Thursday, October 23, 2008

Kebebasan media hanya untuk mereka yang mengamalkan etika kewartawanan.

Assalamualaikum.

Wartawan BH dihalang buat liputan DUN Kelantan.
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan itu kerana tidak berpuas hati terhadap dengan tajuk berita akhbar ini berhubung titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, ketika merasmikan persidangan DUN itu Ahad lalu.
Berikutan itu, wartawan Berita Harian diarah keluar dari kawasan Kompleks Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan dan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.
Mohd Nassuruddin berkata, beliau membaca akhbar Berita Harian semalam dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung tajuk laporan muka depan akhbar kelmarin bertajuk, Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan. Berita Harian - 23 Oktober 2008.

Jika sebelum ini akhbar Utusan Malaysia telah dipulaukan oleh kelima-lima negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana laporannya yang amat melampau. Hari ini akhbar Berita Harian pula tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana laporannya yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan-tindakan sebegini sudah semestinya akan mengundang reaksi daripada Barisan Nasional sendiri yang mendakwa Pakatan Rakyat yang selama ini melaungkan kebebasan media kini menyekat kebebasan media. Di sini mereka harus tahu bahawa kebebasan media hanya untuk mereka yakni wartawan yang benar-benar berwibawa sahaja, bukan untuk wartawan yang tidak beretika yang suka-suka memutarbelitkan laporan demi memuaskan hati pemimpin parti pemerintah yang mengawal mereka.

Kita selama ini memperjuangkan kebebasan media agar golongan wartawan ini tidak kira daripada mana media, bebas untuk membuat laporan yang benar dan tepat tanpa rasa takut diambil tindakan oleh mana-mana pihak. Kita tidak mahu para wartawan ini hanya menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu hingga sanggup menggadai prinsip kewartawanan yang sepatutnya mereka pegang.

Oleh itu orang-orang seperti wartawan Berita Harian yang dihalau keluar daripada Dewan Undangan Negeri Kelantan ini tidak termasuk dalam kebebasan media yang kita maksudnya. Ini termasuklah bekas wartawan Malaysiakini yang meletakkan jawatan kerana laporan beliau yang tidak bertanggungjawab berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau ini juga telah terkeluar daripada kebebasan media yang kita perjuangkan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   2 comments

2 Comments:

At 9:47 AM, Blogger Panglima Perang Cyber said...

mana satu artikel tidak berasas Utusan ?

kita orang melayu telah diperdaya oleh cina.

hingga kita benci akhbar yang membongkar kegiatan ala komunis oleh DAP.

dan mereka mula bercakap lebih lembut dan alim dari orang islam..

seperti mahu contohi umar aziz dll

ada ke orang kafir suka tapi tak masuk Islam macam DAP ?

politik ni mcm mcm ...

jangan tunggu kampung tergadai sudah.

 
At 12:04 PM, Blogger irdhi_hayati said...

salam..
selamat hr raya aidilfitri..
Alhmdulillah sy dh di malaysia..smpi sebelum ry hr tu.. :)
saya msih gune contact number yg lm..
mana th kan klu ada nk jemput ke apa ke :)

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter