Monday, December 08, 2008

Tragedi Bukit Antarabangsa - Jangan ada lagi pesta tahun baru.

Assalamualaikum.

Melihatkan kepada peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang dianggap peristiwa yang menyayat hati bagi negara sekarang ini, saya cadangkan agar tiada lagi sambutan pesta tahun baru pada tahun ini. Dahulu semasa tragedi tsunami yang juga berlaku pada penghujung tahun, kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan pesta tahun baru, namun begitu ianya hanya setakat tahun itu sahaja. Maka saya harap sambutan tahun baru yang penuh dengan pesta melalaikan ini tidak lagi diadakan untuk tahun-tahun yang seterusnya.

posted by Lidah Penghunus @ 10:32 PM   4 comments

4 Comments:

At 11:26 PM, Blogger Najwa Aiman said...

Tapi... errr... cuti tahun baru tetap jalan tau... hehehe... Pesta-pesta tak ada takpe... cuti kena ada tau. Ni le masa nak berehat sket... eheks!

 
At 11:45 AM, Blogger MBH Galleri said...

betul tu betul...cuti kena ada...inilah masa nak bawa family dan anak-anak gi dengar ceramah! Hiburan mendidik jiwa..(",)

 
At 4:39 AM, Blogger PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Tragedi Bukit Antarabangsa menampakkan 'kemunafikan' dan tahap layanan berbeza2 kerajaan kepada rakyatnya.

Mentang2 lah penghuni Bukit Antarabangsa tersebut terdiri dari 'big gun' dan orang2 kenamaan, maka layanan kelas pertama dan segera diberikan.

Tapi semasa rakyat kebanyakan ditimpa musibah, contohnya banjir lumpur, hatta tanah runtuh sekalipun, adakah kerajaan membuat tindakan yang sama?

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

 
At 7:57 PM, Anonymous Anonymous said...

Bro!

lagi satuuu, semalam baru lepas JOM HEBOH, hari sabtu ROCK THE WORLD 8...Meriahhhh!

Pesta tahun baru..?Ops...Mawi jgn tak dijempuutt yerrr! Nanti tak ramai yg dtg...hahha!

Roger!!!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter