Friday, April 17, 2009

Tiada lagi slogan Islam Hadhari.

Assalamualaikum.

Penjelasan lebih menyeluruh.
KUALA LUMPUR 16 April - Masyarakat akar umbi akan diperjelaskan mengenai kepentingan mengamalkan konsep Satu Malaysia yang meletakkan kepentingan keharmonian tanpa mengira pegangan agama, kaum dan politik. Utusan Malaysia – 17 April 2009.

Nik Aziz setuju konsep Satu Malaysia.
KOTA BHARU 16 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merupakan satu 'gerakan Islam'.
Beliau berkata, konsep seumpama itu turut diperjuangkan oleh Pas melalui konsep Pas Untuk Semua yang ternyata mulai diterima meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.''Sebab itulah kita buat Pas For All (Pas Untuk Semua), sudah lama konsep Satu Malaysia ini kita buat.. begitu juga DAP yang sebut Malaysian Malaysia," dakwa beliau. Utusan Malaysia – 17 April 2009.


Semasa mula-mula Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir dulu, konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan kepada rakyat negara ini. Ditambah dengan imej islamik yang ditunjukkan oleh Pak Lah seperti boleh menjadi imam maka rakyat telah terpesona dengan konsep Islam Hadhari Pak Lah ini dan ianya dilihat berjaya apabila BN dalam Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2004.

Namun lama-kelamaan rupa-rupanya ianya hanya sekadar retorik apabila pentadbiran Pak Lah dilihat semakin teruk. Selain daripada parti pembangkang khususnya Pas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut mengkritik konsep Islam yang dilihat beliau sebagai bukan ajaran Islam yang sebenar. Akhirnya Pilihanraya Umum ke-12 memperlihatkan kemerosotan dalam prestasi BN apabila hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat dan lima negeri. Sekaligus menunjukkan konsep Islam Hadhari tidak lagi diterima rakyat. Ekoran daripada kemerosotan Bn dalam pilihanraya ini timbul desakan agar Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Akhirnya pada awal April yang lalu Pak Lah telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan telah digantikan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru. Naiknya Najib yang menjadi kesukaan Tun Dr Mahathir ini tidak lagi membawa slogan Islam Hadhari yang diilhamkan Pak Lah, sebaliknya beliau telah memperkenalkan slogan baru iaitu 'Satu Malaysia.' Di sini jika kita lihat slogan dan pengisiannya memang baik, malahan dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas sendiri. Namun tidak tahulah bagaimana perlaksanaannya nanti. Adakah benar-benar dilaksanakan atau sama juga seperti konsep Islam Hadhari yang hanya tinggal slogan itu. Atau mungkin 'Satu Malaysia' itu bermaksud cengkaman rejim Najib ke atas satu Malaysia.

posted by Lidah Penghunus @ 12:19 PM   2 comments

2 Comments:

At 12:05 PM, Anonymous Najwa Aiman said...

Gamaknye sebab sebelum ni ada lebih daripada satu Malaysia kut? Ada Malaysia di bawah Pak Lah, Malaysia di bawah KJ, Malaysia di bawah tingkat 4, Malaysia di bawah Singapura bla bla bla... ekekekekek... aiyaaarrrkkk...!

 
At 2:41 PM, Blogger Prof. Era Pasca said...

ok satu malaysia..! tapi yeke najib ni?
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter