Tuesday, November 11, 2008

Apabila ghairah untuk mengampu.

Assalamualaikum.

Permasalahan demi permasalah hingga membawa kepada pergaduhan berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan Umno. Yang terbaru dan terhangat pergaduhan dan tumbuk-menumbuk berlaku dalam mesyuarat agong Umno Bahagian Seremban yang termuat dalam muka hadapan akhbar Berita Harian hari ini. Ini semua dicampur dengan masalah politik wang yang dikatakan paling teruk pada tahun ini petanda bahawa Umno sedang menuju kehancuran. Adalah pelik apabila Umno yang sedang nazak itu ada hati hendak menyelamatkan Utusan Malaysia iaitu haiwan politik peliharaan mereka.

Namun begitu semua ini tidaklah menjadi kisah dan tajuk perbincangan bagi TV3 iaitu satu lagi haiwan politik dan budak suruhan Umno dan Barisan Nasional. Yang mereka bisingkan ialah kononnya sikap wakil rakyat pembangkang yang suka mengganggu ucapan wakil rakyat Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Dalam berita jam lapan sebentar tadi mereka siap temuramah penganalisis politik untuk memperkatakan tentang sikap pembangkang itu. Namun kebiasaannya sudah tentulah penganalisis politik atau ahli akademik jenis pengampu yang mereka akan cari.

Akibatnya pendapat yang mereka berikan menggambarkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka yang kononnya golongan intelek kerana keghairahan mereka untuk mengampu kerajaan. Misalnya salah seorang yang ditemuramah meminta pihak pembangkang agar mengambil contoh Amerika Syarikat yang berpolitik ada masanya. Tetapi dia ini lupa untuk meminta agar kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri mengambil contoh Amerika yang membenarkan rakyatnya berdemonstrasi di depan Presiden Amerika sendiri.

Mereka hanya meminta pembangkang mencontohi politik Amerika sedangkan kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak mahu ikut Amerika dalam soal kebebasan bersuara dan berhimpun.

posted by Lidah Penghunus @ 12:48 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter