Tuesday, October 21, 2008

Benih jahat Umno.

Assalamualaikum.

Pemilihan Puteri Jerlun didakwa dicemari rasuah.
AIR HITAM: Bekas Ketua Puteri Umno bahagian Jerlun, Afiza Ahmad mendakwa pemilihan jawatan sayap itu, Khamis lalu, tercemar berikutan berlakunya politik wang untuk membeli undi perwakilan.
Afiza yang melepaskan jawatan itu berikutan melepasi had umur, berkata beliau mendapat maklumat dan bukti daripada beberapa perwakilan yang mendakwa mereka disogok pihak tertentu sebelum mesyuarat pada malam Jumaat lalu yang diadakan di Wisma Jerlun dekat sini. "Ramai perwakilan mendakwa diberi sogokan antara RM20 dan RM150 mengikut jawatan yang disandang masing-masing di peringkat cawangan supaya memilih calon tertentu pada pemilihan Puteri bahagian. Berita Harian - 21 Oktober 2008.

Nampaknya perangai buruk Umno selama ini sudah pun meresap dalam puteri kesayangan mereka iaitu Pergerakan Puteri Umno apabila gejala rasuah dan politik wang didapati wujud dalam pemilihan sayap Puteri dalam parti itu.
Memang benarlah kata bidalan bahawa bapa borek anak rintik. Kalau sudah Umno mengamalkan rasuah, politik wang, penyalahgunaan kuasa maka tidak mustahil perangai buruk ini akan diikuti oleh Puteri Umno.
Namun begitu bak kata orang bijak pandai, iman tak dapat diwarisi, kejahatan juga tidak semestinya akan diwarisi maka tidak semua mereka ini akan bersikap sedemikian dan oleh kerana itulah ramai antara mereka ini yang berhijrah menyertai Pas atau PKR.

posted by Lidah Penghunus @ 6:22 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter