Sunday, October 26, 2008

Inilah Umno.

Assalamualaikum.

Salah guna duit derma.
ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.
Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.
Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.
“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi. Harian Metro - 26 Oktober 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 11:16 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter