Thursday, March 26, 2009

Ternyata ahli Umno memilih untuk kehancuran.

Assalamualaikum.

9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya. http://chedet.co.cc/chedetblog - 21 Mac 2009

Nampaknya ternyata bahawa ahli Umno sendiri khususnya pemuda memilih untuk kehancuran Umno apabila memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang baru. Kita sudah maklum bahawa Khairy adalah antara individu yang telah disabitkan dengan kesalahan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno dengan peruntukan kesalahan yang sama dengan Ali Rustam yang telah dibatalkan penyertaannya namun peliknya menantu Perdana Menteri ini hanya diberi amaran sahaja.

Maka jika orang yang menang ini adalah individu yang diberi amaran atas kesalahan politik wang adakah kita boleh menolak bahawa kemenangannya ini tidak berkaitan dengan politik wang?
Selepas ini kita tunggu pula adakah menantu bakal bekas Perdana Menteri ini akan dinaikkan Najib dalam Kabinet? Dan apa pula komen Tun Dr Mahathir berkenaan perkembangan terbaru ini? Sama-sama kita tunggu.

MEREKA BOLEH MENGGANTUNG MEDIA MILIK PEMBANGKANG NAMUN BEGITU RIBUAN MEDIA ALTERNATIF DAN BLOGGER MENANTI UNTUK TERUS MEMBONGKAR PENYELEWENGAN MEREKA

posted by Lidah Penghunus @ 8:26 AM   1 comments

1 Comments:

At 3:13 AM, Anonymous bagREF said...

salam semua..
saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter