Tuesday, December 02, 2008

Sekolah satu sistem yang akan membunuh sekolah agama.

Assalamualaikum.

Sekolah satu sistem
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.
“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Utusan Malaysia - 2 Disember 2008.


Secara dasarnya di sini saya tidak setuju dengan cadangan calon Ketua Pemuda Umno ini kerana jika semuanya dijadikan satu sistem maka sudah tentulah sekolah agama juga akan turut terlibat.
Walau apa jua alasan dan matlamat, sistem sekolah agama tidak boleh dihapuskan, mesti ada sekolah agama kerana ianya telah wujud sebelum adanya penjajah di negara ini dan telah terbukti banyak melahirkan para ulama' dan ilmuan Islam yang banyak berbakti kepada masyarakat khusus maysrakat Islam.
Maka jika dilaksanakan sekolah satu sistem kita khuatir bahawa pendidikan agama akan terpinggir dan generasi muda tidak akan kenal apa itu sekolah agama, sekolah pondok dan sebagainya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   3 comments

3 Comments:

At 11:20 AM, Anonymous Anonymous said...

Sekolah agama itu bukan sekolah formal.

 
At 4:15 PM, Anonymous Anonymous said...

sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil bukan sekolah agama, tetapi sekolah yang menggunakan bahasa pengantar selain daripada kebangsaan.mereka boleh mengamalkan jenis sekolah berkaitan budaya mereka, tapi sekurang-kurangnya perlulah berteraskan bahasa kebangsaan. kenapa cakap tidak ada masalah? sehingga sekarang masih tidak bersatu padu, masing2 mahu jadi juara bagi kaum masing2.ini sudah tentu kesan dari pengasingan sekolah.. memanglah sklh jenis C/T melahirkan ramai pelajar cemerlang, tp pelajar cemerlang yang berjiwa perkauman.bagus kah itu?

 
At 9:58 PM, Anonymous Anonymous said...

Elok diadakan sekolah satu sistem. Jangan bimbang dengan sekolah agama. Sekolah kebangsaan pun sekarang dah sangat baik dengan pengenalan subjek jQAF Kafa dan lain-lain. Ustaz dan ustazah pula berijazah sarjana muda dan banyak dari lulusan Timur Tengah. Sudah sangat molek tu...Kita kena sokong cadangan Mukhriz kerana kita kena fikir tentang perpaduan semua kaum di Malaysia dengan penghapuskan sekolah Cina dan Tamil yang banyak dipengaruhi oleh kebudayaan negara asal nenek moyang mereka.

sam

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter