Wednesday, September 10, 2008

Mahathir ingin kembali ke pangkuan Umno.

Assalamualaikum.

Mahathir sedia kembali sertai UMNO.
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan keluar daripada parti itu Mei lalu.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasrat tersebut selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.

"Pada pertemuan itu, saya telah minta beliau memikirkan semula dan menimbang untuk kembali menjadi ahli UMNO.
"Saya amat gembira apabila Dr. Mahathir bersetuju menyerahkan semula borang keahlian UMNO, tetapi beliau tidak pasti sama ada Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan menerima permohonannya," Utusan Malaysia - 10 September 2008.


Pelik, ketika Umno berada dalam kekalutan bawah kepimpinan Abdullah Ahmad badawi, ketika ura-ura mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara di tangan Barisan Nasional, tiba-tiba bekas Perdana Menteri yang merangkap bekas ahli Umno, Tun Dr Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyertai kembali Umno.

Sedangkan kita pernah dengar Tun berkata bahawa beliau tidak akan kembali masuk Umno selagi Pak Lah memimpin parti itu. Baru-baru ini juga Tun pernah menyatakan bahawa beliau akan tinggal di luar negara jika Malaysia ini diterajui oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Jadi kita tertanya-tanya apakah sebenarnya permainan politik Tun Dr Mahathir ini? Apakah muslihat disebalik tindakan beliau ini? Namun begitu bagi Pakatan Rakyat kemasukan semula Tun ke dalam Umno ini tidak akan menggugat gabungan parti-parti pembangkang itu kerana sejak Tun menjadi Presiden Umno lagi Pas, PKR dan DAP telah berhadapan dengan Umno.

Tambahan pula kita lihat Tun masih lagi belum insaf atas kezaliman yang dilakukannya. Maka Umno mungkin adalah tempat yang terbaik untuk beliau.

posted by Lidah Penghunus @ 11:37 PM   1 comments

1 Comments:

At 1:43 PM, Anonymous Anonymous said...

Mainan politik apenye..tujuan Tun nak tolong bangsa dan partinya lah..jika anda di tempatnya pun dulu pasti anda akan merajuk dgn Penggantinya(Pak Lah) yang boleh dikatakan pandai bermanis muka&mulut sblm jd PM.Demi Allah taala yang menciptakan langit dan bumi..kitorang yg dari luar bandar ni cukup makan minum atas jasa pemimpin spt Tun Mahathir.Yang org atasan yang makan duit haram tu urusannya dengan Allah taala shj.Saya sbgai warganegara amat bersyukur skali dgn nikmat yg sy peroleh..nak belajar kat ipta dpt pnjaman.smua kemudahan disediakan kerajaan dan semuanya rezeki dari Allah taala yang merahmati negara ini.Alhamdulillaah.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter