Saturday, September 13, 2008

Ya Allah ya Tuhanku, kau hancurkanlah pengamal ISA.

Assalamualaikum.

Dari dahulu lagi kita tidak pernah setuju penggunaan ISA ke atas pemimpin-pemimpin PAS, para ulama' dan aktivis-aktivis gerakan Islam di negara ini. Kita juga tidak bersetuju dengan penggunaan ISA terhadap pemimpin Hidraf. Maka samalah juga kita tidak akan selamanya bersetuju dengan penahanan ISA terhadap Raja Petra, Teresa dan seorang wartawan akhbar cina yang ditahan semalam.

Jika benar pun ada antara mereka ini yang salah namun ISA bukanlah jalan yang terbaik. Perbuatan mungkar tidak boleh ditangani dengan cara yang mungkar. ISA adalah jelas zalim dan bertentangan dengan Islam. Jalan yang terbaik ialah membicarakan mereka ke mahkamah secara adil.

Sempena Ramadhan yang penuh berkat ini maka saya menyeru kepada umat Islam sekalian berdoa memohon kepada Allah agar dihancurkan Umno dan Barisan Nasional yang zalim itu dan dinaikkan mereka di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa yang berniat untuk melaksanakan Islam sebagai pemimpin di negara ini. Teruskanlah berdoa kerana salah satu keistimewaan Ramadhan ini doa hamba-Nya tidak akan dihijab.

posted by Lidah Penghunus @ 5:39 AM   2 comments

2 Comments:

At 12:07 PM, Blogger sesumpah@pokka.com said...

wahai juak2 umno....
NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA....

 
At 10:38 AM, Anonymous Anonymous said...

dimana kah terletaknya otak lidah penghunus sehinggakan kepentingan umum sanggup di gadaikan kerna menangkap mengunakan ISA semata-mata. apakah jika nasi dah menjadi bubur baru anda semua nak sedar betapa berharganya erti sebuah keamanan harmoni.apakah mungkin setelah saudara2 atau mak ayah adik beradik anda dibunuh baru lah anda sedar kepentingan ISA itu sendiri dimana rusuhan kaum itu bererti pergaduhan atau perang saudara.dimana setiap negara di dunia ini mempunyai kawalan keselamatannya yg tersendiri.dari itu jangan lah anda berangan-angan utk menjadi negara maju seperti negara barat dimana mereka lebih maju 100 tahun lebih maju dari kita dimana selama 500 tahun kita di jajah dan skrg baru berumur 51 tahun merdeka fikir-fikir lah.dimana tahap pemikiran kita dgn negara yg maju 100 tahun tidak sekali2 kita samakan dgn pemikiran 51 tahun merdeka dimana kita belum bersedia lagi utk lebih terbuka.seperti juga kaum melayu.cina.india dan juga kaum yg lain kita seharusnya menghormati sesama kita menyanyangi diantara kita menghormati budaya agama bangsa.kerna jika tercetusnya rusuhan kaum agaknya siapalah lah yg akan untung atau rugi adakah melayu?cina?india?kaum2 lain atau negara luar? sesungguhnya ingat lah bahawasannya walaupun kita berlainan ideologi tapi tidak bermakna anda bole bercakap sesuka hati dgn menghina mencaci mencarut.sedangkan org2 terdahulu lah yg bersusah payah berperang dgn komunis memerdekakan negara tercinta ini tapi malangnya dgn hanya sekelip mata kita lupa jasa2 org2 terdahulu ingat lah jika di takdirkan umno akan tumbang namun jadi lah seorang lelaki yg sejati hormati yg kalah dan sanjung yg menang walau pun umno itu seharusnya kita menganggapnya seperti bapa kita ertinya walaupun dia bersalah tapi dia umpama seorang bapa yg kita tak bole pisahkan kerna tanpa umno tiada anda pada hari ini.disini sya ingin nyatakan dgn iklas bersatu lah bangsa melayu contohi lah bangsa2 lain cina ke india kaum2 lain dimana mereka akan bersatu setiap kali mereka menghadapi masaalah.dari itu marilah kita tumpukan pada kerja masing2 selepas pilihanraya lalu dimana demokrasi di malaysia ini benar2 telus dimana parti pembangkang byk memenangi kerusi yg pernah dimenangi oleh BN .dari itu dgn adanya ISA itu membolehkan kita masih hidup aman sentosa.akhir kata bersyukurlah dgn nikmat yg ada ini sebelum allah menarik balik kerna tidak berterimah kasih kepadanya amin,

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter