Monday, October 20, 2008

Kembali menghunus

Assalamualaikum.

Salakan MP Pasir Salak.

Berita TV3 jam lapan malam sebentar tadi memaparkan kekecohan pada persidangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional YB Tajuddin bin Abdul Rahman mencelah ketika Ahli Parlimen Kuala Selangor sedang membahaskan pembentangan Belanjawan 2008. Apa yang jelas Ahli Parlimen Pasir Salak ini begitu emosional menghentam Dr Dzulkefly Ahmad yang belum sempat menyudahkan perbahasannya itu. Tetapi tahukah beliau bahawa Ahli Parlimen daripada Pas ini belum pun mengakhiri ucapan perbahasannya, belum sempat beliau hendak menghabiskan perbahasan Ahli Parlimen Pasir Salak ini telah mencelah dan seterusnya mengganggu.

Seterusnya Ahli Parlimen Pasir salak ini mengecam Dr Dzul kerana menyentuh tentang sepinggan nasi yang harganya semakin mahal. Adakah YB Tajuddin fikir rakyat negara ini makan pasir? Adakah beliau tidak sedar bahawa nasi adalah makanan asas bagi rakyat negara ini. Takkan Dr Dzul hendak menyentuh tentang harga satu set Mc Donald pula. Dalam kita membicarakan penyelesaian masalah ekonomi akhirnya ianya mestilah menguntungkan golongan rakyat bawahan. Apa guna membicarakan soal ekonomi global tetapi rakyat di bawah terus terhimpit oleh kerana sepinggan nasi yang terlalu mahal.

Akhir sekali YB Tajuddin juga menyebut bahawa kerajaan ada mengakui bahawa negara ini turut terkesan dengan iklim ekonomi global. Sebaik sahaja selesai berita berkenaan laporan Parlimen ini, paparan berita yang berikutnya disiarkan pula kenyataan Najib yang mengatakan bahawa ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik. Sebelum ini juga Najib pernah berkata bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh. Ini jelas satu pembohongan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang cuba dinafikan oleh seorang Ahli Parlimen. Nampaknya Ahli Parlimen Pasir Salak daripada BN ini hanya pandai menyalak merapu-rapu sahaja di Parlimen.


Dato' dan Bollywood.

Filem Bollywood pilih Terengganu.
KUALA TERENGGANU 19 Okt. - Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong

"Kita harap filem yang akan dibuat antara 200 hingga 400 salinan itu apabila ditayangkan kelak, dapat memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia,"
Ahmad berkata, filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang berbulan madu di Terengganu dan dilakonkan oleh Rani Mukarjee manakala heronya masih belum diputuskan. Utusan Malaysia - 20 Oktober 2008.

Di sini kita percaya bahawa Baginda Sultan Terengganu tidak bodoh seperti Kerajaan Negeri Melaka yang dengan mudah menganugerahkan Dato' kepada Shahruk Khan atas sebab kononnya artis Bollywood ini mempromosikan Malaysia melalui filem Bollywood.
Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai Ali Rustam itu memberikan alasan yang sedemikian sedangkan sebelum ini lagi negara ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem oleh pelakon luar negara. Namun mereka tidak pula diberikan anugerah.

posted by Lidah Penghunus @ 10:56 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:04 AM, Anonymous Anonymous said...

saya dengar semalam, dia ada jugak menyalak yang kerajaan dah buat macam2 untuk menghadapi krisis ekonomi, tapi dia pun tak sebut juga apa langkah2nya....

apa langkah2nya....cam takde pun...naikkan harga minyak, harga barang??

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter