Monday, April 06, 2009

Tun akhirnya memilih untuk kehancuran.

Assalamualaikum.

Mahathir tidak lupa Anwar di Bkt Gantang.
Tun Dr Mahathir Mohamad mencecahkan kaki di kawasan parlimen Bukit Gantang pada hari akhir kempen pilihanraya kecil di situ dengan membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak ada orang yang saya angkat (begitu tinggi), angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja (untuk jawatan perdana menteri), tapi (dia) tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat," katanya. "Jadi, orang yang semacam ini kalau kita angkat, kita akan dapat nasib macam sayalah. Sampai dia naik atas, dia tendang jatuh semua tangga-tangga."
"(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang. "Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita?
Dalam perhimpunan tersebut, beliau juga menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.
Dr Mahathir juga menyatakan keyakinan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baru, sambil menceritakan bagaimana bapa presiden Umno itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. http://www.malaysiakini.com - 6 April 2009.

Tun Dr Mahathir sebagaimana yang kita tahu adalah seorang pemimpin yang zalim dan keras terhadap musuh politiknya. Apa yang tidak pernah dilakukannya terhadap Islam dan musuh politiknya. Sehinggakan orang menggelar dirinya Mahazalim dan Mahafiraun. Namun begitu kita tetap memberikan harapan agar beliau berubah dan bertaubat daripada kesilapannya itu.

Akhirnya setelah beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Abdullah Badawi segalanya telah berubah, Tun telah mula mengkritik amalan-amalan buruk dalam pentadbiran Pak Lah seperti kronisme, rasuah dan segala amalan yang tidak menguntungkan rakyat. Pada masa itu kita mula menaruh harapan bahawa Tun akan berubah dan tidak mustahil akan menyertai pembangkang.

Parti-parti pembangkang turut meraikan pandangan Tun yang kritis itu. Malahan ada yang antara pemimpin parti pembangkang hadir ke majlis ucapan Tun itu pernah dipenjarakan ketika Tun berkuasa. Akibatnya mantan Perdana Menteri ini telah diserang bertubi-tubi oleh pemimpin Umno khususnya mereka yang mengampu Pak Lah. Akhirnya pada tanggal 19 Mei Tun telah isytihar keluar daripada Umno dan menyeru kepada ahli Umno yang lain agar berbuat demikian. Ekoran daripada tindakan Tun ini Pas melalui pimpinan tertingginya telah membuka pintu keahlian kepada Tun.

Namun Dr Mahathir rupa-rupanya memilih untuk kehancuran apabila menyertai semula parti itu baru-baru ini. Sebelum ini beliaulah yang sibuk mendesak ahli Umno agar menolak pemimpin yang rasuah dalam Perhimpunan Agong Umno namun mereka yang disabitkan dengan politik wang juga yang dipilih. Tambahan lagi kemasukan semula Mahathir dalam Umno ini ketika Datuk Seri Najib Tun Razak yang penuh dengan isu moral ini naik sebagai Perdana Menteri. Maka tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Tun yang di penghujung usia ini. Hanya Allah sahajalah yang boleh menolongnya.

posted by Lidah Penghunus @ 4:56 PM   3 comments

3 Comments:

At 6:39 PM, Blogger Basuh Baju said...

Mahathir? Madey? sape dia?hahaha

Owh.. PM kita dulu ke..hahaha

Siapa yg buat kempen anti raja masa 1993? Bukan takat pegang tombak tapi pegang media lagi..haha

 
At 2:27 PM, Anonymous Anonymous said...

heran ada orang sayang gila ngan tun tua nih...

tun tua ni lah yang letak perompak berlesen tengah jalan... huhuhu...

tun tua ni lah yang tahan borong tanpa bicara...

tun tua ni lah arah bunuh rakyat sendiri di memali...

tun tua ni lah songlap duit petronas kerana nak selamatkan perniagaan anak nya yang bodoh meniaga...

tun tua ni lah yang perabis duit rakyat kerana nak beli mainan untuk anak...

tun tua ni lah suka suki mak pak dia mengata junjungan besar rasulullah...

 
At 9:13 AM, Anonymous Anonymous said...

tun tua ni lah yang merosakkan akidah org melayu

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter