Tuesday, September 02, 2008

Ini baru merdeka.

Assalamualaikum.

Kedah larang penyanyi wanita.
Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini.
"(Penyanyi) perempuan memang kita tidak terima 100 peratus (untuk kelulusan permit hiburan).
"Tetapi kalau persembahan itu khas untuk orang perempuan sahaja tidak mengapa," kata Dr Ismail, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, penerangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan insan Kedah.
Keputusan itu, tambahnya, antaranya berdasarkan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkannnya "cukup cantik" dan bersetuju sepenuhnya dengan isi kandungannya.
Acara persembahan pentas lain seperti tarian pula digalakkan untuk kanak-kanak sekolah bagi menggantikan penari dewasa kerana belum akil baligh, kata Adun PAS itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak berhubung pengharaman itu, esok.
"Kita ingin berbincang dengan kerajaan negeri tentang keputusan itu," kata pengurusnya Ahmad Abdullah.
Karyawan juga menggesa kerajaan Kedah memperhalusi lagi larangan tersebut. Ia juga mencadangkan sebarang keputusan berhubung isu-isu seni dan hiburan mestilah melibatkan kumpulan seniman. http://malaysiakini.com - 2 September 2008.

Saya menyokong keputusan kerajaan Pas Kedah dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri itu atas keputusan mereka mengharamkan bentuk persembahan yang bertentangan dengan Islam antaranya persembahan atis wanita di khalayak ramai. Ini barulah benar-benar merdeka apabila kita bebas untuk melaksanakan sesuatu yang dituntut oleh Islam tanpa rasa takut ancaman dan kecaman daripada pihak lain.

Tambahan lagi Kedah adalah sebuah lagi negeri yang ditadbir sepenuhnya oleh Pas maka adalah sesuatu yang tepat untuk negeri itu melaksanakan apa yang telah dilaksanakan di Kelantan.
Cumanya dalam hal ini kita tetap perlu melaksanakannya secara berhemah, tidak tergesa-gesa. Yang penting pendidikan harus diberikan terlebih dahulu kepada rakyat.

Kepada Persatuan Karyawan dan kaum artis, tidak perlulah hendak bising-bising dengan keputusan kerajaan Pas itu kerana sebelum ini kebanyakan daripada mereka tidak pernah pun merujuk kepada ulama' sebelum berbuat sesuatu. Tambahan lagi keputusan ini hanya melibatkan artis wanita yang menyanyi di khalayak ramai sedang golongan artis yang selain daripada itu masih lagi boleh berkarya asalkan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syariat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:07 PM   2 comments

2 Comments:

At 1:10 PM, Blogger UMNO PARTI PENJARA said...

suka dengar lagu Ramlah Ram.

Tajuk ketentuan :-)



Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

 
At 1:07 AM, Blogger amanda said...

Salam Perkenalan kepada saudara Lidah Penghunus , saya mewakili Persatuan Karyawan Malaysia ingin menjelaskan kepada saudara berhubung beberapa polisi yang telah dijalankan oleh kami berhubung isu-isu berhubung perkara-perkara yang membabitkan perihal seni tempatan. Membaca kenyataan saudara didalam blog ini yang mengatakan bahawa tindakan golongan pengkarya seperti kami sebelum ini seolah-olah tidak pernah merujuk ulama didalam apa-apa perkara tidak lebih dari satu ulasan yang dangkal dan peribadi kerana dalam banyak perkara kami sebenarnya merujuk kepada badan-badan ini. Mungkin saudara menghadkan diri saudara tentang perihal agama sahaja dan terus menghukum kesenian sebagai sesuatu yang negetif.

Hakikat yang berlaku sekarang ialah kami ingin menegaskan hak kami sebagai rakyat dinegeri-negeri yang mana dibawah pemerintah PAS yang seolah-olah menafikan langsung hak-hak kami untuk mencari rezeki kami atas alasan ianya bercanggah dengan syarak. Yang amat kami kesalkan tindakan ini dilihat sangat melulu tanpa sebarang muzakarah atau penerangan dengan pihak yang terlibat seperti Persatuan kami yang mewakili kira-kira 1200 penggiat seni aktif dari pelbagai disiplin.

Kami tidak sekali-kali akan melawan hukum syarak yang termaktub sebaliknya tidak perlulah bersifat melulu sebegini. Setidak-tidaknya perlu melalui pertemuan atau perbincangan kerana bagi kami ini bukanlah satu soal yang kecil dan membabitkan perihal sumber rezeki kami. Usul utama yang kami akan bincangkan dengan pihak kerajaan negeri ialah berhubung isu pengharaman Persembahan Muzik Rock , Reggae , Pop dan Dangdut.

Pada hemat kami , tindakan dari pihak Kerajaan Negeri Kedah perlu diperhalusi dan dibawa ke perbincangan dengan para aktivis muzik ini terlebih dahulu. Kami sentiasa menghormati sebarang dasar yang dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri , namun ianya perlulah melalui kajian dan perbincangan yang adil sebelum membuat sebarang keputusan. Hakikat muzik –muzik yang disebutkan sebagai sesuatu aspek yang hedonestik tidak dapat diterima pakai lagi didalam suasana sekarang. Genre bukanlah sesuatu yang bersalah didalam hal ini , yang membuatkan sesuatu itu menjadi songsang dengan adat setempat mungkin cara penyampaian mahupun lirik.

Pihak kami masih boleh menerima tindakan seandainya dasar persembahan ditetapkan sebagaimana yang diguna pakai di Negara Brunei , yang mana tiada sebarang pengkelasan terhadap genre sebaliknya lebih ditekankan penapisannya terhadap corak persembahan dan lirik.Sekiranya diperhalusi dengan teliti, hampir semua muzik yang berleluasa adalah mempunyai unsur-unsur dari genre berikut terutamanya Pop dan Rock.Malah sehingga kini rata-ratanya kumpulah rohani seperti Kumpulan Nasyid menggunapakai genre Pop sebagai medium didalam lagu-lagu mereka.Dan ini menjadikan mereka sebagai kumpulan Pop. Adakah mereka akan turut diharamkan untuk mengadakan persembahan di Negeri Kedah?.

Bagaimana pula dengan muzik-muzik rock seperti nukilan Ramli Sarip mahupun Pop seperti M.Nasir yang banyak membincangkan perihal ketuhanan mahupun perkara-perkara positif.Adakah akan turut diharamkan?Jika dilihat dari sesuatu sudut , hakikat genre-genre tersebut sebagai budaya songsang bukanlah sesuatu yang tepat kini kerana ianya sudah menjadi asimilasi budaya setempat. Genre-genre tersebut menerokai aliran seni tempatan dengan caranya sendiri yang disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat.Sifat muzik adalah sesuatu yang universal.

Masalah pertembungan budaya tidak langsung wujud sebenarnya kerana budaya tempatan Malaysia sendiripun wujud diatas asimilasi budaya luar. Soal artis wanita tidak boleh membuat persembahan juga perlu diperhalusi. Pada kami sekiranya tiada pilihan lain, cara yang di praktikkan di kelantan masih mempunyai ruang dimana aturan pengasingan artis dan peminat mengikut jantina.


Anda tidak perlu menjadi liberal tentang seni dan tidak juga perlu menjadi ortodok didalam perihal ini. Masalah sebegini timbul kerana kami mendapati Kerajaan-kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat seolah-olah tiada sebarang hubungan yang khusus yang menyelenggarakan soal-soal budaya secara terus dengan para penggiat seni yang sebenar ; yang benar-benar aktif didalam industri.Jikalau adapun tidak lebih dengan golongan penyajak seperti Dinsman dan lain-lain. Hakikatnya yang menerajui industri seni tempatan ialah golongan “prominent” seperti para penyanyi dan pelakon.Jadi soal sebenar yang berlaku didalam industri tidak diketahui .Populasi para pengkarya di seluruh negara sebenarnya membabitkan jumlah yang agak besar dan Kedah merupakan antara negeri yang turut banyak mengeluarkan aktivis-aktivis seni tempatan masakini.

Apa yang kami pohon ialah keadilan bagi kami sebagai rakyat kerana kami yakin bahawa Islam yang sebenar itu adil dan tidak bersifat menghukum. Saranan saya untuk kerajaan dibawah pemerintahan PAS ialah, anda tidak perlu membunuh seni sebaliknya menghalusi secara berhemah, sebagaimana yang dilakukan di Revolusi Islam Iran yang tahap produk seninya sudah mencapai standard antara terbaik dunia.

Ahmad Abdullah

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter