Friday, May 22, 2009

Pilihanraya Kecil Manik Urai - Alamat pening lagilah kepala Najib.

Assalamualaikum.

Pada hari jumaat yang mulia ini kita menerima dua berita yang agak mendukacitakan kita khususnya pendokong dan penyokong Pas. Yang pertamanya ialah keputusan penghakiman yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak sekaligus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengisytiharkan Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan yang keduanya pemergian ke Rahmatullah Adun Manik Urai, YB Ismail Yaacob.

Nampaknya dengan keputusan mahkamah rayuan ini rakyat Perak sekali lagi berada dalam keadaan yang malang apabila dipaksa berada di bawah Menteri Besar Kerajaan Haram BN Perak oleh mahkamah. Sedangkan yang paling berhak menentukan siapakah Menteri Besar yang sah adalah mereka Rakyat Perak sendiri.

Dengan pemergian YB Ismail Yaacob ke Rahmatullah ini pula bermakna kerusi Dun Manik Urai telah kosong dan Pilihanraya Kecil perlu diadakan dalam masa yang terdekat. Nampaknya pening lagilah kepala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau dan Barisan Nasional baru sahaja hendak menarik nafas lega apabila dapat 'melarikan' diri daripada Pilihanraya Kecil Dun Penanti. Kini akan datang pula Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai untuk 'menghukum' Najib dan Barisan Nasional. Maka selepas ini kita tunggu adakah Najib dan BN akan sertai Pilihanraya Kecik Manik Urai atau tidak.

posted by Lidah Penghunus @ 9:23 PM   3 comments

3 Comments:

At 3:20 PM, Anonymous Anonymous said...

Pada hari jumaat yang mulia ini kan elok kalau buat perkara yang memberi pahala.
Yang dah pergi kita letak pengganti,
tanggungjawab kepada negara tetap diteruskan. Kenapa perlu mengaitkannya dengan Najib. Siapa anda untuk menyatakan bahawa sesuatu perkara yang terjadi itu MENGHUKUM sesiapa?
Kalau sehari tak ngutuk kerajaan tak sempurna ke hidup?

 
At 9:53 PM, Anonymous Anonymous said...

Aiii... memang sah kepala si najib comfirm pening.Kasihan najib and Umno-BN kini rakyat dah pun celik pandai (Semuanya hanya di hujung jari anda)apa nak buat.Terimalah hakikat yg rakyat teramai sudah pun menolak ala pemerintahan Umno-BN.sEGALA pASTI dATANG untuk menjerumus Umno-BN ke arah kehancuran. Kami pasti yakin.

 
At 7:34 PM, Blogger lockchai said...

Saya bersetuju, apakah yang nak diharapkan sangat dengan kemenangan PAS diManik Urai...PAS sudahpun lari jauh daripada matlamatnya...pemimpin PAS sudah enak dengan kuasa...mereka sudah tidak berkata benar..sebaliknya membenarkan kata-kata..mereka sudah membenarkan kata2 sekutu mereka untuk terus berkuasa... mengiyakan kes YB Lanjan dengan gambar lucah, mengiyakan cadangan pencerobohan UiTM, menyiyakan penggunaan nama Allah oleh oleh Herald Catholic,mengalakan bukan Islam mempermainkan ayat Al-Quaran contohnya Wong Kar Who
Wakil Canning dari DAP, menolak permuafakatan Islam oleh yang disokong oleh Dato Hadi Awang (Presiden PAS) dan Nasuddin Mat Isa, merajakan LIM KUAN YEW dan menyokong komunis...apa nak dibanggakan lagi dengan PAS....Memang UMNO banyak kelemahan tetapi PAS jauh lebih banyak kelemahan dalam perlaksanaan(matlamat cantik tetapi hakikatnya?....marilah sama-sama mencari kekuatan demi bangsa dan agama Islam.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter