Monday, May 11, 2009

Y.A.B Dato' Seri Nizar MB yang sah - Tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, keputusan mahkamah sebentar tadi telah mengisytiharkan bahawa Dato' Seri Nizar adalah Menteri Besar yang sah bagi Kerajaan Negeri Perak, sekaligus menabalkan Zamry Kadir sebagai Menteri Besar yang haram. Namun begitu dengan keputusan yang tidak disangka ini saya tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis.

Kerana kalau kita perhatikan keputusan penghakiman sebentar tadi, hakim menyatakan bahawa Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sebagaimana yang kita maklum keputusan mahkamah ini beberapa hari selepas Speaker Dun Perak yang sah V. Sivakumar digantikan dengan Speaker daripada BN secara haram. Ini bermakna bila-bila masa sahaja BN Perak akan mengadakan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Nizar. Nampaknya licik sungguh perancangan jahat mereka ini.

Walau bagaimanapun dengan keputusan mahkamah ini ianya membawa makna bahawa segala keputusan Zamry Kadir yang bertindak sebagai Menteri Besar sebelum ini adalah tidak sah dan ini termasuklah tindakan melelong kenderaan rasmi kerajaan negeri. Sidang Dun pada 7 Mei yang lalu juga adalah tidak sah dan nyata sekali tindakan merampas kuasa Speaker Dewan adalah dibuat secara haram. Ini juga bermakna sidang bawah pokok yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak beberapa bulan yang lepas adalah sah.

Maka usaha mesti diteruskan oleh Dato' Seri Nizar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Negeri Perak dalam menyekat perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Tun Razak.

posted by Lidah Penghunus @ 4:31 PM   1 comments

1 Comments:

At 11:16 PM, Blogger Prof. Era Pasca said...

BAGINDA: alhamdulillah... pasni PEMUDAH UMNO dijemput untuk berpiket ramai-ramai dan berarak ke balai polis untuk buat report atas kesalahan MAHKAMAH DERHAKA... hahaha... ade brani ke mereka persoalannya?

BUBARKAN DUN!!!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter