Friday, January 30, 2009

Kembalikan kedaulatan Bahasa Melayu.

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang kita maklum sejak pengajaran dan pembelajaran (PNP) Sains dan Matematik di ambil alih peranannya oleh Bahasa Inggeris ramai pihak yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan ini dan ianya termasuklah daripada para ibu bapa, pelajar, guru, ahli akademik dan pakar bahasa sendiri khususnya Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun suara-suara ketidaksetujuan ini dipandang sepi oleh pihak pemerintah yang meneruskan perlaksanaan yang mencabul kedaulatan Bahasa Melayu ini.

Namun akhir-akhir ini suara-suara bantahan khusus di kalangan tokoh bahasa sendiri sudah semakin nyata dan lantang. Bermula pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang lalu mereka telah menghantar memorandum kepada parti-parti yang bertanding dan suatu himpunan besar-besaran ala himpunan BERSIH telah dirancang pada awal Mac nanti bagi membantah perlaksanaan PPSMI.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kenyataan daripada tokoh sasterawan Negara sendiri Datuk A. Samad Said yang disiarkan dalam laman web Malaysiakini;

Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said.
Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan.
"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. "Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.
GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu. http://www.malaysiakini.com – 30 Januari 2009.

Jika kita singkap kembali detik 10 November, Himpunan BERSIH, walaupun himpunan ini Berjaya menggerakkan lebih 100,000 rakyat Malaysia, namun ianya telah dipandang sepi oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Namun begitu dengan dengan keazaman yang kuat semangat 10 November 2007 ini telah diterjemahkan pada Pilihanraya Umum ke-12 apabila kebangkitan rakyat secara besar-besaran telah menggagalkan segala penipuan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang mengakibatkan BN hilang 4 negeri dan majoriti 2/3 di Parlimen.

Maka semangat itulah yang harus diterapkan kepada para pencinta dan pejuang Bahasa Melayu selepas himpunan besar-besaran Mac nanti. Kerana kita tidak boleh lagi mengharapkan Umno untuk mengembalikan hak Bahasa Melayu dalam PNP Sains dan Matematik. Kuasa politik sahajalah yang tinggal untuk kita kembalikan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi tunggal negara.

posted by Lidah Penghunus @ 4:20 PM   2 comments

2 Comments:

At 12:42 PM, Blogger UMNO PARTI PENJARA said...

Kita perlu memartabatkan Bahasa Kita..

Kalau bukan kita sapa lagi?

Tengok negara2 lain yang mengamalkan bahasa mereka :-)





























Suara generasi Baru
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

 
At 4:08 PM, Blogger Abd Halim said...

Betul. Kita sarankan kerajaan wujudkan SRK (sekolah rendah kebangsaan) dan SK (sekolah kebangsaan) semula di mana SRK akan menjalankan terus PPSMI dan SK akan mengajar Sains dan matematik dalam BM. Kemudian kita lihat manakah pilihan rakyat nak hantar anak-anak ke SRK atau SK. Dari situ kita tahu benarkah apa yg dikatakan oleh saudara.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter