Thursday, November 06, 2008

Antara Presiden baru Amerika dan bakal PM baru Malaysia.

Assalamualaikum.

Dengan kemenangan Barrack Obama yang dianggap melakar sejarah dan mengubah landskap politik Amerika itu, seluruh dunia telah meletakkan harapan agar Presiden baru Amerika Syarikat ini dapat mengubah dan seterusnya memperbaiki dasar luar negara kuasa besar itu khususnya terhadap dunia Islam. Ini kerana untuk julung-julung kalinya warga berkulit hitam dilantik sebagai presiden, tambahan lagi beliau adalah anak kepada seorang muslim dan yang paling utamanya Presiden kali ini bukan lagi daripada Parti Republikan yang menyokong keganasan Amerika itu. Maka melalui faktor-faktor inilah masyarakat dunia meletakkan harapan yang besar kepada Barrack Obama walaupun beliau baru sahaja menjadi penghuni White House.

Ini berbeza dengan landskap politik Malaysia sekarang ini. Sebagaimana yang kita maklum pada hari ahad yang lepas Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meletakkan dirinya sebagai bakal Presiden Umno dan seterus bakal Perdana Menteri apabila menang tanpa bertanding melalui quota pemilihan yang diamalkan oleh Umno. Ini bermakna sebaik sahaja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Perhimpunan Agong Umno maka secara automatik Datuk Seri Najib akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Berbeza dengan Barrack Obama itu tadi apa yang kita lihat tidak banyak yang boleh diharapkan kepada Najib apabila beliau naik sebagai Perdana Menteri nanti sebab yang pertamanya sudah tentulah beliau daripada Umno yang dasarnya sama sahaja. Tambahan pula parti ini dilanda dengan pelbagai masalah ketika ini. Maka siapa sahaja pemimpinnya yang menjadi Perdana Menteri maka sudah tentulah dasar-dasar Umno yang tidak baik itu yang akan dibawa.

Yang keduanya diri Najib itu sendiri yang kita lihat lagi teruk daripada Pak Lah dibimbangi akan membawa lebih kerosakan kepada negara apabila beliau menjadi Perdana Menteri. Baru-baru ini pun kita sudah lihat sikap tidak demokratik Najib itu di Dewan Rakyat apabila tidak membenarkan wakil daripada pembangkang untuk mengemukakan soalan. Sudahlah pembangkang tidak diberi ruang, malahan bakal PM Malaysia ini telah diberi ruang yang luas dalam sebuah rancangan TV dan kesempatan telah diambil oleh beliau untuk menghentam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat.

Maka sebab itulah kita tidak meletakkan harapan yang besar kepada Perdana Menteri yang baru di kalangan Umno (peralihan kuasa itraparti) melain Perdana Menteri itu adalah daripada Pakatan Rakyat (peralihan kuasa interparti)

posted by Lidah Penghunus @ 3:31 PM   3 comments

3 Comments:

At 7:29 PM, Anonymous Anonymous said...

kalau Anwar jadi PM adakah nasib akan lebih baik kepada orang islam

 
At 3:07 PM, Blogger UMNO PARTI PENJARA said...

Siapa PM rasanya sudah terjawab ;-)




Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

 
At 12:34 PM, Anonymous Anonymous said...

apakah saudara tidak melihat perjalanan sidang tersebut.najib bukan tak beri peluang bertanya soalan tapi biarlah dia selesai membentangkannya baru boleh tanya soalan.itukan dah prosedur. atau itu hanya gimik utk cari point keluar dari dewan dan menyalahkan pihak yg satu lagi. saya hanya seorang surirumah dan tdk berpihak dimana2 pun boleh berfikir secara logik... macamana anda yang ada mcm2 sijil, diploma, ijazah.... dari pada mana dtgnya semua itu?... bukankah dari kerajaan yg ada sekarang.... yg kalian anggap sebagai binatang. binatang pun pandai menghargai

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter