Wednesday, August 05, 2009

Sokong haramkan arak kepada orang Islam di Selangor.

Assalamualaikum.

Saya amat-amat menyokong gesaan Pas Selangor agar jual beli arak diharamkan untuk orang Islam di Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Bagi saya perlaksanaan ini tidak berlangsung melanggari hak asasi manusia kerana ianya hanya untuk orang Islam sahaja. Islam jelas mengharamkan arak dan menegah orang Islam terlibat dengan apa-apa yang berkaitan dengan arak.

Islam itu sudah cukup cantik daripada pelbagai segi termasuk berkaitan hak asasi. Oleh sebab itulah orang yang memperjuangkan Islam sendiri turun di jalanan berhadapan dengan gas pemedih mata untuk menentang undang-undang zalim ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia baru-baru ini.

Namun begitu dalam Islam kebebasan hak asasi ada batasannya. Islam yang diperjuangkan oleh Pas tidak akan bertolak ansur dengan perkara yang berkaitan dengan halal dan haram. Maka dengan sedikit kuasa yang ada Pas sedaya-upaya akan memastikan orang Islam di Selangor tidak terlibat dengan arak.

Nasihat kita kepada rakan kita, YB Ronnie tidak perlulah masuk campur dengan hal ehwal agama Islam kerana kita tidak pernah pun menghalang orang bukan Islam untuk mengamalkan kebiasaan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:39 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter