Sunday, November 30, 2008

Parti pembangkang turut amal politik wang?

Assalamualaikum.

'Parti pembangkang turut amal politik wang'
KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu bersikap adil dengan membuang persepsi rasuah dan politik wang bukan hanya diamalkan Umno, sebaliknya turut diamalkan oleh parti pembangkang, kata Naib Ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail. "Saya pinta jangan dibuat penilaian dan lekas menjatuhkan hukum. Kegiatan itu boleh berlaku pada mana-mana parti politik. "Kita tidak boleh membuat persepsi jika ada kegiatan politik wang, ia hanya berlaku di kalangan ahli Umno,"
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan dua wakil rakyat di Negeri Sembilan menyogok seorang ketua dan ahli Puteri Umno Jempol supaya mengundi mereka pada pemilihan jawatan parti peringkat bahagian itu, bulan lalu. Berita Minggu - 30 November 2008.

Nampaknya pemimpin Puteri Umno ini cuba menutup kelemahan dan kegagalan partinya berkenaan politik wang apabila membuat tuduhan liar terhadap parti pembangkang berkenaan politik wang.
Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang berat. Jadi kita mahu Ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan ini menunjukkan bukti bahawa parti pembangkang mengamalkan politik wang yang selama ini menjadi darah daging Umno.
Tetapi jika beliau maksudkan pembangkang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mengamalkan politik wang maka kita amat bersetujulah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:32 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter