Sunday, November 23, 2008

Dilema Umno dan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Isu babi: Pas tidak mampu bersuara - Dr. Mahathir.
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas rela menerima perkara itu, malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.
Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan Pas untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.
Jelasnya, inilah dilema yang dihadapi oleh orang Melayu terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sama ada untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) ataupun Pas dan pembangkang.
''Orang Melayu berpendapat kalau mereka mengundi UMNO dan BN bermakna mereka akan memilih pemimpin yang rasuah dan jika mengundi Pas bermakna mengundi pembangkang yang pasti tidak akan meneruskan pembangunan orang Melayu dan bahasa Melayu ," Utusan Malaysia - 23 November 2008.


Bila timbul isu babi di negeri pentadbiran Pas di Kedah, 'babi' peliharaan Umno dan Barisan Nasional terus mengambil kesempatan untuk memainkan isu ini berhari-hari lamanya.
Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut tidak ketinggalan menyentuh tentang isu kerajaan Pas Kedah bercadang untuk membuka ladang penternakan babi moden di negeri itu. Tun mengatakan bahawa Pas kini tidak mampu bersuara kerana tunduk dengan kehendak parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Di sini Tun lupa bahawa Kedah ditadbir oleh Pas sepenuhnya tanpa memerlukan penyertaan daripada parti yang lain dalam Pakatan Rakyat. Maka kerajaan Pas Kedah bawah kepimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tidak perlu tunduk dengan desakan mana-mana pihak termasuk dalam Pakatan Rakyat sendiri. Buktinya Ustaz Azizan tetap bertegas dengan pendiriannya berkenaan isu kuota pemilikan rumah yang ditentang oleh DAP dan MCA. Cumanya dalam isu babi ini ianya samalah seperti di Selangor, kita tidak mahu penternakan babi yang merata-rata mengundang isu alam sekitar seperti yang terjadi di Melaka dan Selangor ketika zaman BN.

Sentuh pula tentang dilema Melayu yang disebut oleh Tun Dr Mahathir. Kita mahu tanya adakah Tun pasti bahawa beliau tidak terbabit dalam menyuburkan budaya rasuah ketika era pentadbiran beliau dahulu? Adakah Tun lupa bahawa pada zaman beliau Perdana Menteri, persempadanan semula pilihanraya selepas tahun 1999 menyebabkan pengundi melayu berpecah, ini semua dilakukan untuk meramaikan pengundi bukan Melayu yang masih menyokong Barisan Nasional.

Akibatnya yang kita lihat sekarang inilah, Umno terus dengan penyakit rasuahnya, Pas pula terpaksa akur bahawa mereka hanya sebahagian kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri. Namun begitu Pas tetap tegas dalam perjuangannya menegakkan negara Islam, buktinya ianya telah ditegas berkali-kali oleh Tuan Guru Presiden ketika menyentuh kerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Akhir sekali untuk merungkai dilema ini mahu tidak mahu pengundi khususnya pengundi Melayu harus memilih Pas dalam Pilihanraya Umum ke-13 kelak agar Pas mempunyai majoriti dalam Dun dan Parlimen dan ahli dan pemimpin Umno yang masih bersih daripada rasuah haruslah meninggalkan parti yang korup itu dan bersama-sama berjuang dalam Pas

posted by Lidah Penghunus @ 2:25 PM   2 comments

2 Comments:

At 9:02 PM, Blogger Azizahns said...

kenapa pas suka ternak babi.
kenapa tak hapuskan sama sekali babi.

tak perlu ternak langsung. babi mengundang banyak pennyakit, masalah alam sekitar dan macam-macam. didiklah rakyat malaysia makan benda yang berkhasiat.

hapuskan babi.

 
At 6:23 PM, Anonymous Anonymous said...

wahai cik azizah sipenternak babi. awat yang hang bodoh piang sangat. otak hang nie sama standard babi je. Selama2 ni pas ke duk perintah kedah. yang selama nie umno duk perintah 50 tahun hang tak mau kata apa. awat yang mulut hang duk terjuluq terjeliq dlm komen nie pasai apa. kalu otak standart babi je baik ko duk skali dlm kandang babi.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter