Monday, April 13, 2009

Najib terajui Umno Selangor?

Assalamualaikum.

UMNO Selangor mahu diterajui Najib.
KLANG 12 April - Majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang tewas pada pemilihan baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, Perdana Menteri yang juga presiden parti adalah orang yang paling layak mengetuai UMNO Selangor pada masa ini.
Kata beliau, ia akan dapat mengelak timbulnya masalah tidak puas hati di kalangan penyokong pemimpin-pemimpin UMNO lain di Selangor.
Menurut beliau, Najib boleh melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipegangnya ketika negeri itu diperintah pakatan pembangkang dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menang Naib Presiden dengan undi paling tinggi.
''Kita di sini menyerahkan sepenuhnya kepada Najib untuk memilih siapa yang layak menerajui UMNO negeri.
''Bagaimanapun berdasarkan maklumat risikan yang saya peroleh setakat ini, majoriti UMNO Bahagian di negeri ini mahukan Najib menjadi pengerusi kerana beliau lebih arif," Utusan Malaysia - 13 April 2009.


Kita masih ingat lagi selepas Dato' Seri Tajol Rosli melepaskan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini Perdana Menteri yang keenam terus mengambil alih Badan Perhubungan Umno negeri berkenaan. Sebaik sahaja menerajui Umno Perak, Datuk Seri Najib berjaya dalam perancangannya menumbangkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak dengan cara yang amat kotor. Ini akibat dendam beliau atas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu di tangan Pakatan Rakyat.

Kini Najib diminta pula untuk menerajui Umno Selangor, sebuah lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita maklum Najib dan Barisan Nasional sekali lagi telah dimalukan apabila kalah dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Maka kita khuatir akibat dendam yang membuak-buak ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pula akan menerima nasib yang sama dengan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

posted by Lidah Penghunus @ 5:02 PM   3 comments

3 Comments:

At 8:44 PM, Anonymous Anonymous said...

Selepas kekalahan di Bkt. Gantang, UMNO tidak berani lagi untuk pisang berbuah dua kali. Tetapi apa pun berwaspada sentiasa

 
At 2:50 PM, Anonymous Anonymous said...

Betul jugak tur..

 
At 2:50 PM, Anonymous Anonymous said...

Betul jugak tur..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter