Wednesday, January 28, 2009

Umno yang perlu dihapuskan.

Assalamualaikum.

Setelah gagal merampas Parlimen Permatang Pauh, kemudiannya hilang Parlimen Kuala Terengganu di tangan Pas. Dengan masalah politik wang yang tidak pernah kunjung padam dari dahulu, kini dan entah sampai bila apabila baru-baru ini beberapa orang ahli parti itu ditahan oleh SPRM atas sebab rasuah politik dan yang terkini Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim telah keluar Umno dan menyertai PKR. Ini semua menunjukkan Umno semakin tidak tentu arah dan menuju kehancuran.

Berita siang tadi Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mencadangkan agar sayap, Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera parti itu dihapuskan untuk mengurangkan gejala politik wang dalam Umno. Hingga begitu sekali cadangan yang keluar daripada pemimpin Umno sendiri. Persoalannya di sini jika Tengku Ahmad Rithauddeen mengatakan bahawa sayap-sayap parti itu menyebabkan meningkatnya gejala politik wang dalam Umno, dari siapakah mereka yang terdiri daripada pelapis kepimpinan parti ini belajar? Perangai siapakah mereka ikut?

Sudah tentulah daripada 'bapa' mereka sendiri iaitu Umno? Umnolah yang terlebih dahulu diresapi oleh gejala politik wang yang kemudiannya berjangkit kepada sayap-sayap parti itu termasuk dengan puteri-puterinya sekali. Sekaligus Umnolah antara penyumbang peningkatan indeks rasuah dalam negara. Maka sebenarnya Umno, parti rasuah yang rosak inilah yang harus dihapuskan dahulu.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter