Monday, September 22, 2008

Siapa sebenarnya agen Zionis?

Assalamualaikum.

Awas campur tangan Zionis.
KUALA LIPIS 21 Sept. - UMNO percaya pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) yang mempergunakan pemimpin pembangkang di negara ini untuk memperkotak-katik dan menghuru-harakan Malaysia merupakan pemimpin yang disokong oleh zionis.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menegaskan, pemimpin zionis terbabit telah lama menyimpan perasaan dengki dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik di dunia. Utusan Malaysia - 22 September 2008.


Di sini saya ingin terlebih dahulu menyentuh sedikit tentang perancangan jahat barat dan juga Zionis terhadap Islam di seluruh dunia. Sebagamana yang kita maklum sejak negara barat menerima kekalahan yang teruk dalam Perperangan Salib mereka giat mengkaji bagaimana untuk mengalahkan umat Islam dan seterusnya menakluki mereka. Setelah sekian lama membuat kajian akhirnya mereka mendapat jawapan bahawa umat Islam tidak boleh dikalahkan melalui perperangan kerana jihad yang disuburkan oleh keimanan dan ketaqwaan adalah benteng kekuatan umat Islam pada masa itu.

Maka bermulalah perancangan golongan Yahudi dan Nasara untuk menjauhkan umat Islam daripada agama mereka dan sekaligus memadamkan cahaya jihad daripada hati mereka. Antara strategi jahat mereka ialah merosakkan anak-anak muda Islam dengan menggalakan hiburan yang melampau dan melalaikan, menyemaikan pemikiran dan gaya hidup yang bertentangan dengan Islam seperti gaya hidup bebas dan berseronok-seronok, membawa fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan Islam ke dalam pemerintahan negara.

Ini semua terkandung dalam Protokol Zionis yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita jahat bangsa Yahudi. Sekarang kita lihat pula adakah semua ini sedah dilaksanakan di negara kita? Budaya hiburan, sebagaimana yang telah saksikan hiburan di negara kita tidak kira siang dan malam, tidak cukup dengan artis tempatan kita jemput pula artis luar negara. Akibatnya anak-anak muda Islam kita telah hanyut dengan dunia hiburan yang melampau dan seterusnya diresapi budaya berseronok-seronok yang menjauhkan mereka daripada agama.

Sistem pemerintahan di negara kita pula masih belum bebas sepenuhnya daripada ideologi penjajah daripada barat. Kita masih mengguna pakai sistem perundangan barat yang diwarisi oleh penjajah British. Walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka sistem Islam masih belum dilaksanakan dalam pentadbiran negara. Sebenarnya banyak lagi kandungan Protokol Yahudi yang telah pun berjalan di negara ini seperti sistem kewangan, sistem kehakiman dan politik.

Di sini kita tidak lupa bagaimana negara kita yang ketika itu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir membenarkan pasukan Kriket Israel masuk ke negara ini dan apabila umat Islam bangkit membantah mereka telah ditangkap dan dipenjarakan. Kita juga tidak boleh lupa bagaimana rejim Tun Dr Mahathir ketika itu menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Ini semua adalah kemahuan daripada Amerika dan Yahudi yang tidak mahu umat Islam mendapat pendidikan Islam yang sebenar.

Jadi persoalannya di sini siapa sebenarnya agen yahudi yang menjalankan agenda yahudi? Adakah logik dikatakan bahawa Israel dan Amerika sudah lama tidak senang dan dengki dengan negara Malaysia di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sedangkan segala perancangan mereka berjalan lancar di bawah Umno dan Barisan Nasional. Dan adakah logik dikatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang diharapkan oleh Amerika dan Yahudi untuk menjalankan agenda jahat mereka?

sedangkan untuk Dato' Seri Anwar naik sebagai Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlukan dokongan daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai oleh Pas. Sebagai Parti Islam, Pas tidak sekali-kali akan membenarkan agenda jahat Amerika dan Yahudi dijalankan oleh rakan dalam Pakatan Rakyat. Jika kita lihat selepas Pilihanraya Umum ke-12 walaupun Pas dalam kerajaan campuran namun pendidikan Islam dan kuliah agama tidak lagi disekat seperti mana pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dahulu. Maka sudah tentulah Amerika dan Yahudi akan memikirkan bahawa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional lebih memenuhi selera mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 5:57 PM   2 comments

2 Comments:

At 11:53 AM, Blogger Pemuda Malaysia said...

jangan nak bohong lah..dalam PAS aku dah nampak pengampu ANwar AL-JUBURI seperti Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar..semua nie jenis jilat punyer orang..

yang bagus seperti Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat isa

 
At 4:08 PM, Anonymous Anonymous said...

Laahh...habihtue, orang bukan islam tak perlu takut ke akalu diberi betis nanti orang islam nak kan peha?

Perundangan barat sekurang-kurangya menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat, manakala buktikan ianya berlaku dalam perundangan Islam.

Berikan saya negara Islam yang majoriti pendududuk bukan Islam tidak meninggalkan negara Islam tersebut.
Sebagai contah: Iran, jumlah pengurangan Bukan Islam, Cuku[p memadai sekiranya kuantiti Penganut Kristian sahaja diambil untuk tempoh 100 tahun.
Orang bukan Islam juga tidak dapat melupakan beberapa insident insurgensi atau seranagan 'ala' penganas dengan merampas senjata RELA dan membunuh seorang pegawai polis Hindu(Yang Islam tak cedera langsung)
Mana boleh hak yang dibangkitkan boleh diberi
pikirkan

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter