Wednesday, April 22, 2009

Marah betul mereka dengan Dato' Seri Nizar.

Assalamualaikum.

'Mohammad Nizar angkuh tolak kerjasama Umno, Pas'
NGO anggap pembangkang sanggup gadai maruah Melayu, Islam
KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.
Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam.
Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.
Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berita Harian - 22 April 2009.


Kita hairan mengapa dalam isu tidak bekerjasama dengan Umno ini Dato' Seri Nizar yang diserang. Seolah-olah ini adalah keputusan Dato' Seri Nizar secara peribadi. Adakah mereka tidak tahu bahawa baru-baru ini pemimpin tertinggi Pas yang diketuai oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah membuat keputusan untuk melupakan hasrat bekerjasama dengan Umno.

Keputusan ini dibuat memandangkan Perdana Menteri telah bertukar tangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib sebagaimana yang kita maklum sebelum ini orang yang bertanggungjawab merampas Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat secara kotor. Oleh itu adalah mustahil untuk mengadakan kerjasama dengan kepimpinan Datuk Seri Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa. Takut-takut nanti Pas akan dikhianati lagi oleh Umno. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna Pas tidak bekerjasama langsung dengan Umno. Selama ini pun dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam Pas sedia untuk duduk semeja dengan Umno. Cumanya Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam bentuk siasah.

Pas wujud pun kerana Umno yang memiliki kerajaan tidak melaksanakan Islam. Sebab itulah Pas bermatlamatkan perjuangan Islam ini ditubuhkan. Berkenaan kerjasama Pas dengan DAP yang menolak Islam pula, sebab itulah kerjasama dibuat dalam bentuk pakatan parti-parti politik. Dalam erti kata yang lain Pas tetap wujud sebagai sebuah Parti yang tidak berubah dasarnya walaupun bersama dengan Pakatan Rakyat. Perlu diingat di sini bahawa DAP walaupun menolak Islam tetapi menolak kezaliman dan korupsi yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 1:19 PM   4 comments

4 Comments:

At 2:31 PM, Blogger Prof. Era Pasca said...

takpayah gabung eh.. nak gabung bagi balik perak dulu kemudian leh cinsider... hehe tp bkn gabong ngan PAS gabong ngan PR..
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

 
At 7:48 PM, Anonymous Anonymous said...

Umpama melepaskan anjing yang tersepit.
Selagi melayu Umno tak utamakan islam tak ada maknanya.rasuah,phd,dengki,rampas hak org,zalim ISA,ppsmi yang itu budaya org islam kah atau budaya org umno ? Semakin maksum media perdana semakin ramai rakyat membenci,percayalah kita tidak boleh melawan graviti rakyat,doa mereka yang terainaya perlu difahami.

 
At 8:03 PM, Anonymous Anonymous said...

Takda maknanya bergabung dengan mereka jika mereka juga mahu jadi ketua... tak mahu turun dari kerusi. Nak jadi ketua... ceh

 
At 10:20 PM, Blogger belantiboys said...

Nak di ajak bekerjasama apa lagi.Bukannya angkuh dan sombong tapi tak dak maknanya, apa nak di harapkan lagi dengan umno ni biarkan saja dia pupus percayalah Melayu tidak akan rugi apa-apa jikalau umno tidak perintah pun malahan kita sudah pun dalam kerugian dah pun selama 50 thn parti umno memerintah.Bagi pendapat peribadi saya tidak payah lah Pas nak melayan perkara ni biarkan sajalah ahli2 umno nanti masuk pas dengan sendirinya.Bagi orang yang cerdik UMNO TIADA ,PAS ADA so tak payahlah nak pertahankan hujah yang dah basi ni lagi pun bukannya pas tak pernah bersuara tapi di sebabkan sombong dan angkuhnya pemimipin umno masa tu nah sekarang apa dah jadi,lepas tu nak salahkan org lain, ni lah satu2 nya penyakit yang membarah di dalam umno dari dulu kini dan tak mustahil untuk selama-lamanya.Tidak mustahil.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter