Saturday, November 01, 2008

Hunusan petang Sabtu.

Assalamualaikum.

Rasuah dan Umno.
Perayu undi, ejen calon diarah pulang.

Tindakan jika terus 'berkampung' di hotel besar.
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam menetapkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan selama lima hari bermula 24 hingga 28 Mac depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sehubungan itu, Abdullah yang juga Presiden Umno, memberi amaran kepada pelobi, perayu undi dan ejen calon, yang kini berada di sekitar hotel di sini dan beberapa bandar lain, supaya pulang ke kawasan masing-masing atau menghadapi tindakan disiplin.
Katanya, Ibu Pejabat Umno tahu mengenai kehadiran ramai pelobi dan ejen calon yang 'berkampung' di beberapa hotel besar dan mungkin terbabit dengan kegiatan rasuah politik. "Mereka ini sedang berada di hotel di KL (Kuala Lumpur) dan negeri untuk kempen secara langsung dan tidak langsung mendorong mengundi atau jangan mengundi (calon tertentu). "Gejala ini berleluasa dan berlaku di hotel sebagai tempat pertemuan. Bagi mengelak menjadi lebih ketara, saya dan juga MT ingin beri amaran kepada mereka agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan pemantau yang sudah mula menjalankan tugas mereka,"
Selain itu, katanya, MT juga mengarahkan semua calon yang memegang jawatan dalam kerajaan berhenti menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan meraih undi dan sokongan.
"Saya nasihatkan mereka menghentikan menggunakan jentera kerajaan (untuk berkempen) dan saya juga nasihatkan kumpulan tertentu agar berhenti menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah atau tohmahan terhadap calon," Berita Harian - 1 November 2008.

Calon perlu bersedia disiasat BPR.
KUALA LUMPUR: Semua calon yang bertanding jawatan tertinggi Umno pada Mac depan perlu akur dan bersedia disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika ada aduan mengenai pembabitan mereka dalam politik wang.
Calon Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata siasatan itu akan memastikan pemilihan parti bebas daripada amalan rasuah, sekali gus meningkatkan imej parti dan calon. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyifatkan tindakan memberi kuasa kepada BPR untuk mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang tidak melaporkan cubaan pihak tertentu memberi rasuah sepanjang pemilihan parti termasuk pada peringkat tertinggi adalah tindakan telus, malah wajar diberikan sokongan.
Semalam akhbar melaporkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa walaupun Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menyiasat laporan mengenai rasuah politik, aduan juga boleh dibuat terus kepada BPR. Berita Harian - 1 November 2008.

BPR masih siasat cubaan menyogok Ahli Parlimen.
Tindakan tidak dapat diambil selagi jenayah belum dilakukanKUCHING: Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih meneruskan siasatan terhadap cubaan merasuah wakil rakyat termasuk menyogok mereka untuk tujuan melompat parti, dengan beberapa individu kini sedang dalam pengawasan rapi badan berkenaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Katanya, meskipun ada beberapa individu termasuk berprofil tinggi sedang disiasat berhubung kes berkenaan, namun tindakan belum dapat diambil kerana jenayah belum lagi dilakukan.
"Memang ada cubaan melakukan jenayah (menawarkan sogokan kepada wakil rakyat) tetapi jenayah itu belum dilakukan sepenuhnya, jadi tindakan tidak dapat kita ambil.
Ahmad Said mengakui banyak aduan diterima mengenai cubaan menyogok Ahli Parlimen dengan pelbagai cara termasuk panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Isu lompat parti termasuk cubaan menyogok Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) timbul berikutan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentukan kerajaan baru pada 16 September lalu. Berita Harian - 1 November 2008.

Daripada BPR sibuk-sibuk hendak siasat kononnya ada sogokkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Ahli Parlimen Barisan Nasional yang belum terbukti kebenarannya itu adalah lebih baik agensi pencegahan rasuah ini menumpukan siasatan terhadap gejala politik wang atau rasuah politik yang makin menjadi-jadi dalam Umno ketika ini. Kerana apa yang kita lihat gejala tidak sihat ini tidak pernah reda daripada Umno tiap kali tibanya pemilihan pucuk pimpinan parti itu. Hinggakan Presidennya sendiri terpaksa memberi amaran dan menghalau pulang mereka yang didakwa berkampung di hotel besar.

Berkenaan arahan agar calon yang memegang jawatan dalam kerajaan agar berhenti menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan berkempen, saya melihatkan bahawa terdapatnya amalan double standard dalam perkara ini. Dalam menghadapi calon daripada parti pembangkang dalam pilihanraya umum amalalan ini dibiarkan berleluasa tetapi dalam menghadapi calon-calon sesama mereka ianya tidak dibenarkan pula. Di sini saya teringat berkenaan perangai dan amalan kaum Zionis yang mengharamkan riba' sesama mereka dan dibolehkan riba' terhadap bangsa bukan Yahudi.


Baru sembuh daripada sakit sudah hendak menyusahkan rakyat!
Syor larang motosikal tak relevan.
Cadangan susahkan golongan berpendapatan rendah bergerak dalam bandar.
KUALA LUMPUR: Cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, melarang motosikal memasuki bandar dan pekan bagi mengatasi jenayah ragut dianggap tidak relevan dan hanya menyusahkan golongan berpendapatan rendah yang menjadi pengguna utama kenderaan itu. Pelbagai pihak berpendapat, walaupun ia mampu memberi kesan positif dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar jenayah, tetapi kesan negatif akan lebih dirasai terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang memerlukan pengguna berjimat cermat. Berita Harian - 1 November 2008.

Sebelum ini Tan Sri KPN ini pernah terlantar di IJN atas sebab masalah jantung. Sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan beliau diserang stroke dan akhir lumpuh. Namun begitu baru-baru ini Ketua Polis yang mempunyai kaitan rapat dengan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim ini dilaporkan sudah pulih dan boleh kembali bertugas sebagai Ketua Polis Negara.

Namun begitu baru sahaja kembali menjalan tugas Tan Sri Musa Hassan ini mula hendak menyusahkan rakyat dengan cadangannya yang tidak masuk akal itu. Jangan sampai nanti rakyat doakan beliau agar stroke atau mampus terus.
Jika pengharaman motorsikal masuk ke ibu kota didakwa cara berkesan untuk mengatasi masalah jenayah ragut di ibu kota. Maka mungkin pengharaman Umno adalah cara yang terbaik untuk membendung masalah rasuah dalam negara.


Untungnya Ketua Pembangkang era Tan Sri Khalid.
Exco Selangor cadang henti guna Proton.
SHAH ALAM 31 Okt. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew mencadangkan agar kerajaan negeri menukar kenderaan rasmi yang digunakan sekarang iaitu Proton Perdana V6 dengan kereta lain.
Cadangan itu dibuat ekoran rasa kecewanya terhadap pengurusan pusat servis Proton di Glenmarie di sini yang didakwa bersikap sambil lewa dan enggan melayan aduan berhubung kerosakan kereta rasminya.
Pada Jumaat lalu dakwa beliau, pemandunya, M. Moneygaran telah membawa kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan, bagaimanapun pihak pengurusan Proton enggan membaikinya atas alasan pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak membayar wang penyelenggaraan.
Ekoran itu katanya, beliau bersama-sama pemandunya hampir terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam tadi apabila hud hadapan kereta itu terbuka secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan cermin hadapan pecah.
"Saya akan minta semua Exco bincang mengenai cadangan untuk menukar kenderaan rasmi ini. Saya tidak tahu jenis kenderaan Proton yang lain namun Proton Perdana V6, saya memang sudah rasakan ia tidak selamat.
"Jika kita tukar, yang pastinya bukan Proton lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Tan Khiew, beliau juga mahu pengurusan Proton memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Proton awal pagi ini namun tiada seorang pun wakil syarikat itu datang melihat keadaan kereta tersebut.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi berkata, cadangan Tan Hiew tersebut tidak munasabah kerana sebarang urusan melibatkan kewangan termasuk pembayaran dibuat oleh Pegawai Kewangan Negeri.
"Saya fikir, kerosakan ini merupakan satu alasan yang sengaja dibuat oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menukar kereta rasmi Exco kepada kenderaan mewah yang lebih mahal.
"Jika benar, saya galakkan mereka pakai Mercedes-Benz atau Lexus seperti yang dipakai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tindakan itu mungkin dapat menggambarkan dasar 'berjimat-cermat' yang dilaungkan oleh mereka," katanya.
Tambah Khir, sepanjang menjadi Menteri Besar, beliau tidak menghadapi masalah menggunakan Proton Perdana V6 dalam sebarang urusan rasmi. Utusan Malaysia - 1 November 2008.


Nampaknya beruntung sungguh Ketua Pembangkang era pentadbiran Pakatan Rakyat ini. Sebaik sahaja pihak kerajaan khususnya kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan atau cadangan, akhbar-akhbar budak suruhan Umno dan Barisan Nasional ini terus meluru mendapatkan Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional untuk mendapatkan komentar dan terus disiarkan dalam laporan akhbar yang sama.
Sedangkan ini tidak ketika 'pembangkang' menjadi Ketua Pembangkang ketika dahulu.

Berkenaan kenyataan Khir Toyo bahawa kereta Proton Perdana V6 yang digunakan tidak mengalami masalah ketika beliau menjalankan tugas rasmi, mungkin sebab Khir Toyo jarang bertemu rakyat berbanding wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang rajin turun bertemu rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 3:12 PM   2 comments

2 Comments:

At 9:25 AM, Blogger Unknown said...

he he he
"UMNO bagus sekurang2 nyea bagi tahu pada masyarakat bahwa berlaku rasuah dalam UMNO, kalau kita buat senyap sahaja macam mana?" lebih kurang begitulah kata Dato Nazri dalam parlimen yang aku tengok secara lansung.....

Ini mentaliti pemimpin kita....yang makin lama semakin kebudak-budakkan

 
At 12:46 AM, Blogger Najwa Aiman said...

Lorrr... duit perbendaharaan negara yang dibayar sebagai gaji anggota BPR tu gunanya untuk beri perkhidmatan kepada parti juga rupa-rupanya... wal hasil balik ke baghal juga adanya... isk isk isk...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter