Tuesday, January 20, 2009

Gencatan senjata di Gaza, tetapi tidak untuk Intifadah.

Assalamualaikum.

Selepas 22 hari mengganas di bumi Gaza, menjelang naiknya Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barrack Obama, akhirnya tentera Israel telah berundur daripada Gaza atas nama gencatan senjata. Namun begitu pengunduran tentera Zionis ini telah meninggalkan ribuan kesengsaraan kepada umat Islam di Palestin.

Adakah anda semua puas hati dengan gencatan senjata ini? Adakah kita semua senang melihat bala tentera Israel yang kejam ini balik begitu sahaja ke kampung halaman mereka setelah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin yang tidak berdosa? Adakah dengan gencatan senjata dan pengunduran maka mereka iaitu Israel tiada dosa lagi dengan dunia Islam khususnya di Palestin?

Mengapa apabila ada serangan daripada Amerika dan Israel ke atas negara umat Islam barulah timbul soal boikot, Qunut Nazilah dan solat hajat sedangkan bila tamatnya perperangan atau serangan maka tiada lagi kedengaran seruan untuk boikot. Saya percaya tindakan boikot ini amat berkesan pada jangkamasa panjang jika ianya dilakukan secara konsisten. Ini bukan kali pertama Israel dan sekutu rapatnya melakukan keganasan terhadap umat Islam.

Namun saya percaya masih ramai lagi saudara-saudara kita yang secara konsisten memboikot produk-produk Amerika dan tidak jemu-jemu untuk melafazkan doa qunut nazilah setiap kali lepas solat. Maka apa juga kaedahnya jihad terhadap musuh Islam mesti diteruskan selagi Masjid al-Aqsa dan bumi umat Islam yang lain belum bebas daripada cengkaman kaum Kuffar

posted by Lidah Penghunus @ 11:37 PM   1 comments

1 Comments:

At 8:24 PM, Blogger alifmimyanun said...

perihal iman manusie ibarat laut, sekejap pasang sekejap surut.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter