Wednesday, December 03, 2008

Tidak setuju PPSMI - Mungkinkah Rais juga akan letak jawatan?

Assalamualaikum.

Rais tidak setuju PPSMI.
KUALA TERENGGANU 2 Dis. - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Beliau berkata, dalam tempoh persekolahan peringkat rendah, asas-asas budaya bangsa harus tertanam pada diri kanak-kanak dan bukannya penekanan terhadap aspek-aspek lain.
Katanya, walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mendukacitakan, pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.
"Pada prinsipnya saya tidak bersetuju, tetapi saya mahu melihat ia diteruskan bagi melihat keberkesanannya," katanya.
Rais berucap merasmikan Seminar Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi di Perbadanan Perpustakaan Negeri di sini hari ini. Utusan Malaysia - 3 Disember 2008.


Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatannya dalam kabinet kerana tidak setuju dengan ISA yang diguna pakai oleh kerajaan BN dan hari ini bekas menteri ini telah pun dipecat daripada Umno kerana menghadiri kongres Parti Keadilan Rakyat.

Mungkinkah selepas ini Datuk Seri Rais Yatim pula akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak setuju dengan perlaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
Apapun kita tabik kepada mereka yang sanggup melepaskan jawatan menteri semata-mata tidak setuju dengan sesuatu yang tidak betul.

Datuk Seri Rais sebelum ini amat kritis terhadap gejala politik wang dalam Umno, maka apalah lagi gunanya beliau berada dalam Umno yang penuh dengan kerosakan itu.

posted by Lidah Penghunus @ 11:30 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter