuk Seri Ir Hj Nizar,Syabas kepada penduduk Bkt Gantang,tak lupa Buat Adun baru Bkt Selambau,Rakyat telah bersuara,Kerajaan BN madah berhelah,muka senyum hati tuhan sahaja yang tahu.Satu petanda untuk Dr M.berehat lah sebelum sejarah kegemilangan beliau bertukar rupa.dulu dia kata kalau tengah sedap makan berhenti.masakan itu enak.Tapi sekarang nampaknya tengah lapar makan pun tak sedap.suruh Mahathir syurkan umur bersara kakitangan kerajaan kepada 80 tahun.ikut macam umur beliau yang tak reti-reti nak besara.Satu lagi budak Ezam musuh ketat ngan Anuar.PAS yang bertarung dia tetap kutuk anuar.Nasihat buat Ezam beristifar banyak-banyak.Punca kekalahan BN kerana kebodohan nya sendiri dan macam budak-budak.setiap kali cemuhan kepada pembangkang di salurkan di Media terutama TV maka bertambah benci rakyat kepada UMNO dan BN.Jadi teruskan lah Wahai Sabree Cheek.kuasi RTM dan keji lawan anda.anda lupa satu jari yang menunjuk ada empat berpaling kearah diri sendiri.

 
At 9:40 AM, Anonymous bukit teluk sera said...

salam.

aku yakin, beberapa parlimen Parlimen yang BN menang tipis (bawah 2000)seperti Larut, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Lumut akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

jika usaha keras terus dijalankan, kawasan BN (majoriti 2000-3020) Kampar, Parit, Tapah, Bagan Datok dan Pasir Salak juga boleh dikalahkan.

parlimen lain, boleh dikurangkan lagi majoriti BN untuk PRU 14.

jika analisis aku terlaksana,

PRU 12: BN (13) PR (11)

PRU 13: BN (07) PR (17) - atau PR menang lebih dari itu.

 
At 10:10 AM, Blogger nizamtoha said...

Satelit puaka je yang kata rakyat derhaka.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter