Tuesday, November 25, 2008

Pak Lah juga melanggar fatwa.

Assalamualaikum.

Jangan pertikai fatwa yoga.
BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.
Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.
''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.
''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," Utusan Malaysia - 25 November 2008.


Bagaimana pula dengan perlakuan meletakkan kalungan bunga di tugu negara pada majlis sambutan hari pahlawan? Sedangkan dari tahun 1987 lagi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-19 memutuskan bahawa amalan-amalan tersebut adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa syirik.

Orang yang melanggar keputusan jawatankuasa fatwa itu adalah Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin juga pernah menegur perbuatan Perdana Menteri ini dan meminta beliau bertaubat.

Jadi Pak Lah sekarang ini samalah juga seperti golongan pengkid yang melanggar fatwa dan juga orang Islam yang masih ingkar tentang fatwa pengharaman yoga maka beliau juga harus dikenakan tindakan.

posted by Lidah Penghunus @ 10:55 PM   2 comments

2 Comments:

At 9:02 PM, Blogger Panglima Perang Cyber said...

Betul ke Majlis Fatwa cakap macam tu ? mana salinan fatwa ?

memang sedap nak sebat orang...

Pelik juga jika kalung bunga untuk peringati jasa pahlawan dikatakan syirik, adakah syirik itu berlaku pada perbuatan simbolik kepada seluruh parajurit di tugu negara?

Adakah makna syirik, jika anda berdiri depan batu peringatan parajurit dan meletakkan kalungan bungan ?

Bagaimana jika anda menanam pokok bungan di pusara dan berdiri menghormati jenazah di depan anda ??? Baca : pokok bunga !! bukan kalungan bunga.

adakah saudara bermaksud NGO bukan Islam yang sokong pengkid lesbian perlu dibela ?

Inilah kejayaan Anwar meliberalkan PAS dan saudara salah seorang 'anak luar nikah' hasil perkahwinan songsang antara parti anti Islam DAP, parti liberal aka sosial PKR dan parti nama Islam PAS...

Bahkan ramai sudah jadi orang yang biol otaknya disebabkan mainan politik 'main belakang' Anwar.

Bahkan Pas juga sangat ghairah mendengar ayat quran dibaca bukan Islam dan marah orang mengkritiknya.. Dengan melontarkan 'taik' kepada UMNO dan meletakkan taraf bawah neraka kepada ahli ahli umno..Alasan popular, beragama islam tetapi sekular.

Baik kita panggil PAS parti angkut sampah pula sebab semua orang dibuang biasa akan diangkat dan diangkut PAS.

Apa komen saudara ???

 
At 1:38 PM, Anonymous Anonymous said...

wahai Panglima Perang Cyber yg cerdik pandai.. apekah anda jarang bergaul dgn golongan ulama?.. bila kali terakhir anda berjumpa dgn mereka.

cubela cakap depan2 mereka, tanya depan2, mana2 ulama dan mufti pasal ni, susah sgt ke nk jumpe, pasal bende ni semua orang dah tau.. mmg syirik letak kalungan bunga tu. semua org muslim dah tau..hatta pelajar darjah satu sekolah agama johor pun tau pasal ni, sedihnya nama Panglima Perang Cyber tapi benda basic camni pun tak tau...

lain kali belajala agama tu leklok, jgn tunggu mak ayah mati baru terkial2 nak cari ustaz2, baru nak dekat dgn para ulama..

peace..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter